Kenali ‘Kriteria’ Sebelum ‘Si Dia’
Remajaku sayang,
Usah
terlalu peningkan kepala berfikir hendak berkahwin dengan siapa. Kenalilah
‘kriteria’nya sebelum ‘calon’nya. Imam Ghazali memperkenalkan kriteria pasangan
soleh 10 tahun sebelum anaknya mula mencari.
“Mak
abah saya tak buatpun macam Imam Ghazali,” cebik remaja.
Tidak
mengapa! Mungkin mereka tidak tahu. Jika mereka tahu, boleh jadi mereka akan
segera lakukannya. Maafkanlah mereka. Yang lepas biarlah lepas. Kita kan masih
ada ‘hari ini’ untuk menambah ilmu?
Lebihkan ‘Menjadi’ daripada
‘Mencari’
Remaja,
Masih sudi lagi dengar ‘sharing’
daripada akak? Jom!
Sekiranya
nanti dirimu meminati seseorang, sudah tentu dirimu tidak mahu bertepuk sebelah
tangan. Betul kan?
Sekiranya
dirimu meminang, sudah tentu kau tidak mahu pinanganmu ditolak. Setuju tak?
Tipnya
mudah sahaja. Lebihkan ‘menjadi’ daripada ‘mencari’. Sinergikan dengan doa ke
hadrat si Pemegang Hati. Insya-Allah cintamu pasti berbalas. Siapa yang tidak
mahu sesusuk periba
“Hah,
menjadi?”
Ya!
Jadilah peribadi yang mampu mendidik diri sendiri. Kemudian, insya-Allah mampu
menjadi pendidik buat generasi masa depan. Orang yang mempersiapkan diri
menjadi individu Muslim lebih berpotensi membangunkan sebuah ‘baitul Muslim’
(rumah tangga yang menegakkan nilai-nilai Islam).
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat
Remaja
semua nak kahwin, kan? Bagus! Normal tu. Alam perkahwinan bagaimana yang
diinginkan? Penuh cinta atau penuh sengsara?
Ketahuilah,
banyak punca-punca permasalahan dalam rumah tangga termasuklah masalah dalam
mendidik anak-anak boleh dicegah seawal kita mempersiapkan diri menjadi
peribadi soleh dan solehah. Juga seawal kita membuat pemilihan yang terbaik
terhadap pasangan hidup kita. Inilah tanda kebijaksanaan mencegah sebelum
merawat.
Bayangkan…
Lahirnya
seorang bayi comel ke dunia. Suci. Bersih. Dia melihat ibunya yang susah
tersenyum. Dia melihat ayahnya yang monyok memanjang. Dia melihat lingkungan
keluarganya yang asyik bercakaran.
Secara
fitrahnya, si kecil itu mencari-cari wajah yang berseri-seri. Telinganya
mencari-cari kata-kata yang baik. Namun, ibubapanya yang gagal mempersiapkan
diri dengan akhlak penuh senyuman dan kelembutan sebelum bernikah, biasanya
akan terbawa-bawa akhlak itu selepas bernikah, dan selepas menjadi ibu bapa. Si
kecil itu menadah dan menyerap dengan mudah apa sahaja yang terhidang di
sekelilingnya itu. Agaknya, dia akan membesar menjadi anak yang bagaimana?
Remajaku sayang,
Remaja
sudah tentu mahu menjadi ibubapa yang hebat suatu hari nanti kan? Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi peribadi anak-anak seperti pengaruh ibubapa,
pemakanan, genetik, persekitaran, rakan sebaya, guru dan sebagainya. Faktor
ibubapa adalah faktor yang paling besar kesannya ke atas agama anak-anak tersebut
hinggakan Rasulullah SAW mengingatkan,
“Setiap
bayi lahir dalam keadaan fitrah (Islam dan mengabdikan diri kepada Allah).
Maka, ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR.
Bukhari).
Pesan
Atok yang bernama Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Barangsiapa dengan sengaja tidak
mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu sahaja,
bererti dia telah melakukan suatu kejahatan yang sangat besar. Kerosakan pada
diri anak kebanyakannya datang dari sisi orang tua yang mengabaikan mereka dan
tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama serta sunnah-sunnahnya.”
Semuanya Ujian
Jika
remaja lahir dalam keluarga yang baik, bersyukurlah. Pengaruh baik ibubapa itu
akan memberi kesan besar dalam melahirkan seorang remaja yang maju, hebat,
berkeyakinan diri, tetap pendirian dan berwawasan jauh.
Jika
remaja lahir dalam keluarga yang kurang baik, bersabarlah. Semua itu hakikatnya
suatu ujian. Jangan merintih pada ujian. Kreatiflah mencari penyelesaian.
Banyak hikmah di sebaliknya. Jika remaja positif menerima ujian ini, lihatlah
kesan positif yang bakal diterima.
Antaranya,
remaja yang biasa dileteri, dicalari hati dan perasaannya bakal menjadi ibubapa
yang memahami jiwa anaknya. Belajar dari pengalaman itu, maka, dia mendidik dan
menasihati anaknya dengan komunikasi berkesan, bukan dengan meleteri,
menghukum, menunjuk protes diam, menutup pintu berdentum dentam atau memulau.
Antara
lain juga ialah, remaja yang biasa disakiti, bakal menjadi ibubapa yang
prihatin terhadap kesakitan anaknya, maka dia tidak memukul sembarangan.
Pukulan hanya alternatif terakhir setelah nasihat diberikan berkali-kali dengan
penuh hikmah. Itupun tidak boleh memukul ketika marah. Tidak boleh memukul
untuk betul-betul menyakiti. Mesti bertujuan mendidik. Jika tidak, ini suatu
pencabulan terhadap ‘amanah’ Allah. Allah tidak buta melihat sakitnya anak
didera. Allah tidak tuli mendengar tangisan anak disakiti. ‘Amanah’ pasti
ditanya!
Pilihan di Tanganmu!
Sambunglah
kekuatan ibubapa kita. Usah diulangi kesilapan mereka. Jangan pula kita memilih
kesilapan yang sama untuk mendidik anak-anak kita nanti. Bimbang, apa yang kita
beri itulah biasanya yang kita dapat.
Pilihlah
mencegah sebelum mengubat. Itu yang terbaik (high class). Namun, jika
kita gagal ‘mencegah’ ketika remaja, jangan bunuh potensi hari ini untuk
‘merawat’. Sentiasa ada jalan. Yakinlah!
Analoginya,
orang yang gagal ‘mencegah’ daripada mengamalkan cara hidup tidak sihat pada
masa mudanya, mudah mendapat penyakit pada zaman tuanya. Ketika muda dia
tidak mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman rutin, lalu dia
menderitai penyakit ‘Janda Manis’ iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing
manis.
Mengubat
itu memang sakit. Tapi, lebih sakit lagi jika kita membiarkan diri menderitai
kesakitan itu terus-menerus. Perlu mengubat setelah sakit! Andai seseorang
diberi peluang mengundur ke masa lalu, sudah tentu dia memilih kebijaksanaan
mencegah sebelum merawat.
Cegahlah
dirimu daripada berakhlak buruk. Bimbang nanti anakmu juga mewarisi akhlak itu.
Cegahlah dirimu daripada memilih pasangan yang tidak beragama atau tidak
berminat mendalami agama. Bimbang nanti, anakmu menceduk akhlak pasanganmu itu.
Pilihlah ibu atau ayah yang terbaik untuk anak-anakmu. Pengaruhnya sangat
besar!
Anak Suatu Amanah
Jom, mari kita dengar pula pesan
Atok yang bernama Imam Ghazali,
“Anak
adalah amanah (bukan beban, tau!) di tangan kedua orang tuanya. Hatinya yang
suci adalah mutiara yang masih mentah, belum dipahat mahupun dibentuk.
“Mutiara
ini dapat dipahat dalam bentuk apapun, mudah condong kepada segala sesuatu.
Apabila dibiasakan dan diajari dengan kebaikan, maka dia akan tumbuh dalam
kebaikan itu.
“Dampaknya
kedua orang tuanya akan hidup berbahagia di dunia dan di akhirat. Semua orang
dapat menjadi guru dan pendidiknya. Namun, apabila dibiasakan dengan keburukan
dan dilalaikan, seperti dilalaikan haiwan, pasti si anak akan celaka dan
binasa. Dosanya akan melilit leher orang yang seharusnya bertanggung jawab
atasnya dan menjadi walinya.” (Risalah anjahul wasa’il).
Abul A’la bersyair indah,
Seorang
anak tumbuh dewasa di antara kita,
Sesuai
dengan apa yang dibiasakan oleh bapanya,
Seorang
pemuda tidaklah beragama dengan begitu sahaja,
Kerabatnyalah
yang membiasakannya beragama.
12 Comments
Perkongsian yg amat baik..
ReplyDeletejazakillah ..^_^
subhanallah..kagum..menjadi pedoman buat ku
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Ustazah, Izin share ya.
ReplyDelete[ADMIN]
DeleteWaalaikumussalam warahmatullah.
Silakan. :)
Assalamualaikum
DeleteUstazah,mohon nak kongsikan entry dlm blog ni ye?
insyallah.... bermanfaat untuk semua... syukran... =)
ReplyDeletetahan sabar ke aku masalahnya kramer sesungguh sungguhnya! marriaging berjalan jalan itik dalam wooki sooti pastu crush aku pun kat? mampu mendoakan kebahagiaan dan moga meeta groka fiku ponuh masa tengah sakit dulu.
ReplyDeleteassalamu'alaikum...
ReplyDeletemohon share ye ustazah....
moga2 sy dan suami akn menjadi salah seorang super parent :-)
jazakillah khair :)
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah...syukran atas perkongsian artikel...amat berguna untuk diri sy yg bakal menjadi ibu..teruskan share artikel2 yg bermanfaat sebegini ya ustazah :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.ustzah..
ReplyDeletesuka sangat !
menjadi penguat sampingan.. :)
Harus siap jadi super parent dong agar dapat lebih mendidik anak-anak menjadi lebih baik dan berkualitas pribadinya.
ReplyDelete