Tq abi sebab izinkan Haura' masuk hutan dengan kakak-kakak IPT. Kakak-kakak semuanya baik :) |
Maimunah
binti al-Harith: Suaminya Meminta Izin
Profil
·
Maimunah binti al-Harith al-Hilaliyah
al-Amiriyyah
·
Saudara perempuannya ialah Ummul Fadhl
binti al-Harith, isteri al-Abbas, bapa saudara Rasulullah SAW.
·
Ibu saudara kepada Ibnu Abbas (pakar
tafsir) dan Khalid al-Walid (pedang Allah).
·
Suami pertamanya ialah Mas’ud bin ‘Amr
al-Tsaqafi yang kemudian menceraikannya kerana cinta Maimunah kepada golongan
Muslimin.
·
Suami keduanya ialah Abu Ruhm bin Abdul
‘Uzza, bercerai mati.
·
Beliau
adalah isteri Nabi yang terakhir. Selepas beliau, Allah melarang Nabi menambah
lagi isteri.
·
Bernikah dengan Rasulullah SAW pada
tahun 7 hijrah dan empat tahun menjadi isteri baginda.
·
Termasuk di kalangan tokoh wanita yang
meriwayatkan sejumlah hadis. Antara orang yang meriwayatkan hadis daripadanya
ialah Ibnu Abbas, Abdullah bin Syaddad bin al-Haad, Ubaidullah bin As-Sabbaq,
Abdurrahman bin As-Saib al-Hilali dan Yazid al-Asham, Kuraib, Sulaiman bin
Yasar, Atha’ bin Yasar dan lain-lain (Siyar
a’laam an-Nubalaa’).
·
Meninggal pada tahun 51 hijriah di
daerah Saraf, tempat malam pertamanya dengan Rasulullah SAW.
Menghadiahkan
diri Buat Rasulullah
Rasulullah SAW
dan para sahabat datang ke Makkah untuk melaksanakan umrah. Rentetannya,
meletuslah peristiwa Hudaibiyah. Sebelum pulang ke Madinah, terjadilah
pernikahan yang penuh barakah antara Rasulullah SAW dengan Maimunah.
Beberapa ulama termasuk al-Zuhri
menyatakan bahawa Maimunah binti al-Harith termasuk wanita yang menghadiahkan
dirinya kepada Rasulullah SAW. Ada perbezaan
pendapat dalam isu ini. Yang jelas, memang ramai
gadis dan janda yang menawarkan diri kepada Nabi. Namun semua ditolak baginda
kecuali seorang janda. Itupun atas kepentingan agama.
Apa
yang pasti, sekalipun benar Maimunah menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah SAW, beliau tidak memilih
cara menggoda atau mengurat. Beliau melakukannya secara terhormat. Meninggikan
martabat malu seorang wanita. Hinggakan, jika dikaji kisah pernikahan ini lebih
mendalam, seakan-akan Rasulullah SAW sendiri yang memulakan lamaran ini.
Saat
Akad Terlafaz
Kisahnya begini. Menjelang masuk ke
Makkah, Rasulullah SAW mendengar perihal
sekuntum mawar agama bernama Maimunah. Bukan tentang kecantikannya atau kekayaannya
tapi tentang kecintaannya kepada Allah dan Rasul.
Dalam
peristiwa Hudaibiyah tersebut, Maimunah berani mengisytiharkan ke-Islamannya secara
terang-terangan. Hal ini mempengaruhi ramai penduduk Makkah yang lain.
Sebagai
pemimpin berwawasan jauh, Rasulullah SAW dapat menjangkau satu strategi demi
kepentingan ummah. Apa lagi? Menikahi
wanita hebat lagi berpotensi ini.
Tiada
motif menjamu nafsu. Tiada kecurangan. Tiada hubungan cinta sebelum bernikah.
Tiada berutus-utus surat ( sms atau e-mail). Baginda bernikah lagi bukan kerana
tidak tahan menahan nafsu atau takut berzina. Jauh sekali memberi tindakan
‘padan muka’ kepada isteri sedia ada. Baginda tulus ingin melindungi dan
menafkahi janda yang berpotensi besar memberi manfaat buat ummah.
Baginda mengutuskan
Ja’far bin Abu Talib untuk menemui Maimunah. Maimunah mewakilkan dirinya dengan
adik iparnya iaitu Abbas. Abbas menikahkah Maimunah dengan Rasulullah SAW.
Ketika
keluar dari Makkah, Rasulullah SAW menugaskan Abu Rafi’ untuk membawa Maimunah
kepadanya. Maka, baginda menghabiskan malam pertamanya dengan Maimunah di
daerah Saraf. (Zaadul Maa’d, vol. 2,
hlm. 152. Riwayat Bukhari, no. 1837 dan Muslim, no. 1410).
Yazid
bin al-Asham berkata, “Rasulullah SAW meminang Maimunah ketika baginda dalam
keadaan halal (tidak berihram) dan memulai malam pertamanya dalam keadaan halal
juga.” (HR Muslim).
Pujian
Buat Maimunah
Rasulullah
SAW bersabda, “Ada 4 perempuan
bersaudara iaitu Maimunah, Ummu Fadl, Salma dan Asma’ binti Umais (adik seibu),
mereka adalah wanita-wanita yang beriman.” (HR Nasa’i dan Hakim).
Aisyah
r.ha berkata selepas wafatnya Maimunah, “Maimunah adalah wanita bertakwa dan
paling kuat menjaga silaturahim antara kami.”
Maimunah
tegas menjaga hukum Allah SWT. Suatu ketika beliau didatangi oleh salah seorang
kerabatnya. Beliau tercium bau arak di mulutnya. Dengan tegas, beliau berkata,
“Jika
engkau tidak mengakui kesalahanmu kepada kaum muslimin hingga mereka
menyebatmu, maka jangan pernah menemuiku lagi.” (Riwayat Ibnu Sa’ad).
Izinkan
Suami ke Sisi Buah Hatinya
Menjelang
kewafatan, Rasulullah SAW mulai berasa sakit ketika sedang berada di rumah
Maimunah r.ha. Baginda meminta izin kepada Maimunah dan para isteri baginda
yang lain agar dapat menjalani masa rawatan di rumah Aisyah r.ha.
Ubaidullah
bin Abdullah bin Utbah menyatakan bahawa Aisyah r.ha berkata, “Ketika
Rasulullah SAW merasa semakin berat dan penyakitnya bertambah parah, baginda
meminta izin kepada seluruh isterinya untuk menjalani rawatan di rumahku.
Merekapun mengizinkannya.” (Riwayat Bukhari.)
Begitulah
tawadhuknya hati seorang suami bergelar Nabi. Baginda berkerja keras
melaksanakan keadilan. Baginda tidak mengambil mudah. Baginda tidak mencuaikan
hak. Baginda menghormati hati dan perasaan orang lain.
Itulah
rahsia baginda reda kepada semua isterinya dan dalam masa yang sama, semua
isterinya reda kepada baginda. Persoalannya, masih adakah suami yang menganggap
meminta izin isteri itu suatu kehinaan?
Mengubati
Suami
Sakit
Rasulullah SAW bertambah parah hingga baginda pernah pengsan. Isteri-isteri
baginda sepakat menggunakan pengubatan al-Ladd
(memberi minuman dari sisi salah satu bibir). Ketika sedar, baginda bertanya,
“Apa
ini?”
Mereka
menjawab,
“Ini
cara pengubatan yang digunakan oleh wanita-wanita dari daerah itu (sambil
menunjuk arah negeri Habasyah).” Saat itu Asma’ binti Umais ada di situ.
Mereka
berkata lagi, “Wahai Rasulullah, tadinya kami mengira tuan terkena penyakit dzaatul janb (sakit paru-paru, batuk,
demam dan sebagainya).”
Rasulullah
SAW bersabda, “Itu penyakit. Allah tidak memberiku penyakit seperti itu. Semua keluargaku
harus diubati dengan cara al-Ladd,
kecuali bapa saudara Rasulullah SAW (Abbas).”
Asma’
berkata, “Maimunah pernah diubati dengan cara al-Ladd, padahal dia sedang berpuasa kerana pesan yang tegas
daripada Rasulullah SAW itu.” (Riwayat Ahmad).
Saatnya Berpisah
Sepeninggalan
suaminya, beliau sibuk bercinta dengan Allah melalui solat malam, berpuasa dan
membaca al-Quran.
Maimunah
melewati masa pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin sehingga pemerintahan Mua’wiyah.
Beliau sangat dihormati dan dimuliakan sesuai dengan statusnya sebagai isteri
Nabi.
Menjelang
kematiannya, Maimunah r.ha. teringat suatu kata-kata Rasulullah SAW. Yazid bin
al-Asham berkata,
“Maimunah,
isteri Nabi SAW, merasakan sakitnya semakin parah ketika berada di Makkah. Saat
itu, tidak ada seorangpun dari anak-anak saudara lelakinya yang hadir. Dia
berkata,
‘Bawalah
saya keluar dari Makkah, kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa saya tidak akan meninggal di Makkah.’
Maka
beliau dibawa ke daerah Saraf, dekat sebuah pohon yang menjadi saksi malam
pertamanya dengan Rasulullah SAW, kerana baginda membangunkan khemah di
bawahnya. Di tempat itulah Maimunah menghembuskan nafas terakhirnya.
4 Comments
assalamualaikum kak ha...maaf bertanya di sini. saya dah beli buku- buku akak dan suami..kat kulit buku ada tertulis tidak dibenar mengulang cetak dlm apa jua bentuk sebelum meminta izin penulis. bagaimana ye kak kalau saya menyebarkan kata- kata nasihat dalam buku akak melalui blog atau tulisan pada kad hadiah dengan niat menyebarkan dakwah melalui tulisan akak (ataupun penulis2 dakwah lain) tanpa minta izin terlebih dahulu? adakah salah? syukran kak ustazah:)
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt. Ilmu milik SEMUA untuk disebarkan. Lagipun dalam undang-undang, kita ambil tulisan orang lain dan kita masukkan nama penulisnya tidaklah salah. macam kita buat assignment tu.
DeleteTapi mengulang cetak yang tak dibenarkan iaitu mengeluarkan buku yang sama sebijik oleh penerbit yang berbeza tanpa izin.
owh terima kasih kak :) tp kan kak, ada penulis tidak membenarkan tulisannya disebarkan tanpa menulis nama penulis sekali, cth mcm qoute ayat2 tertentu tp terlupa nak menulis siapa yg quote..bagaimana kak? adakah semua quote perlu ditulis penulisnya?
Deletekalau persoalan spt dibwh ni pula macam mn ye kak?
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/469590366392349
Assalamualaikumm Kak Fatimah...
ReplyDeleteSyukran Jazilan atas entri yg bg saya menarik & diharapkan slps ini lbh byk entri yg mceritakan ttg Mujahidah Islam...krn msh ramai (tmasuklah saya) yg msh tcari2 kisah para MujahidahNYA utk dijadikan idola bg meraih redhaNYA...
Tambahan hari ini artis lbh diagungkan krn kisah mereka lbh byk disebarkan...smg usaha akak akan berjaya memartabatkan sml para pencintaNYA di mata masyarakat hari ini....Wasalam....;)