ISLAM menganjurkan seorang ibu semaksimum mungkin berusaha menyempurnakan susuannya sehingga dua tahun penuh.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,
iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Menurut pendakwah bebas, Ustazah Fatimah Syarha Mohd. Noordin,
al-Quran turut menganjurkan mesyuarat atau perbincangan dilakukan antara
suami dan isteri jika mahu menceraikan susu anak sebelum usianya dua
tahun.
“Jika diperhalusi kajian sains, seksanya seorang anak kecil untuk
melalui alam bayinya jika dia tidak mendapat khasiat susu terbaik di
dunia. Ini kerana hanya susu ibu paling serasi dengan keperluannya.
“Justeru, menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan.
Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam
pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan
mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.
“Bagi si bayi pula, susu ibu bagaikan ubat penenang. Selasak manapun
dia seperti meniarap, merangkak atau bertatih, dia pasti akan ditawan
oleh susu ibu,” jelas Fatimah Syarha yang juga merupakan pembimbing
motivasi.
Dalam pada itu, dia memberitahu, jika seseorang wanita tidak mampu
menyusukan anaknya atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan
termasuk masalah kesihatan, mereka tidak dikira berdosa.
“Yakinlah bahawa Allah memahami keadaan hamba-Nya yang beraneka rupa.
Tapi, seelok-eloknya ia perlu dilakukan dengan perbincangan bersama
suami. Insya-Allah, dengan berbincang akan keluar pelbagai jalan
penyelesaian seperti mengambil ibu susuan untuk si anak,” ujar beliau
lagi.
Berbicara tentang pengalaman menyusukan anaknya, Fatimah Syarha tidak lokek berkongsi kaedah terbaik untuk melakukannya.
Antaranya, membetulkan niat bagi memastikan anak mendapat khasiat
susu terbaik di dunia. Selain itu, para ibu juga perlu berdoa secara
khusus setiap hari agar dipermudahkan urusan penyusuan anak.
“Jika susu kurang, jangan menyerah kalah. Sebaliknya gunakan kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh.
“Sebagai contoh dalam aspek rohani, lakukan solat hajat dan berdoa,
fizikal (banyakkan minum air kosong, susu atau jus dan pemakanan yang
seimbang) dan mental perlu dikuatkan dengan terus membaca tentang
kepentingan susu ibu,” ungkap wanita yang masih sempat menyusukan anak
sulungnya meskipun berada dalam kesakitan kontraksi untuk melahirkan
anak kedua kerana tidak mahu hak si kakak dikurangkan walaupun setitik.
7 Comments
Betul tu.. lagi2 dah terang2 itu semua amalan para ibu nabi2 kepada semua nabi a.s..
ReplyDeleteSubhanallah..anugerah terindah..sentiasa doa dan zikir=)..syukran ustazah atas ilmu yang memberi semangat..=)
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah .. bagaimana cara utk meltih diri menjadi seorang yg dalam lembut ade etegasan mengikut ajran baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ?? sebagai seorang pengawas disekolah sye sgt memerlukan tunjuk ajar ustzh spaya lbih kreatif dlm menegur .. mohon penjelasan dri ustzh ..terima kasih ;)
ReplyDelete*ketegasan
Deletesalam ustazah. apa pandangan ustazah berkenaan anak perempuan yang sudah berumur 4 tahun namun masih ingin menyusu lagi dan sekarang berkongsi menyusu dengan adik perempuannya yang berumur 14 bulan.
ReplyDeleteSubhanallah, menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyempurnakan penyusuan selama dua tahun. Chaiyok untuk semua breastfeeding ummies!!
ReplyDeleteArtikelku dulu-dulu Catatanku Dulu-Dulu; Anakku Sayang
Assalamualaikum . . ustazah . . saya nak share kat blog saya ya :) terima kasih :)
ReplyDelete