Banyak Karenah
“Ya Allah!!!!” bertempik seorang
bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli
semalam. Mahal pula tu.
Terkejut begini suatu reaksi
spontan bagi mana-mana ibubapa apabila berhadapan dengan kesalahan si kecil.
Pelbagai keletah tidak terjangka.
Menyorok telefon bimbit di dalam
peti ais.
Meneraburkan duit dan dokumen
dari dalam dompet.
Menyelerakkan buku daripada
almari.
Meleraikan bunga hiasan.
Mencabut huruf-huruf di keyboard satu demi satu.
Mengoyak. Menterbalik. Mencurah.
Menumpah. Menyepah. 1001 karenah.
Betulkan Sudut Pandang
“Kenapa dengan anak aku ni?”
keluh hati ibubapa.
Mungkin kita terlupa…
Dia ‘anak kecil’! Memanglah anak
kecil begini. Kalau tidak, apa bezanya dunia ‘anak kecil’ dengan dunia ‘anak
besar’?
Anak kecil kita baru setahun
jagung mengenal dunia. Bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada belajar
sedikit demi sedikit.
Adilkah kita mengharapkan anak
kecil kita yang berusia 3 tahun berdisiplin seperti anak berusia 13 tahun?
Jangan sampai sikap kita ‘menzalimi’ dunia kecilnya. Muhasabahlah mana-mana
sikap kita yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Mencubit,
melempang…adakah itu sikap yang ‘adil’ dalam mendidik si kecil? Kasihani dia.
Kita akan lebih sabar apabila
memahami. Lebih terpujuk. Kurang stress. Tugas mendidik anak menjadi lebih
seronok bahkan menceriakan hidup.
Marahlah bukan Marah-marah
Ya, anak perlu belajar daripada
kesalahannya. Jika ibubapa tidak marah, bagaimana anak akan mengambil serius
terhadap perbuatannya yang salah? Lumrah marah, nada suara akan meninggi
sedikit. Itu normal.
Biarpun nada suara meninggi
sedikit, pastikan bahasa yang kita gunakan tidak kasar dan tidak menyiat-nyiat
jati dirinya. Jangan meletakkan label ‘bodoh’, ‘nakal’ atau ‘jahat’. Kata-kata
itu akan diprogramkan ke dalam otak menjadi satu kepercayaan diri yang negatif.
“No!” cukup dengan satu perkataan tegas, anak akan mengerti dia
buat silap. Biasanya, mukanya akan berubah monyok. Bibirnya mencebir kesedihan.
“Waaaaaaaaaaaaaaa!!!” Ada yang
terus berteriak menangis. Ada yang menangis perlahan tersedu-sedan.
Apakah reaksi kita ketika ini?
Meninggalkan begitu sahaja? Biar
dia mengerti dengan sendirinya? Biar padan muka? Biar puas hati kita? Biar dia
mampu membuat kesimpulan sendiri? Biar? Biar? Biar?
Selepas Marah?
Kembali kepada realiti, dia cuma
anak kecil yang belum mengerti. Jangan
biarkan dia tertidur dalam kesedihan. Jangan biarkan hatinya rasa dilukai tanpa
pujukan.
Kita tentu gembira jika anak kita
pandai meminta maaf, bukan? Siapa yang akan mengajarnya sikap mulia itu kalau
bukan kita?
Panggilan lembut akan melembutkan
hatinya,
“Adik, mari minta maaf dengan
ayah.”
Hulurkan tangan kita untuk
bersalam. Jangan tunggu anak kecil kita mengerti sendiri untuk menghulurkan
tangannya terlebih dahulu. Bahkan kita boleh mencium tangannya terlebih dahulu
agar dia dapat mengikuti perbuatan itu.
Si kecil itu gembira diberi
peluang. Kita juga akan terpujuk daripada geram. Ajarilah dia dengan kata-kata
meminta maaf,
“Ikut ayah sebut, ‘Ayah, adik
minta maaf. Adik tak sengaja.’”
Mendengar suara comelnya melafaz
kemaafan, sangat mengubatkan. Bukan senang dia hendak memaksa dirinya lunak menerima
didikan.
Selepas itu, senyumlah semula.
Cium dia. Puji dia. Kerana ‘pandai’ meminta maaf.
Maafkanlah
Prap!
Si kecil terpijak lagi cermin
mata si ayah. Dalam nada bersalah, dia cepat-cepat meminta maaf,
“Ayah, adik minta maaf. Adik tak
sengaja.”
Sejuk hati mendengarnya. Mulia
kelihatan akhlaknya.
Tapi, apakah sikap ibubapa ketika
ini?
Memasamkan wajah? Memuncungkan
mulut? Mencubit? Enggan menerima kemaafan?
Andai beginilah sikap kita, kita
telah mengajarinya sikap berdendam. Dia akan meneladani sikap sukar memaafkan.
Ajarilah dia akhlak mudah memaafkan.
Senang tersenyum kembali setelah memaafkan. Bukan mencuka berjam-jam.
Fahami, dia manusia biasa yang
berpotensi melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. Kita juga manusia yang
ada buat silap. Sudikah kita menurunkan ego untuk meminta maaf?
“Ayah yang sepatutnya minta maaf
sebab letak cermin mata merata-rata.”
Berat tapi natijahnya hebat,
insya Allah….
14 Comments
assalamu'alaikum...
ReplyDeleteterima kasih...artikel yg yg bagus & dpt membantu sy menjadi seorang ibu yg lebih baik
mohon share ye ustazah :-)
Alhamdulillah, nice to share ustazah....moga natijah hebat dpt dijana melalui amalan yg dipraktikkan...
ReplyDeletememng sesuai untuk saya dan suami..kekdang cepat marah bila anak buat somethng unexpexted,..dan at that time baru tahu..nak lose temper atau control it..(n for sure itu yg payah sekali)tapi ..lepas ni will tryy our very best ...doakan
ReplyDeleteassalamualaikum.....kenapa la saya lambat dipertemukan dengan awak,..terima kasih atas post ini...syukran....in shaa Allah akan ku praktikkan mulai skrg.....terima kasih
ReplyDeletesubhanallah, satu perkongsian yang menarik ustazah :)
ReplyDeletemohon share ya :)
SubhanaAllah...sangat bermanfaat ilmu yang dikongsi ini buat saya...
ReplyDeletemohon share ustazah....
terima kasih ustazah atas perkongsian...sanagt bermanfaat..
ReplyDeletealhamdulillah..perkongsian ilmu yg cgt bagus..boleh d praktik kan dlm mendidik ank2 kecil yg baru mengenali dunia...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteustazah, saya mengajar anak-anak 4th-6 th.
ada tak doa yang saya boleh amalkan dalam mendidik anak2 y kategori yang boleh bikin darah tinggi ini.
ada juga 2-3 doa saya amalkan.
mungkin ada pertambahan doa/ tip dari ustazah.
*saya smpi merajuk dengan anak2 ini.
saya ni ilmu pun tak seberapa.. tak mahir sangat tentang doa doa dari al-quran. tp mungkin kita tak sedar, doa yg lahir dr hati yg ikhlas itu lah yg bakal termakbul, dgn izin Allah... doalah dgn ayat2 sendiri, doa lah agar mereka lembut hati. dan reflect balik, apa niat kita menjadi seorg pengajar/pendidik. kalau rajin, buatkan lah mereka snek atau kek. sambil buat tu, baca ya Latif utk lembutkan hati anak2 didik tu. insyaAllah.. :)
Deletealhamdulillah...pengisian yg bagus.
ReplyDeleteSaya menjaga anak buah lelaki berumur 3thn.namanya danish..danish budak yg sgt cerdik,matang..tapi satu je perangai dia yg bila dia buat bnda yg salah bila ditegur nada biasa dia x endahkan tapi bila kita tinggi suara dia akn tinggi suara dkt kita balik..yg sy pelik dy x mcm budak lain yg bila dimarah dy akan sedih ke atau pun mencebir tp sebaliknya boleh dikatakan melawan balik..sy da keluarga dri dlu lg terapkan nak pukul msti dgn rotan x guna bnda2 lain tapi untuk menakutkan dy tp kalau dy tidak dengar baru rotan dy tp prlahan jela...sy nak mintak nasihat tentang ini dari semua org..apa yang patut dibuat bila danish berkeadaan begini..
ReplyDeleteinsaf krn pernah buat anak kecil menangis tidur dlm kesedihan di atas kesalahan yg tk sebesar mana...syukran ukhti.
ReplyDeletesyuqran ustazah.... ustazah, adik saya yang 1 tahun 3 bulan (permpuan) manja sangat... kalau Nampak ayah mesti dia menangais nak mintak dukung.. umi saya pun susah nak kawal.. haih!!! macam mana nak ajar dia supaya x manja sangat.. lagi satu dia ni kalau x dpt ap yang dia nak selalu mengamuk(nangis kuat2) mcm mana nak nak buat..apa reaksi atau tindakan nak dibuat,,,???
ReplyDelete