Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
28 Comments
alhamdulillah.terima kasih ustazah
ReplyDelete=) ok, trima ksih...
ReplyDeleteterima kasih diatas penjelasan ini..bru sy paham
ReplyDeleteAlhamdulillah. sy dh faham :) lepas ni tkde la tertanya tanya.
ReplyDeleteterima kasih di atas penerangan ini...selama ni saya was2 dengan pemakaian inai yang terlalu ketara hingga di pergelangan tangan. saya ingatkan hukumnya haram. pernah saya di tegur oleh ayah saya kerana memakai inai di pergelangan tangan katanya saya x tahu hukum. bila saya rujuk daripada abang saya, abg saya kata x salah sebab ia perhiasan wanita.
ReplyDeletesamalah...saya pun pernah ditegur buat corak bunga guna inai , mak saudara cakap haram...takut saya nak pakai. tapi tq ustazah atas penjelasan ni...lega rasa... syuqran jazilan...
Deleteassalamualaikum ustazah. saya sedikit keliru apabila ustazah mengatakan lelaki tidak diharuskan memakai inai KECUALI sebilangan jari bagi pengatin semasa perkahwinan. adakah ini bermakna lelaki boleh memakai inai semasa berkahwin? hal ini kerana, sebelum ini ustazah saya memberitahu yang lelaki tetap tidak boleh memakai inai walaupun tujuan perkahwinan, melainkan ianya tujuan perubatan. harap ustazah dapat jelaskan dengan lebih lanjut. terima kasih :)
ReplyDeletelaki x boleh memakai perhiasan wanita,,ia nya haram,kalau tujuan berubat diharuskan.perempuan lebih baik jgan pakai dgan bercorak2tu kerna takut timbul fitnah atau meniru sesuatu kaum..dlm hadis nabi).sesiapa yg meniru sesuatu kaum itu maka terdiri lah dia dr golongan kaum itu.atau di menunjuk2 perhiasan nya pda org lain..boleh jatuh riak..dan menunjuk nya pada bkan mahram..wallahualam.
DeleteRamai yang kurang faham maksud hadis ini. rujuk jawapan-jawapan saya di bawah. tq.
DeleteDalam dunia fiqh, ustaz ni kata lain...ustaz ni kata lain pula....ia adalah sesuatu yang NORMAL. Sampai kiamat pun khilaf akan wujud.
ReplyDeleteSelagi hukum dikeluarkan dengan hujah dan dalil, selagi itu semua pendapat dalam daerah pahala. Inilah salah satu ciri Islam yang perlu kita faham. Tsabat pada perkara prinsip. Murunah atau fleksibel dalam perkara cabang/ fiqh/.
Sikap yang tidak tepat dalam fiqh ialah menganggap hanya pendapat kita SATU-SATUNYA betul dan pendapat orang lain salah dan tiada kemungkinan betul langsung.
Contohi sikap Imam Syafie yang berkata, "Pendapat saya betul, pendapat orang lain salah, tapi boleh jadi juga pendapat orang lain itu BETUL."
p/s: pendapat tentang inai ini bukan pendapat saya tapi pendapat majlis fatwa kebangsaan di Malaysia.
syukran ya ustazah.. nk tanya nie..ada org ckap pkai inai yg corak2 2 x boleh sebab ia seakan akan kaum india... boleh tlg jelaskan x ustazah....?
ReplyDeleteApa salahnya sama dengan kaum India pada hal yang bukan bersifat mensyirikkan Tuhan. bahkan, kaum Indiapun ramai Islam. sepertimana kita sama dengan orang Eropah dalam menggunakan sudu dan garfu. tiada masalah. Kata al-Qaradhawi, katakan ya kepada SILANG BUDAYA. Katakan tidak pada SERANGAN BUDAYA.
Deleteouh...sekarang baru saya tahu mcm mana nak jwb soalan sepupu saya... sekali lagi syuqran....
Deleteustazah...sy nak Tanya ustazah pasal pilihan kerjaya...boleh x???
(◕‿◕✿)~
ReplyDeletesalam ustazah, kalau bersanding macam mana? =)
ReplyDeletewsalam wbt. asal hukum setiap sesuatu adalah HARUS kecuali ada dalil yang mengharamkannya.
DeleteBersanding asal hukumnya HARUS. Tiada dalil yang sarih (jelas) dan sahih yang mengharamkannya.
Hukum HARUS bertukar jadi HARAM apabila ada unsur-unsur lain yang mengharamkannya.
Jika unsur-unsur ini dibuang, maka hukumnya kembali ke asal iaitu HARUS.
Antara unsur-unsur yang menyebabkan bersanding jadi haram ialah:
1) Ada pendedahan aurat.
2) Ada unsur-unsur pembaziran seperti tabur beras, sewa pelamin terlalu mahal hingga sanggup berhutang dsb.
3) Ada niat menunjuk-nunjuk.
Bersanding tetap harus apabila:
1) Sekadar sediakan tempat cantik yang masih dalam batas kemampuan untuk kenangan bergambar.
2) Tutup aurat.
3) Niat disucikan dengan banyak istighfar.
wallahua'lam.
okay, terima ksih banyak ;)
ReplyDeletesyukran ya ustazah....:-)
ReplyDeleteustazah, boleh ke kita memakai inai b'corak untuk menunjuk-nunjuk? contohnya, kita postkan gambar inai tu di laman2 sosial.
ReplyDelete
DeleteMenunjuk-nunjuk atau riya' itu dosa hati `dengan Allah.
Adapun, postkan gambar inai itu di laman sosial hukum asalnya adalah harus. hukumnya berubah menjadi hukum lain bergantung kepada niat.
Manakala, melabel semua orang yang postkan gambar inainya di laman sosial itu sebagai 'menunjuk-nunjuk'...ia suatu sikap suka menghukum orang lain. Seeloknya kita berbaik sangka dengan niatnya. Sebab Allah lebih tahu niat seseorang.
Assalammualaikum, ustazah bilangan jari yang boleh dipakai inai oleh lelaki sebenarnya berapa dan apa hukumnya...sekian
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt. bergantung kepada adat setempat. Kaedah syarak menyebut: adat boleh memberi hukum.
Deleteselagi adat itu tidak bercanggah dengan syariat
Deleteassalamualaikum ustazah.
ReplyDeletesaya ingin bertanya sedikit tentang aurat wanita.
seperti yang kita maklum aurat wanita adalah keseluruhan anggotanya kecuali muka dan pergelangan tangan. sebagai lelaki saya juga akui bahawa susah untuk menjaga aurat seperti yang disebutkan di dalam al-quran. namun saya sedar pahala yang diberikan kepada wanita yang menjaga aurat adalah lebih banyak berbanding lelaki yang menjaga auratnya.
namun budaya yang kita boleh lihat pada wanita yang menutup aurat hari ini ialah aurat pergelangan tangan dan kaki yang kurang dijaga atau dipanggil ustaz saya aurat yang diringankan.
saban waktu kita boleh melihat aurat pada lengan kerana pakaian yang longgar dan manampakkan lengan tangan bila tangan diangkat.
begitu juga aurat kaki jika berada di rumah dan ada tetamu yang datang. pendapat saya sebagai lelaki sudah semestinya susah jika ingin berstokin di dalam rumah sentiasa.
saya cuba mencari daripada pelbagai sumber tentang isu ini dan banyak pendapat yang saya dapat daripada sumber yang saya cari.
harap ustazah dapat memberikan penerangan dan terima kasih juga atas kunjungan ustazah ke ipg kampus sultan abdul halim tempoh hari bersama en imam ustazah.
syukran..
Assalamualaikum, ustazah. Terima kasih atas penerangannya. Sekarang br saya faham. Sy nak tny, ustazah ada guna email yg fs tu ke? sbb sy hntr masalah saya melalui email tu. tq.
ReplyDeleteUstaz harun din kata haram. Ikut budaya Hindu. Yang tu mcmana?
ReplyDeleteUstaz harun din kata haram. Ikut budaya Hindu. Yang tu mcmana?
ReplyDeleteArab Muslim pun pakai inai bercorak. Sy India Muslim. Inai bercorak adalah budaya saya. Biarlah sama dgn India Hindu pun.i
ReplyDelete