Hati
Seorang Adik: Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib (Bahagian satu)
Profil
·
Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Ali
bin Abi Thalib.
·
Lebih dikenali sebagai Abul Qasim,
Muhammad al-Hanafiyyah bin Ali bin Abi Thalib.
·
Bondanya bernama Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah, daripada Bani
Hanifah.
·
Abang-abang tirinya ialah
Hassan dan Hussain, putera al-marhumah Fatimah az-Zahra’.
·
Perajurit gagah berani di
medan juang.
Anak
yang Dinanti-nanti Selalunya Berkualiti
Ali bin Abi
Thalib kepingin mempunyai putera lagi selepas hadirnya Hassan dan Hussain
kesayangan Nabi. Pada hari-hari akhir kehidupan
Rasulullah SAW, Ali mendampingi baginda. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apa
pendapatmu andai saya dikurniakan seorang anak setelah tuan meninggal, (bolehkah)
saya menamainya dengan namamu dan memberikan kun-yah (sapaan yang biasanya
diungkapkan dengan ‘Abu fulan…’) dengan kunyah-mu?.”
“Ya”
jawab baginda.
Hari meniti Hari.
Rasulullah SAW pulang mengadap Ilahi. Tidak lama kemudian, isteri Ali menyusuli.
Fatimah pergi ke pangkuan Kekasih tertinggi.
Demi kepentingan Islam,
Ali lalu menikahi seorang wanita Bani Hanifah. Mawar bertuah itu namanya
Khaulah binti Ja’far ibn Qais al-Hanafiyyah. Pada akhir pemerintahan Abu Bakr
r.a., lahirlah seorang bayi lelaki daripada cinta Ali dan Khaulah. Ali
menamainya “Muhammad.” Diberi julukan “Abu al-Qaasim” dengan izin Rasulullah
SAW. Sejarah lebih mengenalinya dengan nama Muhammad ibn al-Hanafiyyah, untuk
membezakannya dengan kedua saudaranya al-Hasan dan al-Husain. Bayi bertuah ini
mendapat didikan langsung daripada ayahnya yang hebat.
Sifat-sifat Ali banyak
tercurah kepada peribadi Muhammad al-Hanafiyyah. Tekun beribadah. Zuhud.
Berani. Gagah perkasa. Fasih berpujangga. Pandai balaghah. Singa di medan
jihad.
Baik Sangka Terhadap Kasih Ayah
Ali mengesan
potensi besar Muhammad al-Hanafiyyah
sebagai perajurit terbilang. Digeruni kawan dan lawan. Sama seperti Ali.
Ali telah mengutusnya
ke dalam pelbagai pertempuran. Dalam setiap pertempuran, selalunya Muhammad
al-Hanafiyyah akan diamanahkan dengan misi-misi getir lagi berisiko tinggi.
Amanah seberat itu tidak pula dipikulkan kepada al-Hassan dan al-Hussain.
Muhammad al-Hanafiyyah
berbaik sangka terhadap arahan ayahnya. Beliau pernah diprovok, “Mengapakah
ayahmu menjerumuskanmu ke dalam kebinasaan? Dia membebankanmu dengan apa yang
kamu tidak mampu memikulnya . Dia menghantarmu ke tempat-tempat yang sempit
tanpa kedua saudaramu al-Hasan dan al-Husain?”
Beliau menjawab, “Tidak mengapa. Kedua saudaraku
menempati kedudukan dua mata ayahku. Sedangkan aku menempati kedudukan dua
tangannya. Dia (Ali) menjaga kedua matanya dengan kedua tangannya.”
Demi Cintanya Kepada Penyatuan Ummah
Dalam perang “Shiffin” yang meletus antara Ali ibn Abi
Thalib dan Muawiyah ibn Abi Sufyan r.a.. Muhammad ibn al-Hanafiyyah membawa
panji ayahnya.
Tidak seperti
peperangan sebelum ini, pedangnya terasa lemah longlai untuk terus dihayun di
medan siffin. Beliau berkata dengan hati sayu, “Sungguh aku menyaksikan perang
“Shiffin”. Kami bertemu dengan para sahabat Muawiyah, kami saling membunuh
hingga aku menyangka bahawa tidak akan tersisa seorang pun dari kami dan juga
dari mereka. Aku menganggap ini adalah perbuatan keji yang besar.”
Tiba-tiba, aku
mendengar seseorang berteriak di belakangku, “Wahai kaum Muslimin, (takutlah
kepada) Allah! (Takutlah kepada Allah), wahai kaum Muslimin…
Siapakah yang akan (melindungi) para wanita dan
anak-anak?Siapakah yang akan menjaga agama dan kehormatan?
Siapakah yang akan menjaga serangan Romawi dan ad-Dailami?
Wahai kaum
Muslimin…takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah dan sisakan kaum
muslimin. Wahai kaum muslimin.”
“Maka
sejak hari itu, aku berjanji kepada diriku untuk tidak mengangkat pedangku di
wajah seorang Muslim.
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Kemudian Ali mati syahid di tangan pendosa yang zalim (di tangan Abdurrahman ibn Miljam ).”
Rentetan
peristiwa itu, timbul perselisihan dalam memilih khalifah pengganti Ali.
Diringkaskan cerita, kekuasaan berpindah kepada Muawiyah ibn Abi Sufyan.
Tatkala itu, Muhammad ibn al-Hanafiyyah membaiatnya untuk selalu taat dan patuh
dalam keadaan suka maupun benci.
Beliau
mengenepikan dendam lama pada saat pasukan ayahnya dibantai pasukan Muawiyah. Ada
silap faham yang sukar dimengerti. Muhammadal-Hanafiyyah yakin ketulusan hati
kedua-dua pihak, semuanya cintakan kebaikan. Beliau memilih berlapang dada.
Beliau rela menyerahkan baiah kepada Muawiyah demi menyatukan suara dan
mengumpulkan kekuatan muslimin semula. Sungguh mengagumkan sifat baik sangka
Muhammad al-Hanafiyyah kepada Muawiyyah, saudaranya se-Islam, sahabat Nabi yang
dimuliakan.
Air
Dicincang Tidak Akan Putus.
Sesekali, perbezaan
pendapat antara adik beradik suatu perkara lumrah. Muhammad bin Al-Hanafiyyah
menunjukkan peribadi yang tawadhuk dan sukakan perdamaian tatkala berselisih
dengan abang tirinya, Hassan. Lihatlah betapa halus bahasanya kepada Hassan :
“Sesungguhnya Allah
memberikan keutamaan kepada abang melebihi diriku. Bonda abang adalah Fatimah
binti Muhammad Bin Abdillah sedangkan bonda adik adalah seorang wanita daripada
Bani Hanifah. Datuk abang daripada jalur ibu adalah Rasulullah pilihanNya.
Sedangkan datuk adik dari jalur ibu adalah Ja’far bin Qais. Jika surat adik ini
smpai kepada abang, adik berharap abang berkenan datang ke mari dan berdamai,
agar abang tetap lebih utama daripada adik dalam segala hal.” Sesampainya surat
tersebut, Hasan bergegas mendatangi rumahnya untuk menjalin perdamaian.
7 Comments
Assalammualaikum,,ibarat menarik rambut dalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak,,prinsip yang perlu ada pada setiap orang untuk mengeratkan siratulrahim.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah, saya nak email ustazah boleh ? ada sesuatu yang nak d kongsi kan..
ReplyDeleteSangat mengharukan.. Bukan mudah untuk berbaik sangka, memaafkan dan berlapang dada.. Indahnya sirah bila ditelusuri.. Kak, boleh minta cadangan apa rujukan/buku sirah yang baik untuk bacaan hasil tulisan yg diyakini kesahihannya tak ustazah? Tqvm..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah, saya berminat dengan design 'home' blog ustazah. Dah cuba 'google' tapi tak jumpa. Minta url nya ye ustazah, nak letak kat blog. Syukran.
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustazah. Saya sangat suka dan tertarik dengan entri2 ustazah. Saya ada soalan ustazah.
ReplyDeleteBagaimana nak elakkan perasaan suka kepada lawan sejenis? Saya tertarik dengan perwatakan seseorang, classmate sendiri. Selalu mukanya menjengah di minda dan teringat2kan 'si dia'. Dan selalu juga lah saya beristighfar memohon Allah Taala mengampunkan dosa2, dan minta agar wajah itu tidak lagi berada di minda saya.
Apa yang patut saya buat ustazah? Sedangkan tiap2 hari saya bertemu dengan 'si dia'. Mohon ustazah meleraikan kekusutan saya. =)
baiknya Muhammad Al hanaffiyah...
ReplyDeleteterbaik lar, mengutamakan org lain dari diri sendiri..
ReplyDeletemenanti bahagian ke 2 pula.
Ya Allah, sungguh tertarik dgn peribadinya