Musibah Diundang atau Tidak Diundang
Apa
sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha
mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu
sahaja.
Jika
Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi
juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan
kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat
seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah
itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak
diundang.’
Jika
musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan
langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu
rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat
jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada
bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Kecilkan Risiko
Sebelum
bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi
untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka
mengurat.
Berkawan
dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu
SMS dan call pada perkara yang tidak
penting.
Selalu
bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik
chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.Tanpa urusan munasabah.
Jika
kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian,
apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita
sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah
Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak
sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita
yang mengundangnya.
Minimumkan Musibah
Langkah
pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah.
Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita
sendiri.
Ramai
pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup
berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya
jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja
berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma
satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika
pasangannya itu mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul
dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati
melangkah.
Jika
ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh
pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Syarat Suatu Yang Normal Dalam Aqad Muslim
Kita nak beli rumah dan kereta ada syarat. Nak buat pinjaman ada syarat. Nak sewakan rumah kita kepada orang lain, kita letakkan syarat yang munasabah. Bahkan dalam kebanyakan aqad kaum muslimin, ia sangat bijaksana meletakkan syarat. Ia suatu yang normal. Ia suatu sikap berpandangan jauh terhadap risiko masa depan.
Cinta
lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa
pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan.
Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Islam sangat manusiawi. Sensitiviti dan kondisi individu berbeza-beza. Berbincang dan letaklah syarat yang dipersetujui bersama. Demi keteguhan masa depan.
Lihatlah,
cinta Allahpun mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta
dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan
daripada risiko penganiayaan.
Betapa
ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya
terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka
pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha
mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?
17 Comments
Salam Alayk,
ReplyDeleteSubhanallah,kata-kata yang amat mendalam dalam entry ini. Sememangnya, lewat hari ni ramai diantara pasangan yang meremehkan soal pemilihan pasangan. Bagi mereka, 'asal cinta, jom nikah'..itu yg menjadi 'permainan' mereka tanpa memikirkan masak-masak tujuan untuk bernikah. Dlm perjalanan, barulah merasakan psgn yg dipilih tidak serasi, tiada persefahaman. Janji ditabur entah kemana. Sebab itulah, sebelum membuat keputusan..Allah telah menyuruh kita untuk berdoa kepadaNya, diberikan petunjuk dgn melakukan solat istikharah. Solat istikharah pula, tidak terhad kepada pemilihan pasangan semata-mata, tetapi kepada semua perkara yg mengkehendaki kita membuat pilihan.
Sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama dengan pasangan, letakkanlah syarat sewajarnya, terutama kaum Hawa..letakkan syarat-syarat agar kita tidak ditindas. Ya, ada segelintir kaum Adam yg berjanji utk terus setia, tidak menduakan cinta.. tetapi kita tidak tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan. Oleh itu, siapkan payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru terngadah.
Kaji sifat pasangan kita, fahami mereka sedalam-dalamnya. Tanyakan kepadanya tujuan untuk bernikah sebenarnya, adakah semata-mata kerna nafsu, ataupun kerana Allah? Jgn hanya sekadar niat untuk berkahwin kerana Allah, kemudian mengabaikannya. Seeloknya, berbincanglah apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan. Dari situlah kita boleh menilai pasangan kita, samada ia pilihan yang tepat ataupun sebaliknya. Jika dah meminta petunjuk Allah, dan Dia telah memberikannya..tetapi dlm perjalanan tersadung dan terjatuh, jgn persalahkan sesiapa..anggaplah ia sebagai ujian yg datang untuk menguji, sesungguhnya... ujian yg 'tidak diundang' ini lebih besar ganjarannya daripada Allah SWT.
Wallahuaklam.
alhamdulillah. kupasan yang matang:)
Deleteit's just like what i thought,
ReplyDeletepabila kita tak nak bkl isteri/suami kerap chatting/msg d fb / sms tnpa perkara yg munasabah/penting,,maka kita pun xseharusnya begitu, maka sblum mlngkah ke alam rumah tangga, latih diri anda dahulu tuk mencegah iaitu dprd berhubung dgn bukn mhrm tanpa sebab yang munasabah, mcm begitu kan, ustazah?
tepat sekali.:)
Deleteentry yg sangat bagos dan komen2 yg mantap. syukran semua :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. :)
salam ukhuwah..entry yg byk manfaat dr ustzah..subhanallah Allah itu Maha Pemurah, Maha Bijaksana mengurniakan hambaNYA yang bijak pandai dalam menyebarkan ilmuNYA spt ustazah Fatimah Syarha..:-)..setiap manusia pasti merasa ujian Allah..sama ada besar atau kecil..senang atau susah..Allah itu Maha Adil, DIA tdk akan menganiayai hambaNYA..ujian yang di berikan adalah setimpal dgn kekuatan kita..sebesar mana pom ujian Allah itu, pasti Allah da sediakan jln penyelesaian. semuanya bergantung pd ush kita..tidak ada salahnya kita bertanya pada Allah sebelum membuat keputusan..spy kita sentiasa berada pd jlnNYA..dekat dengan Allah..ujian itu akan trus membawa kita dekattttttttt pd Allah..berdating dgn Allah itu manisssssssss sekali...ustaz saya cakap" kalau kita ingin kan pasangan yang soleh/solehah kita kene solehahkan/solehkan diri kita dulu"..iya dak ustazah??..:-)
ReplyDeleteSalam ustazah,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian kali ini.
Benar, bila kita sudah cuba kecilkan risiko, kita lebih tenang berdepan dengan musibah yg melanda. Wlaupun ianya dalam konteks musibah yg diundang. Ia sesuatu yg 'expected' org putih kata.
Benar, bercouple sebelum bernikah malah jika telah terlanjur sebelum bernikah adalah dosa besar. Dan pernikahan bukan cara utk menutup segala dosa. Tetapi saya amat yakin dengan sifat Allah yg maha pengampun dan menerima taubat.
Untuk sesiapa yg mungkin terbaca penulisan saya ini, saya mahu anda tahu, selagi hayat masih dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka. Melalui kehidupan rumah tangga dengan musibah2 yg 'expected' ini dengan lebih tenang. Terus dekatkan diri dengan Allah.
Jika segala dugaan kehidupan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah, ganjaran pahala atau penghapusan dosa untuk kita.
assalamualaikum ustazah,,
ReplyDeletebagaimana cara nak elakkan hati dari suka pada seseorang.. meskipun ia adalah fitrah,,
bimbang hati menyentuh,,
gusar andai jiwa menjadii alpa..
ana pernah dengar "jika fikiran kita di penuhi perkara yg besar2 ..maka perkara2 keci takkn penuhi fikiran kita..
boleh ustazah gariskan apa yg remaja sekarng perlu lakukan bg menjadi fardhulmuslim,,
Cinta Allah satu aja syaratnya
ReplyDeleteiaitu Ikhlaskan diri lillahi
apa saja amalan tanpa Ikhlas tak di terima
cubalah ziarah ke sini: http://al-merapu.blogspot.com/
lihatlah apa itu Ikhlas
inshallah
Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
ReplyDeletenice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,
Subhanallah... Amat realistik utk ukhti Fatimah bicarakan perkara ni skrg..
ReplyDeleteKdg2 ukhti, apabila bersama di dalam usrah kita seringkali t'pedaya dgn istilah ukhuwah sehinggakan keakraban antara muslimin & muslimat ini kurang dijaga.
Maka akan timbul soal hati yg mana memperdaya para du'at. Mungkin ukhti boleh buat entry mengenai ini agar hati para du'at lebih terjaga untuk mentarbiyah hati Ummah sekeliling... ^^,
assalamu'alaykum kakak,
ReplyDeletemasha Allah. nice one!
tapi sedih jiddan tengok muda mudi islami yang kat luarnya jaga ikhtilatnya, tpi dalam dunia maya, dah hilang dah pakaian hayya' tatkala berkomen-komentar sesama mereka.. -_-"
Allah selamatkan kami dari fitnah dunya...
salam
ReplyDeleteapa maksud ittiba'?
assalamualaikum ...
ReplyDeleteberkaitan entry di atas, mintak ustazah terangkan sedikit batas2 hubungan sebelum nikah dan apakah itu zina hati?
Salam ustazah..boleh mntk ustzah huraikn dgn lebih detail bagaimana caranya yg terbaik utk btul2 mengenali hati budi bakal pasangan sblum berkahwin, dan apakah ciri2 zina hati..syukran
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete