Hari ini, kita sudah mempunyai
ramai penghafaz al-Quran. Kita juga sudah mempunyai ramai graduan agama. Setiap
tahun, beribu-ribu pelajar agama merayakan konvokesyen. Begitu juga, kita
mempunyai ramai professional dalam pelbagai bidang.
Syukur, alhamdulillah! Tapi
kita masih kekurangan satu perkara. Kurang apa? Kita kekurangan daie. Kita
kekurangan golongan agamawan dan profesional ini bangkit menjadi pendakwah.
Seorang
Mengesani Ribuan Orang
Ummah rindukan daie yang mampu
mengusap lembut hati-hati semua golongan. Dakwahnya sampai ke jiwa para
cendikiawan, orang awam, kaum terpelajar, orang kurang pelajaran, penduduk
kota, penduduk desa, penghuni gedung-gedung mewah mahupun rumah biasa. Daie
yang dengan dirinya seorang boleh mengesani ribuan orang.
Kalau daie itu jumlahnya ribuan
orang, lagi bagus. Boleh mengesani setiap ceruk alam, insya-Allah.
Umat hajat untuk melihat Islam
yang berjalan dalam diri, keluarga, dan dalam aktiviti para pendakwah. Melalui
dakwah, akan berlakulah perbaikan umat secara integral, dan mengeluarkan
manusia daripada kepekatan jahiliah menuju cahaya Islam.
Penyeru
Kepada Allah
Siapa mempunyai cita-cita mahu
menjadi doktor hati umat? Mengajak orang lain kepada kebaikan. Tidak kira
apapun kerjaya yang kita ceburi akan datang, kita boleh memilih untuk menjadi
daie.
Samada kita seorang jurutera, atau
doktor, atau ustaz, atau tukang kebun, atau petani, atau penoreh getah, atau penjual
nasi lemak, atau juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini
mahu menjadi daie.
Daie yang macam mana?
Daie ini ada macam-macam
sebenarnya. Ada:
1.
Ad-daie
ilayya- hanya mengajak orang kepada individu tertentu.
2.
Ad-daie
ilaina- hanya mengajak orang kepada kumpulan tertentu.
3.
Ad-daie
ilallah- mengajak orang kenal Allah dalam hidupnya. Secara tidak
langsung dia kenal juga induvidu dan kumpulan yang harus dia bersama.
Sebaik-baik Perkataan
Sungguh
hebat kedudukan ad-daie ilallah ini
sehingga Allah SWT mengiktiraf perkataannya di dalam al-Quran.
“Dan
siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan, dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang
Muslim yang berserah diri.” (Surah Fussilat: 33).
Duhai hati yang hidup,
Mari
bermonolog dengan Allah…
Aku
datang kepada-Mu, duhai Allah. Aku mahu menjadi pekerja-Mu, duhai Allah. Aku
hidup sebab hendak penuhi agenda-Mu, duhai Allah. Aku hendak buat apa sahaja
yang Kau sukai, duhai Allah. Aku tidak mahu membuat apa sahaja yang Kau tidak
sukai, duhai Allah.
Semoga
niat baik di hati akan membuatkan Allah SWT sudi memilih hati kita. Lalu,
dicampakkan rasa ‘izzah’ (mulia) bagi
melantunkan ahsanu qaulan,
sebaik-baik perkataan. Hingga, tidak jemu melantunkan kalimah-kalimah daie yang
mengajak orang kepada Allah SWT.
Biar
orang bosan dengan kita. Jangan sesekali kita bosan dengan orang. Ajaklah siapa
yang terdekat,
“Jom,
kita baca al-Quran sama-sama. Kita jadi hamba Allah yang baik.”
Mungkin
ada hati yang berbisik,
“Erk!
Macam poyo!”
Ya.
Memang ada yang malu hendak bercakap tentang Allah dalam perbualan seharian.
Takut nanti orang kata,
“Hek
eleh, alim kucing konon.”
“Hipokrit!
Uweks..”
Duhai hati,
Seronokkah
kita membiarkan hidup kita tidak bebas? Bukan orang yang memenjarakan kita.
Tapi, kita sengaja mengikat diri kita. Terkongkong dengan persepsi orang lain.
Kita lalu tidak bebas hendak berbuat baik sebab orang. Sampai bila?
Terpulanglah
kita mahu menjadi hamba kepada persepsi orang, atau hamba Allah. Kelak kita
bertanggung jawab ke atas pilihan kita ni.
Pilihlah
untuk menjadi daie. Tenang di hati. Dicintai Ilahi. Kasih makhluk bertaut
sekali. Bahagia hidup hingga ke negeri abadi.
Cahaya
Daie
Tanpa daie, masyarakat akan
menderita penyakit bodoh. Mereka akan
diperdaya syaitan, jin dan manusia bila-bila masa sahaja.
Daie ibarat lampu pendaflour
di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Daie juga bagaikan imam dan pemimpin.
Mereka menjadi hujah Allah yang berjalan di atas muka bumi. Penyingkir
kesesatan di fikiran manusia. Awan keraguan diarak pergi daripada hati dan jiwa
mereka. Merekalah teladan dalam pembicaraan dan juga amalan.
Dakwah
perlukan Kaedah, Baru Berfaedah
Hendak menjadi daie, bila-bila
masapun boleh. Siapapun boleh. Dengan hanya memaniskan wajah, dan berkata-kata
baik, kita sudahpun melakukan dakwah. Bahkan dengan menggeleng-gelengkan kepala
apabila diajak berbuat maksiat, itu juga dakwah.
Hendak menjadi daie sejati
perlukan kaedah dakwah. Kaedah dakwah ni ialah pemahaman tentang seluk beluk
dakwah. Tanpa kaedah, kita bimbang dakwah kita lebih membawa kerosakan daripada
manfaat.
Daie dengan kaedah berdakwah
bagaikan dua sisi wang siling. Tidak boleh dipisahkan. Sebelahnya bercorak
bunga-bunga. Sebelah lagi pula, ada nilai mata wang. Kalau ada sebelah sahaja,
hilang nilainya.
Moga dengan kaedah dakwah ini,
musuh-musuh Islam tidak dapat lagi menuduh para pendakwah Islam sebagai
pengganas, pemaksa atau kaki penyibuk. Kaedah dakwah memandu para pendakwah
sentiasa berhikmah, berpanduan dalam tindakan, tenang dan waras.
Apa kaedahnya? Tidak cukup
ruang hendak bincang. Insya Allah, akan datang.
Daie
Terbaik
Daie terbaik ialah Nabi
Muhammad SAW. Bila bergelar daie, itu tidak bermakna baginda menjadi manusia
yang terpisah daripada rutin manusia biasa yang lain. Bukannya, berpuasa 24
jam. Baginda berpuasa dan berbuka. Baginda juga berjalan di pasar-pasar.
Bukannya, menganggap pasar itu jijik dan tidak sesuai untuk orang-orang soleh.
Apabila kita mempelajari
kehidupan Rasulullah, kita akan menemui contoh yang paling tepat untuk menjadi
daie buat umat.
Berjiwa
Daie
Sunnah berdakwah,
sakit dan susah
namun,
awalnya saja payah,
akhirnya penuh barakah,
Allah sudahpun memujuk,
Akhir dakwahmu lebih baik dari
awal dakwahmu,
Akhiratmu lebih baik daripada
duniamu.
Jika kita tidak mahu
berpayah-payah,
dalam berdakwah,
Kita kan payah juga,
Payah,
didera dosa membuang masa,
Bosannya merantai seluruh
jiwa.
Wahai pendakwah,
Sabarlah dengan cacian
manusia,
Jika ada 10 orang yang membenci,
ada 1000 yang lain sudi
menyayangi,
Jika ada 10 yang mengata,
Ada 1000 bangkit membela.
Namun,
andai seluruh dunia menghinamu,
Jangan pernah berputus asa,
Kerana kau punya kekasih yang
Esa,
Dia tetap setia, selamanya,
Selagi kau setia mencintai-Nya,
Dengan setulus-tulus cinta.
---
"Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid...
...atau menang..."
- Sunnah Berjuang 2, Nada Murni-
:)
Diambil dari: http://darimataerna.blogspot.com/
20 Comments
assalamua'laikum ustazah..memang sangat sukar berdakwah lebih2 lagi terhadap org yg darjatnya lebih tinggi daripada kita..mereka mengeluarkan hujah tersendiri dan sukar nak menerima hujah orang lain...moga Allah lembutkan hati mereka...
ReplyDeleteKeadaan sekarang nie.. daie kene lebih dari pelbagai latar belakang.. menjadi kebiasaan orang yg nak cari jalan kembali tapi malu nak berjumpa dgn para golongan agama..
ReplyDeleteTak semestinya ada basic pelajaran agama layak jadi daie.. sy pernah tgk seorang wanita english teacher.. mengislamkan 4 orang dalam life dia.. yang mana org belajar agama pun tak mampu buat.. insyallah moga setiap insan menjadi daie dlm keadaan masing2..
Terima kasih atas penulisan hebat :-)
ReplyDeleteterharunya baca post ni.....
ReplyDeletemantap tulisan ustazah...ska mmbacanya...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Saya suka penulisan ustazah.. mempunyai isi yang boleh memberi manfaat kepada semua..
ReplyDeletebuku "Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu" boleh dimuat turun edisi PDF dari laman web. Ini adalah edisi lengkap setebal 555 mukasurat.
ReplyDeleteSila klik:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/PDFeBooks/SKM.pdf
Terima kasih Ustazah. Jika hari ni.
ReplyDeleteadakah kita..?
Syukran titipannya mengesankan sekali ;)
ReplyDeletepenulisan yang menggesani jiwa ini.. ada tugas yang masih tersadai.. "daie buat ummah, buat cinta kita pd yang Esa".... syukran ustazah =)
ReplyDeletemasyaAllah.. terkesan di hati.. :")
ReplyDeletemembangkitkan semangat ini yang semakin digoyahi dek cercaan manusiawi yang tak mahu memahami.. kadang, mudah benar kita runtuh! sedangkan, mahu bawa Islam itu, perlukan jiwa yang utuh! :')
saya sangat suka akan artikel yang memberi motivasi ini..
syukran kathiran ya ustzh Fatimah Syarha.. Barakallah.. :)
salam..maaf sy pernah terdengar dikatakan dakwah sesama muslim dikenali sebagai islah..dakwah yg sebenar adalah kepada non muslim. Ada seorang kenalan ni asalnya non muslim. tp sebab ingin mengahwini wanita islam maka dia memeluk islam. tp katanya sepanjang hidupnya belum pernah kawannya yg muslim mengajak beliau memeluk islam. tp nowaday kl nk tgk street dakwah dh ada. mcm mana berdakwah dijalanan..
ReplyDeleteterima kasih ustazah...
ReplyDeletepenulisan yg sgt berkesan buat hati....
mohon share ye....
assalamualaikum ustazah, mohon share ilmu nie.
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah..saya hendak tanya ada tak lagi novel gandingan ustazah bersama suami yg akan di lancarkan??sya sangat meminati semua novel ustazah.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah,..mohon share ya.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Menjentik jiwa..... Menusuk di kalbu.....
ReplyDeletehttp://bicaradiriku.blogspot.com/
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya suka penulisan ustazah..syukran ya ustazah =)
ReplyDeleteAssalamualaikum...dlm byk2 kita brjuang dlm bidang dakwah ap kata kita luangkan masa jgk sebentar dakwah kepada golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Sy yakin dan percaya para asatizah yg hebat2 belaka dgn ilmu masing2. Ap kata luangkan masa curahkan ilmu untuk golongan OKU. Sy membuka ruang kepada sesiapa yg berminat untuk bersama2 berkongsi ilmu serta menjenguh insan-insan OKU ini.
ReplyDelete