Tidurlah sayang. Selagi Allah ada, tiada siapa boleh buat kita derita. Itu nikmat jiwa. |
KESEPIAN
Malam minggu yang
tenang. Sementara si comel baru tidur setelah penat bermain, aku mencari masa
mengisi aktivitiku.
“Ma…..ma….ehek…ehek…”
Rengekan
si comel menyentap salur separuh bulat telingaku. Aku lantas bergegas masuk ke
kamar tidur. Terletak bersebelahan dengan perpustakaan mini, tempatku berkarya.
Dalam
suramnya cahaya lampu tidur, sinar wajahnya kemilau. Pandanganku menyimbah
kasih. Dia tampak kesedihan. Memerlukanku.
Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku,
Apabila tanganku menepuk belakangnya, dia pantas terlena semula. Tenang. Mimik mukanya seakan cuba memberitahuku,
“Ummi, temankanlah.”. Kusedar dia perlukan waktu untuk mengerti
tentang kegelapan dan kesepian. Moga ia damai dalam pelukanku.
Dari
alam rahim yang akrab denganku, dia hadir ke dunia yang asing ini. Tanpa
mengerti suatu apa pun. Kubacakan doa buatnya lalu kuhembus ke ubun-ubun.
Terima-kasih Allah kerana sudi mengingatkanku agar mendoakan
pinjaman-Nya ini. Doa seorang ibu tinggi di sisi Ilahi. Terasa nikmat menjadi
ibu.
Damai ku merenung wajah bersih sedang beradu. Kelak, di alam barzakh, aku sangat kebulurkan doanya. Aku yakin, jika seorang ibu ingin mendidik anaknya mendoakan ibubapanya, ibubapa terlebih dahulu kena rajin mendoakan anak. Didikan melalui tauladan.
SUSU TERBAIK
DI DUNIA
Aku
kembali ke perpustakaan mini. Baru menyapa kerusi, melodi manja kembali
kedengaran. Kali ini bukan rengekan tapi tangisan.
“Aaaaaaaaaaaaaaaa’…”
Tangisan itu
menandakan si comel ingin memberitahuku salah satu daripada tiga perkara:
1.Inginkan susu.
2.Lampin basah.
3.Perut kembung.
Dia inginkan susu. Aku membuat
tafsiran. Sesaatpun aku tidak bertangguh. Jika nanti aku tidak mahu anakku
bertangguh pada panggilanku, aku perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh tidak
bertangguh pada panggilannya. Pantas ku mendapatkan si jantung hati. Kusuakan
susu terbaik di dunia buatnya, susu ibu.
Subhanallah! Ajaib kumelihat bayi kecil ini menghisap. Allah yang maha penyayang memberi hidayah semulajadi untuknya belajar tanpa diajar. Gifted konowledge. Walau seperit mana cabaran, aku akan berjuang untuk memberikan hak susu terbaik di dunia buat anakku. Seboleh-bolehnya hingga dua tahun penuh. Ku yakin, susu ibu memberi kesan besar terhadap kekuatan antibodi, kestabilan emosi, kelembutan pekerti dan kecerdasan aqli.
Subhanallah! Ajaib kumelihat bayi kecil ini menghisap. Allah yang maha penyayang memberi hidayah semulajadi untuknya belajar tanpa diajar. Gifted konowledge. Walau seperit mana cabaran, aku akan berjuang untuk memberikan hak susu terbaik di dunia buat anakku. Seboleh-bolehnya hingga dua tahun penuh. Ku yakin, susu ibu memberi kesan besar terhadap kekuatan antibodi, kestabilan emosi, kelembutan pekerti dan kecerdasan aqli.
PELUKAN SI
KECIL
Ritma
lembut tepukan ibu ternyata memberi keselesaan padanya. Kaki kecilnya diangkat
dan sekan cuba
memelukku. Kurapatkan badanku dengan badannya agar dia berasa begitu dekat
denganku bagaikan berada di rahim ibu. Kepalanya tenang mendekat ke jantungku.
Bunyi hisapannya menghiburkan.
Bayiku kenyang.
Alhamdulillah. Kugosok-gosok belakangnya. Dia terlena. Kucium berkali-kali. Doa
kuhembus ke ubun-ubunnya. Perlahan-lahan aku bangun meninggalkannya. Tugasanku
di meja studi perlu dibereskan.
SEKSANYA MAYAT BAYI INI
Dalam longgokan
buku, terselit senaskhah akhbar. Tarikhnya sudah melewati beberapa hari namun
belum sempat kubaca semuanya. Bebola mataku terpanah ke satu tajuk, “Seksanya
mayat bayi ini.” Kelihatan gambar mayat bayi dalam keadaan ngeri, dicakar-cakar
dan terputus tangan. Belum membaca isinya, air mataku berderai. Sejak
bergelar ibu, hatiku mudah tersentuh dan mataku mudah hujan. Kuteruskan bacaan.
Astargfirullah!
Seorang remaja sanggup membuang anaknya yang baru lahir di tepi jalan. Apa yang
berlaku? Bayi yang sedang menangis ketakutan itu menjadi habuan anjing-anjing
liar.
Seorang pemuda
ternampak seekor anjing penuh kurap menggonggong tangan kecil bayi. Anjing-anjing lain mengerumuni badannya. Daging si kecil dirobek-robek.
Astragfirullah! Astragfirullah! Air mataku tak tertahan. Aku rasakan ia angkara zina. Alangkah jijiknya dosa zina yang membawa kepada dosa pembunuhan.
Astragfirullah! Astragfirullah! Air mataku tak tertahan. Aku rasakan ia angkara zina. Alangkah jijiknya dosa zina yang membawa kepada dosa pembunuhan.
RAYUAN SI COMEL
“Ma…..ma….ehek…ehek…”
Si comelku
memanggil. Aku mendapatkannya. Hatiku masih remuk rendam. Simpati melihat
puteriku gelisah keseorangan. Takut kesepian.Terbayang-bayang bayi malang itu
memanggil-manggil ibunya ketika ditinggalkan.
Mohon simpati.
Mohon dikasihani.
Mohon dibawa bersama.
Namun, apakan daya, si kecil tak mampu berkata-kata.
Bicaranya hanya lewat tangisan..
‘Ibu…dunia ini
asing bagiku. Jangan tinggalkan aku kesepian. Aku takut duhai ibu. Segala yang
ada di sekelilingku terasa suatu ancaman kecuali dakapamu, ibu.
Kenapa membuangku?
Apa dosaku?
Tidak cukupkah ibu membuang Allah dari hidupmu selama ini?
Ibu mahu
membuang Allah sekali lagi dengan membuang diriku?
Bukankah diriku satu peluang
pahala buatmu agar ibu kembali pada-Nya semula?’
Ku yakin, tangisan sarat rayuan seorang bayi pasti menghantui remaja itu sepanjang usia. Ironinya, itu hanyalah salah satu
kes daripada ribuan kes pembuangan bayi di Malaysia. Makin bertambah dan makin
dahsyat caranya saban hari. Petanda kiamat hampir tiba.
BICARA HATIMU
Setiap insan
sebenarnya ingin menjadi seorang ibu atau bapa yang bertanggung jawab terhadap
bayinya. Memeluk manja dan memberi perhatian. Fitrah insan begitu.
Hanya dengan perkahwinan yang halal dapat memberikan keberkatan nikmat jiwa
menjadi ibu atau bapa. Jalan zina hanya mendorong dirimu menyahkan si comel
yang tak berdosa.
Remaja di luar sana, kurayu padamu,
jauhilah zina. Kenikmatan sementara itu hanya menatijahkan derita
selama-lamanya. Allah tidak menyuruh membunuh fitrahmu sebaliknya Dia
membentangkan cara halal yang lebih indah untuk menyalurkan fitrahmu itu.
Pilihlah cara mulia dan bermaruah. Mendekati zina hanyalah membawa dirimu dekat
dengan bahaya. Kau pasti tak berdaya.
Buat remaja yang
sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi
peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikan dia bak emas bernilai. Tumpahkan kasih-sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi
sebab untuk 'membeli' sebuah keampunan.
Tolonglah, jangan dibuang! Damaikan si kecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia agar nanti Allah kasihan padamu.
Tolonglah, jangan dibuang! Damaikan si kecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia agar nanti Allah kasihan padamu.
9 Comments
mengertilah duhai muslimah. jauhilah zina. jangan mendekati zina.
ReplyDeletesuka.. t.kasih akak. :)
ReplyDeleteaduhai..Berderai air mata membaca tulisan ini. Hati ini masih muda namun hati ini begitu ingin tumpahkan kasih kepada si kecil dari darah dagingku sendiri. Semoga diri ini sentiasa dilindungi Allah dan diberikan jodoh yang membahagiakan..ameen..mksh ya ustzh..
ReplyDeleteSubhanAllah... tiada penulisan2 lain yang mampu menyentuh hati diri ini setiap kali membaca melainkan penulisan Ustazah... Alhamdulillah... alhamdulillah... amat bersyukur kerana Allah pertemukan diri ini dengan Ustazah.
ReplyDeleteustazah, ramai lg wanita yg sangat ingin merasa nikmat mengandungkan zuriat sendiri tapi Allah uji sehingga bertahun2 tanpa zuriat..kes buang bayi spt ini membuatkan hati sy bagai dirobek2.. :'(
ReplyDeleteAssalammualaikum ustazah ,
ReplyDeleteSedih melihat, membaca dan mendengar kisah kanak kanak malang dan tidak brdosa ni dizalimi. Moga Allah sentiasa memberi lindungan pada mereka mereka yang memerlukan.
tiada kata mampu ana ucap selain "jijiknya penzinaan!!!"...
ReplyDeleteperkongsian yg amat myentuh hati...subahanallah...
syukran Ustazah.....
Sy ad terbaca... Ya Allah,, berikanlah hidayah kepada saudara2ku... Amin
ReplyDeletemoga saudari diberi zuriat yang ramai dan berkualiti. insya allah.. teruskan berkarya!!
ReplyDelete