SEBARKAN BAHAGIA RESOURCES telah ditubuhkan pada
tahun 2013. Diasaskan oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib dan isteri tercinta,
Fatimah Syarha Mohd Noordin yang kedua-duanya mempunyai banyak pengalaman dalam
bidang penulisan.
Penubuhannya adalah bertujuan untuk menyebarkan bahagia kepada
masyarakat dengan menyediakan keperluan bagi akal, jasad dan ruh mereka. Demi
merealisasikan hasrat itu, syarikat ini menyediakan produk dan perkhidmatan
sebagaimana berikut:
- Menerbit dan mengedar buku-buku membina yang sesuai bagi seisi keluarga sebagai santapan akal.
- Mengedar makanan kesihatan terpilih dan pakaian patuh syariah bagi melengkapi keperluan jasad.
- Menjadi perunding motivasi dan penceramah agama bagi memenuhi kedahagaan rohani.
Produk Sebarkan Bahagia Resources diedarkan oleh beberapa
pengedar di dalam dan luar negara. Kami sangat mengalu-alukan usahawan-usahawan
tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stockist dan peruncit produk-produk kami. Jika berminat dengan
peluang perniagaan ini, sila hubungi kami untuk menjadi rakan niaga dan jualan.
Talian kami: 0132808063.
Misi
Membahagiakan manusia.
Objektif
- Menyediakan dan mengedarkan produk–produk yang memberikan kebahagiaan holistik kepada masyarakat.
- Membawa hati setiap individu dalam masyarakat bertaut erat dengan Pencipta melalui produk yang dihasilkan.
Kenapa Produk Sebarkan Bahagia lain daripada yang lain?
Ciri-Ciri Buku Terbitan
Sebarkan Bahagia:
- Berusaha keras memastikan fakta yang diberi adalah tepat.
- Menggunakan Sistem Dewan Eja.
- Diperiksa oleh konsultan syariah.
- Menekankan pendidikan.
- Berwarna penuh atau warna spot.
- Isi ringkas tapi lengkap.
- Reka bentuk universal dan kontemporari.
- Foto, ilustrasi dan grafik.
- Jadual, carta dan peta minda.
- Flashers dan captions.
- Kotak info.
Jenis Bahan
- Agama / Fardu Ain.
- Motivasi & Psikologi.
- Keibubapaan.
- Novel Islam.
- Minat Umum.
- Pendidikan.
- Buku Hadiah.
Pengguna Produk Sebarkan Bahagia
Semua lapisan
masyarakat:
- Ibu bapa
- Murid / pelajar / anak-anak.
- Ahli Akademik
- Profesional
- Guru
- Remaja.
- Orang awam.
Nilai Tambah dalam Buku Kami:
- Reka bentuk kulit universal.
- Reka bentuk isi mesra pembaca.
- Prelim lengkap dan bermaklumat.
- End Book.
- Glosari.
- Bibliografi.
- Indeks.
- Foto.
Pasaran
Pasaran kami sedang
bergerak luas untuk menemui pembaca. Boleh temui produk kami di:
- Ekspo-ekspo buku Islam
- Pesta buku
- Syarikat kami.
- Pasaran terbuka (open market).
- Kedai buku dan alat ibadah.
- IPT dan sekolah.
- Laman web.
Produk Sokongan
- Makanan Kesihatan yang Halal dan diiktiraf bermutu tinggi di peringkat dunia.
- Tudung labuh yang kemas, praktikal dan tidak melekap.
- Jubah Muslimah.
Perkembangan
Sehingga kini, produk-produk kami mendapat sambutan
memberangsangkan dari dalam dan luar negara. Begitu juga buku-buku terjemahan
daripada para ulama muktabar khususnya karya Ketua Ulama Sedunia, Prof. Syeikh
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, serta buku-buku bermutu daripada Indonesia yang kami
edarkan. Kami hajatkan doa dan sokongan anda moga usaha kami ini dapat
menyebarkan senyuman bahagia ke sekalian alam. Bersama redha Allah seiringan.
16 Comments
tahniah kerana berjaya menubuhkan syarikat sendiri...
ReplyDeletemoga perniagaan dr & isteri bertambah maju & menjadi sinar kepada kegelapan umat ketika ini...
[ADMIN]
DeleteTerima kasih banyak-banyak. Hajat doa!
Bismillahirahmannirahim..
ReplyDeleteAssalamualaikum, yang pertama sekali satu ucapan tahniah daripada ana kepada ustaz dan ustazah kerana berjaya akhirnya membuka sebarkan bahagia resources untuk kebaikan bersama. Soalan ana, ada tak stockist atau ejen pengedar atau cawangan ustazah di Terengganu? Mohon maklumat ustazah.
[ADMIN]
DeleteWaalaikumussalam warahmatullah.
Moga saudara/i sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. :)
Kami memerlukan ejen pengedar dan stokis di seluruh Malaysia. Jika berminat, sila hubungi 013-2808063.
Terima kasih. :)
Tahniah ustazah dan ustaz...
ReplyDelete[ADMIN]
DeleteTerima kasih banyak-banyak. Hajat doa!
Congrats ustazah! Alhamdulillah...
ReplyDelete[ADMIN]
DeleteTerima kasih banyak-banyak. Hajat doa!
salam w.b.t tahniah dr. farhan hadi n ustazah fatimah syarha... insyaallah sye nak menjadi stokois anda... terutama dalam menjual pakaian mislimah... makanan2 harian... majalah2 n buku2 anda... dlll lagi yang berkaitan anda... coz sye dah siasat latar belakang anda... n sye memang seorang penjual... insyaallah juaalan kami juge akan terdapat di dalam n luar negara... doakan untuk kami jugek... takbir... allah hua akbar... mari kite luaskan jualan2 umat islam... ~_^
ReplyDelete[ADMIN]
DeleteWaalaikumussalam warahmatullah.
Moga saudari sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. :)
Kami memerlukan ejen pengedar dan stokis di seluruh Malaysia. Jika berminat, sila hubungi 013-2808063.
Terima kasih. :)
Tahniah. Semoga perniagaan diberkati Allah.
ReplyDelete[ADMIN]
DeleteTerima kasih banyak-banyak. Hajat doa!
Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi- Ketua Ulama Sedunia?
ReplyDeleteTepat kah fakta ini?
Assalamualaikum ustazah..alhamdulillah..syukran jazilan atas usaha ustazah dan keluarga..barakallahulakum..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah..saya berminat untuk menjadi pengedar n stokis..saya khalidah..menetap di pulau pinang..mohon beri maklumbalas..syukran jazilan atas usaha usatzah dan family..alhamdulillah=)
ReplyDeleteDalam dunia ini YIP KUM FOOK sangat bertuah kerana dia seorang peguam tidak perlu belajar undang-undang, juga tidak perlu pergi ke sekolah undang-undang, peguam lain perlu belajar undang-undang sehingga enam tahun untuk menjadi peguam penuh.
ReplyDeleteYIP KUM FOOK adalah kawan baik saya dan dia seorang ahli perniagaan sebagai barangan perabot di Taman Daya, berhampiran dengan Taman Desa Jaya, Kepong dan juga dia seperti bermain politik, pada tahun 1990 dia menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong…
Kemudian, beliau menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong pada tahun 1994 sesuatu dan beliau menolak presiden lama (Shia Kok Sun), kemudian beliau mengambil jawatan presiden ketika itu, yang semua orang tahu tentangnya, dalam apa yang berlaku. di SAMNAK SAMBODHI
Dia nak jadi peguam sebab nak main politik, ramai ahli politik ada ijazah atau beransur-ansur dalam pendidikan, dan dia pun ikut orang apa yang dia ada, dia tak nampak diri dia datang, sekarang ramai yang tahu asal usul YIP KUM FOOK juga…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong
Translated by Dr. Chew