Saling Memahami Baru Harmoni
Ada suami mahukan isterinya
berada di rumah sepenuh masa. Isteri pula mahu berperanan bukan sahaja dalam
domestik keluarga bahkan juga dalam kehidupan sosial. Lalu, konflik tercetus.
Sebelum
sang suami memperalatkan kuasa ‘kena taat’ setelah bernikah, wanita yang bakal
bergelar isteri perlu celik isu ini. Bincangkan dan harmonikannya sebelum
bernikah lagi.
Benar,
tugas isteri dalam rumah tangga menjadi prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini
tidak menafikan peranan wanita di tengah masyarakat. Kita hidup bermasyarakat.
Ia memerlukan kerjasama yang erat antara suami dan isteri agar wanitanya dapat
turut berperanan dalam masyarakat. Barulah masyarakat lebih berkembang dan maju.
Anak-anak juga tidak terabai.
Wanita Juga Ada
Amanah di Luar Rumah
Ada
orang menganggap wanita tidak boleh berperanan begitu begini hanya dengan
menggunakan hujah, wanita itu fitnah lelaki. Sedangkan Islam mempunyai lautan
dalil-dalil yang lain untuk menggambarkan keadaan sebenar peranan wanita pada
zaman Nabi. Realistik dengan kehidupan.
Wanita
turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki,
ianya berlaku sejak zaman Nabi lagi. Penglibatan ini disertai beberapa aturan
dan ingatan. Ingatan tentang fitnah itu sifatnya untuk memelihara bukannya
menghalang!
Samalah
seperti ingatan Islam tentang ‘fitnah’ harta dan anak-anak. Ia untuk memelihara
kita daripada terleka. Namun, Islam tidak sesekali menghalang mengumpul harta
dan mempunyai anak, bukan?
Maka,
wajarkah menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Antara contoh dalil wujudnya kegiatan sosial yang bermanfaat
antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi ialah:
1. Kaum wanita berdialog dengan kaum lelaki
mengenai ilmu.
“Dari Ummu al-Fadhl al-Harits dikatakan
bahawa sekelompok manusia berdebat di sampingnya pada hari Arafah mengenai
puasa Nabi…”
(HR Bukhari dan Muslim)
2.
Kaum
lelaki belajar ilmu pengetahuan tentang sunnah dari isteri-isteri Nabi.
“Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Datang
tiga rombongan (lelaki) ke rumah isteri Rasulullah, untuk menanyakan ibadah
Nabi.”
(HR Bukhari Muslim)
Ketika mengajar mereka, antara aturan yang
khusus untuk isteri Nabi ialah tetap berada di rumah dan memakai hijab (seperti
tabir langsir). Aturan ini tidak diwajibkan ke atas Muslimah lain.
3. Kaum lelaki memutuskan perkara yang mereka
pertikaikan dengan pertimbangan kaum wanita.
“Dari Thawus, dia berkata: “Aku sedang
bersama Ibnu Abbas ketika Zaid bin Tsabit berkata, ‘Kamu memfatwakan bahawa
wanita haid harus pulang sebelum masa terakhirnya dengan Baitullah?’ Ibnu Abbas
menjawab, “Mungkin tidak. Cuba tanyakan kepada wanita ansar itu, apakah
Rasulullah menyuruhnya demikian?”
(HR Muslim)
4. Rasulullah menjawab persoalan wanita di
perjalanan.
Dari Anas dikatakan bahawa seorang
perempuan terlintas dalam fikirannya sesuatu, lalu dia berkata, “Ya Rasulullah,
aku ada hajat.”Nabi berkata, “Wahai Ibu si Fulan, pilihlah jalan mana yang kamu
suka sehingga aku dapat menjawab hajatmu.” Lalu Rasulullah berangkat dengan
perempuan itu melewati beberapa jalan sehingga selesai hajat perempuan itu.”
(HR Muslim)
5. Ummu Syuraik si penyambut tetamu.
Rasulullah SAW bersabda, “….Ummu Syuraik
adalah wanita yang banyak tetamu…”
(HR Muslim)
6. Asma binti Abu Bakar menyusun strategi agar
niatnya direstui suami.
Datang seorang lelaki miskin dan meminta
izin untuk berniaga di perkarangan rumah Asma’. Asma’ tidak keberatan tapi
beliau risaukan suaminya mungkin keberatan. Asma lalu meminta lelaki miskin itu
mengikutinya untuk berjumpa dengan suaminya. Lelaki miskin itu meminta izin
sekali lagi di hadapan suami Asma’. Asma’ menjawab dengan nada pura-pura tidak
mengizinkan. Lalu Zubair simpati dengan lelaki miskin itu dan mengizinkannya.
(Rujuk lanjut HR Muslim)
Ini contoh terbaik kita!
20 Comments
nice info ustazah :)
ReplyDeleteTerima kasih ustazah atas entri yg bermanfaat..hopefully dpt mmbuka mata sesetengah pihak tentang peranan wanita dlm society..
ReplyDeleteAlhamdulillah, info yang bermanfaat
ReplyDeletenak share..
ReplyDeleteinfo yang baik
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah saya masih pelajar tapi saya ada persoalan yang nak tanya ustazah..
ReplyDeletegelak adalah menyebakan hati mati..
tapi macam mana pulak dengan rancangan tv skrang yg mnjdi tarikan iaitu maharaja lawak dan sebagainya...
soalan saya apakah hukum siaran tv trsbt dan hukum orang yang menontonnya??
sebab saya tak tahan dengar ketawa yang sangat kuat oleh kawan kawan dan ahli keluarga saya apabila mereka menonton rancangan tersebut...
mohon ada jawapan yang jelas daripada ustazah
Assalammualaikum , ustazah . Mcm mne care nak elakkan dari suke kat org ? Susah ustazah .. Nak belajar pon susah ,, Harap ustazah boleh jelaskan :)
ReplyDeleteassalamualaiku..
Deletebenar..suka kpd seseorang itu fitrah..namun kita masih boleh mengawal. cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan Allah swt..biarkan hati terisi dgn kalimah Allah 100%. jika ada ALLAH di hati..kita akn rasa takut untuk melakukan sesuatu yg Allah tak suka.. kalau letak Allah cinta pertama.. sampai hati ke nak letakkan cinta manusia sewenang-wenagnya.. jika ada kekhilafan..maaf dan silalah betulkan.. kita semua 1 kiblat..1 al-quran..ALLAHU Akbar!! kita cinta ALLAH .. selamanya Allah di hati.. jom dgr ceramah ustazah Fatimah (I love you allah ,dan cara mengekspresikan cinta)
syukran pncerahan ustazah...sgt mmbantu
ReplyDeleteAsalamualaikum. Ustazah, entry akan dtg blhka share ilmu berkenaan Istiqamah. Terima kasih
ReplyDeletesalam alaik ustazah, saya terlalu berpegang sangat dengan 'Waniti itu fitnah' sampai kan org kata saya anti sosial, salahkah macam tu ustazah ? saya risau saya terlagha bersosial hingga melanggar syariat pulak nnt . macam mana ya ustazah ? :'(
ReplyDeleteSalam, ustazah ..ap y sy tanye ni mgkn xde kaitan dgn artikel di atas...sy cba u mndptkn email ustazah u brtnyakn kmusykln ini ttp tiada...jd mgkn ini jln sy utk brtnyakn kmusykln ini...
ReplyDeletesoaln sy, jika seseorg itu tlh mninggl dunia, katalh seorg y alim (wali) adkh die boleh masuk kdlm bdn mnusia lain y bleh hdup utk mertabiah mnusia? ustazh bleh emailkn ke zawaniamirah_rasid@yahoo.com.. trima kasih
Perkongsian yang menarik
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah, disini saya ade satu pertanyaan mengenai fidyah puasa. saya pernah membayar fidyah puasa dgn beras dua tahun yang lepas. tetapi saya telah membayar fidyah tersebut di rumah anak anak yatim. saya ade kemusykilan disini kerana rakan saya mengatakan tidak boleh membayar fidyah kepada anak-anak yatim kecuali jika mereka miskin. ustazah, adakah saya perlu membayar fidyah semula?
ReplyDeleteAssalamualaikum ustazah. Ana mahu bertanya tentang Wahabi. Adakah fahaman ini sesat? Ana sangat musykil ustazah kerana terdapat banyak tuduh menuduh di dalam laman sosial tentang si polan mengatakan si polan wahabi, si polan membalas ianya fitnah. Ana cuma tidak tahu mana yang sebetulnya. Bantu ana ya ustazah, ana takut akidah ana terpesong. Mohon bantu ana ustazah. Terima kasih.
ReplyDeletealhamdulillah .. betul tu ustazah..
ReplyDeletekalau ustazah rajin, jemputlah k blog saya di
http://loveamynah928.blogspot.com/
ustazah saya nak mintak copy ni . harap ustazah izinkan . terima kasih
ReplyDeletealfusyuk yaa ustazah...
ReplyDeletesaidina umar punt diam ketika istrinya marah.. bukan karena dia takut karena saking mulia drajat seorang wanita...kita tau siapa saidina umar.. singa rosullah
ReplyDeleteSalam ustazah,boleh tak terangkan lebih tentang hadis nabi neraka banyaknya wanita,
ReplyDeleteSesetengah lelaki menggunakan hadis ni dengan nada sinis dan mengatakan memang kaum wanita banyak menjadi murka allah..