Profil
·
Nama
penuh Muhammad bin Muslim bin Abdullah.
·
Atau
nama sebenarnya Muhammad bin
Muslim bin Ubaydullah bin Shihab az-Zuhri.
·
Ahli
hadis dan ahli fiqh.
·
Seorang
tabi’in.
·
Tinggal
di Ailah sebuah desa antara Hijaz dan Syam.
·
Membukukan
banyak hadis.
·
Wafat
pada tahun 123 hijrah.
Berguru dengan Pakar
Berautoriti
Siapa
tidak kenal seungkap nama unggul Ibnu Syihab az-Zuhri,di bumi Hijaz dan Syam?
Para ulama di situ menjadikan dirinya pakar rujuk.
Dari
bumi Madinah, beliau merantau ke Damsyiq, Syria. Ketika itu, Khalifah Abdul
Malik memerintah.
Kecintaannya
kepada hadis membawa dirinya tinggal selama lapan tahun bersama Sa’id bin
Al-Musayyab di
sebuah desa bernama Sya’bad di pinggir Syam. Sa’id bin
Al-Musayyab itu
pula merupakan pakar berautoriti dalam bidang hadis yang cukup terkenal di
kalangan generasi tabi’in.
Sa’id bin
Al-Musayyab lahir
ketika pemerintahan Umar pada tahun 637 masihi. Beliau sempat meneguk didikan
langsung daripada Umar, Uhtman dan Ali. Tidak hairanlah Syihab az-Zuhri cukup
menyegani ketokohannya dalam bidang hadis.
Syihab
az-Zuhri turut akrab dengan tokoh-tokoh terkemuka seperti Abdullah bin Tha'laba al-'Adawi, Urwah ibn Zubayr, 'Ubaydullah bin 'Abdullah bin
'Utba, Abu Bakr i 'Abdul-Rahman bin al-Harith, Kharija bin Zayd bin Thabit and
'Abdul-Rahman bin Yazid bin Jariya.
Menulis Hadis dan Kata-kata
Sahabat
Beliau
membukukan banyak hadis yang didengarinya dan dihimpun dalam koleksi. Berkata
Shalih bin Kisan, “Aku menuntut ilmu
bersama az-Zuhri, dia berkata, ‘Mari kita tulis apa yang berasal dari Nabi shallallahu alaihi wassalam.’
Kecermatannya Terbukti dan
Dikagumi
Al-Laits bin Sa’ad berkata: “Aku belum
pernah melihat seorang alimpun yang lebih mantap dari pada az-Zuhri, kalau ia
berbicara untuk memberi semangat, tidak ada yang lebih baik dari pada dia, bila
dia berbicara tentang sunnah dan al-Qur’an pembicaraanya lengkap“.
Kekuatan
hafazan dan kecermatan az-Zuhri dapat disemak oleh Hisyam bin Abdul Malik.
Hisyam meminta az-Zuhri menulis apa yang diajarkan kepada beberapa orang
anaknya. Az-Zuhri ternyata mampu mengajar dan menulis 400 hadis. Setelah keluar
dari rumah Hisyam, beliau masih mampu menceritakan 400 hadis tersebut.
Sebulan
lebih selepas itu, Hisyam bertemu lagi dengan az-Zuhri. Hisyam mengadu tentang
catatannya yang hilang. Az-Zuhri mampu menulis lagi buatnya.
Kecermatan
dan penguasaan hadis oleh az-Zuhri membuat Amr bin Dinar memuji, “Aku tidak
melihat ada orang yang pengetahuannya terhadap hadis melebihi az-Zuhri.”
Sumbangan
Besar
Az-Zuhri
memang selalu berusaha keras untuk meriwayatkan hadis. Ada yang berkata bahwa
az-Zuhri menghimpun sejumlah 1, 200 hadis, tetapi yang musnad hanya separuhnya.
Az-Zuhri
meriwayatkan hadis bersumber daripada Abdullah bin Umar, Abdullah bin Ja’far, Sahal bin Sa’ad, Urwah bin az-Zubair, Atha’ bin Abi Rabah. Ia
juga mempunyai riwayat-riwayat yang mursal dari Ubadah bin as-Shamit, Abu Hurairah, Rafi’ bin Khudaij, dan
beberapa lainnya.
Imam
al-Bukhari berpendapat bahawa sanad az-Zuhri yang paling sahih adalah az-Zuhri,
dari Salim, dari ayahnya. Sedangkan Abu Bakar bin Abi Syaibah menyatakan bahawa
sanadnya yang paling sahih adalah az-Zuhri, dari Ali bin Husain, dari bapaknya
dari datuknya (Ali bin Abi Thalib)”.
Beliau
wafat pada bulan Sya’ban, tahun 123 H. Ada yang mengatakan beliau wafat pada tahun
125 H.
4 Comments
Assalaamualaikum wbt,
ReplyDeleteana seronok bace sejarah islam, kerana mampu bagi motivasi..
syukran jazilan akak atas perkongsiannya..
Assalamu'alaikum ka Ha, ini Sumayyah Arrifq (nama fb saya) yang pernah memberitahu ka Ha bahawa saya dan rakan akan ke KL awal Januari tahun depan, insyaALLAH. Tolong hubungi saya di emel ana_sumayyah@hotmail.com kerana hendak membuat temu janji dengan Ka Ha. dan juga agar senang dapat menghubungi Ka Ha tibanya kami Ke KL nanti..
ReplyDeleteSalam ustazah. apa hukum berangan2 dalam islam pada pendapat ustazah?
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah
ReplyDeletesuka dengan sejarah islam
ia adalah motivasi masa depan
dengan membaca sejarah islam juga
memberikan motivasi kepada saya
dari seorang bed ridden alhamdulillah dapat ke on wheel chair
inshaAllah