Kenali Anakmu
Didiklah, Jangan
Cepat Melabel
Fahami Fitrah Mereka
Perlu Belajar
Ada pelbagai macam keluhan
ibu muda yang biasa kita dengari berkenaan telatah anaknya.
“Kenapalah
anak saya suka sepahkan rumah?”
Bukan
itu sahaja, ada pelbagai persepsi masyarakat sekeliling hingga mereka cepat
melabel telatah anak orang lain. Baru sekali berjumpa, sudah pantas menghukum,
“Anak awak ni tak pandai berkawan. Maaf, saya tak
suka anak saya nanti jadi sombong sepertinya.”
Sikap-sikap
sebegini adalah suatu sikap yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat.
Tidak membantu membaikkan keadaan. Mana ada kanak-kanak yang sejak lahirnya
tahu semua perkara dalam dunia ini? Mereka tidak diciptakan dalam keadaan sudah
tahu segala disiplin, adab sopan dan peraturan. Kata pakar psikologi, nurture is nature. Fitrah mereka perlu
belajar.
Sebab
itulah mereka dipanggil bayi dan kanak-kanak. Mereka belum mengerti sebagaimana
orang dewasa mengerti. Tidak adil kita paksa mereka perlu memahami sebagaimana
‘kita’ memahami sesuatu. Cuba kalau orang lain layan kita begitu. Sakit kan?
Didiklah dengan lembut sabar apa yang mereka belum ketahui. Masa itu rawatan.
Seimbangkan Fokus
Kita Pada Semua Aspek
Semakin kita memahami ‘fitrah’
perkembangan kanak-kanak, semakin besar potensi yang boleh kita lakukan untuk
menyokong perkembangannya. Dalam merangsang perkembangan anak-anak, kita
perlukan pendekatan yang menyeluruh. Holistik. Cara yang seimbang ini
menjadikan perkembangan anak-anak lebih efektif berbanding kita fokus pada satu
aspek sahaja.
Banyak aspek yang boleh kita
gunakan untuk mengkategorikan perkembangan anak-anak. Aspek-aspek ini saling
berinteraksi antara satu sama lain. Antara aspek-aspek itu ialah:
1)
Pergerakan
2)
Koordinasi Tangan-Mata.
3)
Bahasa.
4)
Pembelajaran.
5)
Perkembangan sosial dan emosional.
Jangan Melabel, Terus Menyokong
Ingatkah anda saat bayi anda
dilahirkan kemudian dibersihkan. Setelah itu bayi diletakkan di dada
Susu yang disedut automatik
ditelan. Pergerakan si comel sangat-sangat terbatas. Mata jernihnya ada yang
terpejam. Ada yang merenung ke mata ibu. Ada yang berkelip-kelip. Ada yang
tunduk ke bawah. Unik dan pelbagai. Dia tidak dapat mengangkat kepalanya
sendiri. Perlu disokong.
Pada usia purata 13 bulan, bayi
boleh berjalan sendiri dan pergi ke mana sahaja. Usah risau jika anda melihat
bayi orang lain sudah berjalan seawall 7 bulan. Usah stress jika bayi anda yang
berusia 13 bulan masih belum berjalan. Pencapaian setiap bayi dalam pergerakan
berbeza-beza. Ada yang cepat. Ada yang lambat. Tugas kita, bagaimana membantu
mereka? Tidak melabel dan terus menyokong.
“Anak aku ni keturunan lembap
agaknya.”

Rujukan: 1) gambar kanak-kanak
2) gambar tangan anak dan ibu http://www.abbeijing-emarch.com/2011/12/
5 Comments
salam...tol tu ustazah..suke bace..teruskan berdakwah walau di alam maya..may ALLAH bless ustazah and family..:-)
ReplyDeleteJzzk ustazah....:)..Moga dirimu dirahmati...kadang2 rasa diri ini seperti kurang kasih sayang pun ada.....tak mengapalah..Hanya Allah Mengetahui....sometimes rasa terlalu sukar apabila melalui jalan ini seorang diri...tanpa sokongan keluarga...tanpa sokongan sahabat-sahabat yang mengerti betapa sukar jalan ini...mungkin kerana tidak terlalu terbuka...kadang2 rasa cemburu apabila melihat orang lain mempunyai sahabat yang boleh menegur mereka semata-mata kerana Allah...boleh berkongsi rahsia hati...namun disitulah Allah ajar bergantung semata-mata hanya kepadaNya....
ReplyDeletekalau nak share kat blog boleh ?
ReplyDeleteterima kasih...info yg berguna buat sy yg baru belajar menjadi ibu...izin kan sy share ye... :-))
ReplyDeleteSaya mohon share ye ustazah untuk kebaikan...in sha Allah
ReplyDelete