Bersama Allah, Kau
Tak Akan Lemah
Menjalin Ukhuwwah,
Menghulur Dakwah
Saya
selalu mendengar tohmahan terhadap A.
“ Jika benar tohmahan itu, A perlu didik.
Inilah dakwah,” fikir saya.
Saya yakin, Islam itu mendekati.
Bukan hanya tahu mencaci. Islam itu ramah. Bukan asyik marah-marah.
Saya mahu memandang semua orang
sebagai galian dakwah yang istimewa. Siapapun dia, saya tidak mahu fokus kepada
maksiat dalam hidupnya tapi fokus kepada potensi dirinya untuk masuk syurga.
Sayapun terlalu bercita-cita untuk masuk syurga bersama seramai mungkin
manusia.
Pucuk dicita ulam mendatang. A
tiba-tiba menghantar mesej di facebook untuk
berkenalan dengan saya. Kami lalu berjumpa dua kali. Saya menghadiahkan
buku-buku agama kepada A. Dia ternyata sangat menghargainya dan mengabadikan
kenangan itu di facebook. Jiwa A
sangat lunak.
Tatkala Diri Difitnah
“Dia berjumpa dengan A. Ini mesti
geng-geng A juga,” tusuk syaitan ke hati seorang lelaki. Berprasangka terhadap
saya sekepala dengan A. Kebetulan lelaki itu sangat anti dengan A.
Percaya
kepada persepsi sendiri, bangunlah lelaki itu mengadu domba di sana-sini.
Lantaran masyarakat cepat percaya kepada khabar angin, saya cepat menerima
tempiasnya. Fitnah berpeleseran di mana-mana. Saya lalu diumpat keji. Dibuang
dan dihindari. Stesen radio serta-merta menggelapkan nama saya daripada senarai
tetamunya. Bahkan nama saya disiasat hingga ke JAKIM.
Sumber-sumber
yang dipercayai memberitahu saya tentang ‘kerja’ lelaki itu. Saya pun ada
mendengar banyak berita tentang keaibannya. Manusia mana tiada aib? Jika lelaki
itu telah membuka 10 aib saya, saya ‘mampu’ membuka 100 aibnya. Tapi saya tidak
memilih untuk membongkar aibnya. Jika tidak, apa bezanya saya dengan dia di
sisi Allah?
Pujukan al-Kahfi
Pagi
Jumaat yang indah. Saya bersimpuh di atas sejadah. Membaca sebuah warkah,
tinggalan Nabi yang barakah.
Abu
Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafaz
sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada (fitnah)
dajjal.” (Riwayat Muslim, dinilai sahih).
Ada kisah-kisah indah dalam Surah
al-Kahfi. Hati terubat bila merenungi. Ada kisah Ashabul Kahfi. Berkorban
segalanya demi akidah. Berlindung di gua tatkala diburu musuh Allah. Tertidur
selama 309 tahun. Menjadi bukti kebesaran Allah hingga ke hari ini. Dialah
pembela kebenaran. Yang batil dilenyapkan. Yang benar tak hilang dimamah zaman.
Ada kisah Nabi Musa a.s. dengan
Nabi Khidir. Perlu tawadhuk dalam menuntut ilmu. Rendahkan diri kepada yang
lebih tahu.
Ada kisah Zulkarnain. Raja yang bertakwa
dan adil. Allah SWT memberikannya kuasa memerintah dengan makmur. Timur dan
Barat dikuasai. Beliau diminta membina dinding penghalang dengan makluk jahat ya’juj dan ma’juj.
Ada perumpamaan yang pelbagai.
Kisah si kaya yang berbangga dengan hartanya. Kisah si miskin yang perkasa dengan akidahnya
dalam kisah dua pemilik kebun. Ada pesanan tentang kehidupan dunia yang
sementara dan akan binasa. Ada kisah tentang keengganan iblis untuk seujud
kepada Adam a.s. Mengingatkan kita tentang bahaya penyakit takabbur dan
terpedaya.
Ya Allah, aku tidak sanggup lagi
membiarkan Jumaatku berlalu tanpa al-Kahfi. Bantu diriku untuk terus kuat.
Abu
Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti
nur akan meneranginya antara dua Jumaat.” (Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti,
dinilai Sahih).
Indahnya!
Pentas Konvensyen
Fiqh Wanita
Khabarnya, ada pihak-pihak
tertentu cuba menghalang saya daripada ke pentas konvensyen Fiqh Wanita. Mereka
mendakwa saya bakal membawa agenda A di sana. Saya tidak mahu mudah terhalang.
Saya menyiapkan kertas kerja saya. Berpegang atas manhaj ilmu. Di situ, saya
memuatkan kata-kata alim ulama sedunia. Tiada sepatahpun kata-kata A yang saya
lampirkan. Prinsip saya, jika kita benar-benar ikhlas berjuang, kita tidak akan
mundur di keji dan tidak semakin mara di puji.
Saya
tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Tapi saya mampu menguasai respon
saya dalam menghadapinya. Saya senyum sahaja. Saya sangat yakin terhadap
kebenaran yang dibawa. Saya sangat percaya Allah akan cepat membela. Saya
bertuah doa saya kini dalam kategori insan teraniaya. Hikmahnya, saya makin
akrab bergantung harap dengan Allah!
Kebenaran
cepat terserlah apabila saya memilih bersabar dan bersikap positif. Saya tidak
perlu penatkan diri mempertikaikan orang lain. Sebaliknya, saya fokus membina
diri dengan ilmu dan hujah. Ternyata Allah itu Maha Menjaga. Maha Membela.
Apabila saya berpeluang menjelaskan segalanya di pentas Konvensyen Fiqh, ramai
insan teruja dengan sebuah fikrah. Mereka celik menilai mana benar, mana salah.
Semuanya atas bantuan Allah SWT.
“Saya
tidak pernah mendengar hujah yang sebegini adil dalam isu ini. Saya ingin
sebarkan ke seluruh dunia. Boleh bagi saya ‘slide’ konvensyen? ” Ini salah satu
daripada ratusan respon positif yang saya terima. Alhamdulillah.
Akrabkan Diri dengan
Allah!
Dunia
ini penuh prasangka. Banyak caci nista. Bangkitlah syabab agama. Kuatkan
hubungan dengan Yang Esa. Hanya Dia mampu membela.
Y a
syabab,
Jika kau turun ke medan dakwah,
tanpa hati membawa Allah, kau akan mudah lemah. Kau akan tersungkur dengan
tohmah. Kau akan rebah dengan fitnah. Hari ini juga, binalah hubungan
dengan-Nya. Dekati surat cinta-Nya. Damailah dalam pelukan sujud di
hadapan-Nya. Yakinlah, Dia Maha Pembela!
Syabab al-Kahfi
Fitnah dan tohmah,
Rencah berdakwah,
Sakit dan susah,
Tetap istiqamah!
Tatkala senyumanmu sukar,
Beleklah pujukan al-Kahfi,
Di sana ada penawar,
Tenaga dari Ilahi.
Huruf demi huruf Al-Kahfi,
Sesejuk air di kali,
Amalan Nabi,
Di Penghulu Hari.
Awas para pengfitnah,
Allahku tak pernah lengah,
Pada kuasa-Nya kuberserah,
Mengadili sejulur lidah.
Fatimah Syarha Mohd Noordin.
11 Comments
ayyuhai syabab..kita tidak bersendirian kerna kita punya Allah..Allah itu dekat,sungguh dekat..Di mana??? Di SINI.. Fil Qalb--di hati kita..<3
ReplyDeleteDengan mengingati Allah hati menjadi tenang..Dunia dan segala isinya akan berakhir...akhirat itulah destinasi kita yang sebenar, yang kekal abadi..
nice entry ustazah..jazakillahu khairan kathira..^_^
Moga ustazah terus istiqamah dalam menyebarkan agama yang indah ini. Moga ustazah kuat. ^_^
ReplyDeleteAllah memberi apa yang hambaNya mampu..yang pahit itu indah untuk dikenang..menjadi pembakar semangat..Semoga ustazah terus berjuang untuk agama, bangsa dan negara.. All the best.. Allah sentiasa ada.. Ustazah anda memang awesome.. ^_^..
ReplyDeleteTAJUK KAJIAN: KONSEP POLIGAMI: SATU KAJIAN PERSEPSI DALAM KALANGAN WANITA BEKERJA DI KLANG
PROTOKOL TEMUBUAL
1.0 SOALAN PEMBUKAAN (MAKLUMAT RESPONDEN)
1.1 Nama :____________________________________________________
1.2 Jantina :____________________________________________________
1.3 Jawatan :____________________________________________________
1.4 Pekerjaan:_____________________________
Berapa lama kerja :
2.0 SOALAN KUNCI
2.1 Berikan situasi-situasi khusus yang menjadikan keharusan poligami suatu rahmat
Bagi pihak wanita.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong poligami?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.3 Maksud poligami menurut islam?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2.4 Apakah poligami ini perlu atau tidak dan berikan alasan?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2.5 Bagaimanakah prosedur perkahwinan suami yang ingin berpoligami dan peranan
isteri pertama ?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2.6 Pada pendapat Tuan / Puan apakah hikmah diharuskan berpoligami?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2.7 Bagaimanakah hendak menjaga perasaan?
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
2.8 Pada pandangan Tuan/Puan apakah kesan yang akan timbul akibat daripada
poligami?
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.9 Pada pandangan Tuan/Puan, apakah sebab-sebab serta keperluan yang mengharuskan
poligami?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3.0 Apakah langkah yang diambil dalam menghadapi kehidupan berpoligami?
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3.1 SOALAN PENUTUP
- CADANGAN
-KOMEN
-UCAPAN TERIMA KASIH
Assalamualaikum ustazah, saya Asiffa dari KISAS membuat kajian berkenaan poligami. di atas itu adalah soalan2 temu bual.. memandangkan masa untuk saya menghantar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) sistem modular tingkatan 6 sudah suntuk, boleh ustzah bantu saya dengan menjawab soalan2 di atas?? jawapan ustazah bolehlah email pada saya "layyinulsyifa39@yahoo.com" 12/4/2013 tarikh pengahantaran PBS. harap ustazah dapat membantu.. ^_^ syukran..
Deletesemua jawapan ni ada dalam buku saya SEBARKAN CINTA-MU :)
DeleteTerima kasih ustazah suatu entry yang menusuk.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustzah..cerita yang membangkitkan jiwa pemuda supaya tetap utuh dalam menyeru umah !
ReplyDeleteberuntunglah keturunan kita dan alam jagat ini andai semua syabab mencintai Allah& rasul dgn sesungguhnya. ya Allah jdikan ank anak ku dari kalangan syabab itu.
ReplyDeleteTerima kasih ustzh atas nukilan rasa yg cukup menusuk...
ReplyDeleteSubhanAllah...
ReplyDeleteMaha Suci Allah...
Semoga terus kuat dalam perjuangan ini...