Nabi Tahu Soalannya
“Mintalah fatwa dari hatimu.”
Ini hadis Nabi. Nak faham hadis
kenalah rujuk kitab syarah hadis. Sebelum itu, mari kita telusuri satu kisah
yang melatari hadis ini.
Seorang lelaki bernama Wabishah bin
Ma’bad r.h. datang berjumpa Nabi SAW. Belum sempat dia membuka mulut,
Rasulullah SAW meneka,
“Kamu hendak tanya tentang
kebaikan?”
Terkejut Wabishah mendengar
tepatnya sangkaan Nabi. Wabishah yakin, Nabi tidak mengetahui perkara mendatang
(termasuk perkara ghaib) kecuali apa yang Allah beritahu kepadanya. Ini satu
mu’jizat. Wabishah lantas mengiyakannya.
“Benar!”
Baginda lalu menjelaskan satu ilmu
yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang
mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan
meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan
riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
Hadis yang lain daripada an-Nawas
bin Sam’an diriwayatkan Muslim dalam al-Bir
wa ash-shilah, bab Tafsir al-birr wa al-itsm. Nabi mengajar kita,
“Kebaikan adalah akhlak yang baik,
sedangkan dosa adalah segala hal yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak suka
jika orang lain melihatnya.”
Singkat dan padat. Begitulah
istimewanya hadis ini. Kebaikan itu mencakupi semua perbuatan baik. Dosa pula
mencakupi semua perbuatan buruk samada kecil atau besar.
Fitrah: Tenang Dengan
Kebaikan, Resah Dengan Dosa
Salah satu (bukan satu-satunya)
cara mengenal kebenaran ialah dengan fitrah. Buktinya, apa yang Nabi katakan
dalam hadis ini. Kebaikan itu mententeramkan hati dan jiwa. Allah yang maha baik menciptakan kita untuk
mengetahui kebenaran. Kita tenang dengannya. Menerimanya.
Allah tanamkan tabiat kepada kita
cintakan kebenaran. Bahkan, menurut kajian sains, apabila kita membuat
kebaikan, hormon kortisol akan terrembes. Ia menyebabkan kita rasa seronok.
Rasa nak buat lagi.
Kita lahir dalam keadaan baik.
Suci. Bersih.
“Setiap anak Adam lahir dalam
keadaan fitrah.” Abu Hurairah yang meriwayatkan hadis ini seterusnya membaca
ayat al-Quran,
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.” (Ar-Rum: 30).
Tatkala kita dilanda dilema,
“Ini baik ke buruk?”
Tanyalah hati, ia condong ke mana?
Mana yang hati tenteram, itulah kebaikan. Apa yang hati tidak merasa tenang
dengannya, itulah dosa bagi kita. Meskipun dari sudut fatwa hal itu masih
dibolehkan.
Baik Bagi Orang Baik,
Buruk Bagi Orang yang Dekat Dengan Allah
Ada perkara yang hasanatul abrar, wasayyiatul muqarrabin.
Bermaksud, baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Cuba lihat. Seorang ulama misalnya al-Qaradhawi
memfatwakan alat muzik seperti gitar yang digunakan dengan syarat tertentu,
hukumnya dibolehkan.
Peranan mufti antaranya memberikan
batas ‘minimum’ tentang fiqah. Fatwa diberikan dengan melihat yang zahir. Berdasarkan
ilmu bukan nafsu. Fatwa ini diberi secara umum untuk semua manusia, bukan untuk
golongan tertentu sahaja. Jika gitar itu difatwakan haram secara mutlak, sudah
tentu masyarakat Islam di Eropah yang ‘bernafas’ dengan alat muzik sejak kecil
akan mengalami kesempitan dan kesusahan dalam agama. Muzik pula menjadi
fenomena di seluruh dunia tika ini.
Namun begitu, dari sudut amal,
ulama ini memilih apa yang paling taqwa. Hatinya secara fitrah tidak menyukai
bermain gitar. Maka, beliau tidak menggunakannya. Kerana, boleh jadi gitar itu
baik bagi orang lain tapi buruk baginya.
Dari segi akhlak pula, beliau tidak
pula merendah-rendahkan orang yang bermain gitar. Ramai pendakwah yang bermain
gitar dengan tujuan yang baik. Beliau
berbaik sangka dan berlapang dada. Merendah-rendahkan orang yang melakukan
perkara ‘harus’(baginya) kerana menyangka diri sendiri bertaqwa, tidaklah cocok
dengan akhlak seorang muqarrabin.
Jika Ragu,
Tinggalkanlah
Hadis ini mengajar kita agar
meninggalkan fatwa jika ia bertentangan dengan hati dan menimbulkan keraguan di
dada. Imam an-Nawawi memberikan contoh
kes.
Seorang perempuan memberitahu
bahawa dia menyusu dengan si A. Mufti
berfatwa bahawa anak si A boleh menikahinya kerana tiada kesempurnaan dalam
jumlah susuan. Fatwa tersebut masih tidak menghilangkan keraguan (syubhat).
Sebaik-baiknya dia bersikap wara’ (hati-hati) walaupun manusia memfatwakan
kebolehannya.
Jika fatwa dikuatkan oleh dalil
syar’i, maka wajib bagi seorang Muslim mengambil fatwa itu dan berpegang
dengannya, walaupun dadanya tidak senang menerimanya. Contohnya ketika Nabi
memerintahkan para sahabat menyembelih binatang korban dan tahallul pada umrah Hudaibiah. Sahabat sangat berat menerimanya
tapi mereka akhirnya taat. Perintah Allah dan Rasul tidak boleh dibelakangkan
hanya kerana menurut fatwa hati.
Isyarat Hati
Sihatkan hati dengan banyak
mengingati Allah. Kata Allah, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati
menjadi tenang.”
Ada dua tanda dosa. Khusus untuk
perkara yang kita samar tentangnya. Jika perkara yang jelas hujah dan dalilnya,
itu soal lain. Dua tanda tersebut ialah:
1)
Tanda dalam- hati rasa benci, tak tenang, resah
dan tertekan. Hadis sahih daripada Ibnu Mas’ud
menyebut, “Dosa itu menyakitkan hati.”
2)
Tanda luar- tidak suka diketahui manusia.
Kebencian atas dasar agama. Bukan kebencian saja-saja.
Hadis ini menempatkan kedudukan
hati di kedudukan yang istimewa dalam Islam dan boleh meminta fatwanya sebelum
beramal.
Hadis ini juga memberi petunjuk
untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia, kerana akhlak yang baik merupakan
kebaikan yang paling besar.
Syumulnya Islam. Ia menjadi
pengatur dan pengawas internal dari dalam diri dan juga eksternal. Berbeza
dengan undang-undang buatan manusia yang hanya menjadi pengawas eksternal.
Jom sihatkan hati! Agar kita tidak
memiliki raja yang ‘evil’ dalam kerajaan diri.
(Sila rujuk lanjut
buku Al-Wafi, Syarah Hadis Arbain, Imam Nawawi, karangan Dr. Mustafa Dieb
al-Bugha dan Syaikh Muhyiddin Mistu)
14 Comments
terima kasih. benar2 membantu. saya tengah dalam dilema ni..
ReplyDeleteTerima kasih Ustazah .. :) Entry ni betul2 membantu .. Akan sy gunakan input2 ini untuk di'update'kan dalam blog sy pulak ..
ReplyDeleteTerima kasih Ustazah...
ReplyDeleteNamun, fatwa dari hati ini, hati yg bagaimana, bukan sebarang hati, memang ada hadith Nabi SAW, maksudnya, takutilah akan firasat org mukmin, yg melihat dgn pandangan Allah, namun setiap fatwa dari hati perlu juga di rujuk dgn al-quran dan hadith serta pandangan para ulama yg amilin dan muktabar. jika kita org awam, gerak hati perlu diselaraskan dgn rujukan utama, namun fatwa dari hati adalah misalnya, kita bertemu antara 2 jalan, nak pergi lurus, atau nak belok ke kiri, maka di sini baru boleh gunakan gerak hati, tapi jika jelas dlm Islam, cthnya berdua2 dgn wanita yg bukan mahram, mana boleh gunakan gerak hati.... zubair salim
ReplyDeleteinshaAllah. minta fatwa dari hati berdasarkan syarie, bukan fatwa dari hati ikut sedap rasa. tetapi yang mana perkara yakni sudah jelas tidak baiknya maka. sewajibnyalah kita tinggalkan.
ReplyDeleteminta tunjuk ajar.
syukran...:)
ReplyDeleteالأخوة في الله إلى النهاية
ReplyDeleteAssalamualaikum. ustzah, saya salah seorg pelajar KISAS 2012/2013. Tahun ini, saya perlu membuat kajian tentang poligami kerana ini salah satu penilaian berasaskan sekolah. jadi, saya mmerlukan bantuan ustzah. hal ini kerana saya ingin menemu bual ustzah berkenaan poligami. Saya harap ustzah dapat membantu saya dlm mengukuhkan lagi kajian saya. (layyinulsyifa39@yahoo.com)-emel saya.. dengan teknologi yg ada kini, dptlah saya berkomunikasi dgn ustzah. syukran.. ^_^
ReplyDeletemaaf, lupa nyatakan nma. saya Nor Asiffa. Plajar tingktn 6.harap ustzah dapat memberi respon pada emel saya..
DeleteSalam
ReplyDeleteJika kita ingin membuat sesuatu dan was-was dengan tindakan kita, tanyalah pada hati naluri kita kerana ia tidak akan menipu kita dan dapat membezakan yang baik dan buruk.
as salam ..nak share
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah.
ReplyDeletenoel mawar berduri tu dh habis stok
bleh x sye nk buat tmphan baru...
thanks
Assalammualaikum Ustazah Fatimah Syarha :)
ReplyDeleteSy mahu minta pendapat ustazah bagaimana mahu menyelesaikan masalah sy nie..
Sy merupakan pljr lepasan SPM 2012 lalu thn nie sy perlu melanjutkan pelajaran sy..
Tp keliru dgn pilihan bidang yg perlu sy ambil.. Klu ikut kata hati sy mahu sambung pljrn dalam bidang yg ada kaitan dgn sains misalnya dentistry, medicine or pharmacy..
Sy tanya dgn diri sy.. Sy minat mahu jd doktor tp sy tetap keliru mahu jd apa sama ada mahu jd doktor atau pegawai farmasi jak..
JD USTAZAH MASIH PERLUKA SY MINTA FATWA DR HATI SY ATAU JUST BERTAWAKAL..????
dr pljr in dilemma
Assalammualaikum .. Ustazah Fatma... Syukran atas pengkongsian nya,
ReplyDelete