Lihat
Teks atau Konteks atau Kedua-duanya?
“Orang
mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus.”
Secara
spontan, apa yang terlintas di fikiran kita tatkala membaca pernyataan ini?
A)
Salah! Ini bercanggah Sains. Semua saintis sepakat usus manusia
sama sahaja.
B)
Mungkin ada maksud tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Jujurnya, A atau B yang
terlintas?
A? Tidakkah kita sungguh cepat
menghukum?
B?
Mungkin ada yang sudahpun mengetahui ia adalah sabda Nabi SAW, sahih riwayat
Bukhari Muslim. Lalu, mengkaji.
·
Apakah suasana yang melatari hadis ini?
·
Kenapa 7?
· Jika lafaznya umum dan tidak terikat dengan sebab-sebab
tertentu, apakah maksud sebenar Nabi?
·
Nabi bercakap dari konteks saintifik atau bahasa?
·
Nabi diutuskan sebagai saintis atau pakar bahasa atau utusan
Allah?
·
Ini kias atau hakikat?
·
Jika kias, apa maksud sebenarnya?
Persoalan-persoalan
ini akan membantu seseorang melihat konteks berbanding hanya pada teks. Lalu,
dia tidak mudah menghukum. Bahkan dia akan menemui keluasan cabang ilmu. Misalnya:
- Kata 1 atau 7 usus menunjukkan kiasan.
- Hadis itu merujuk cara makan muslim sangat jauh berbeza dengan bukan muslim. Muslim berpada dan tidak rakus.
- Nabi menididik umat agar tidak mengutamakan hal-hal duniawi yang bersifat berlebihan seperti banyak makan, namun Islam menempatkan sesuatu kena pada tempatnya.
4.
Dalam sastera Arab, angka 7 merujuk kepada banyak. Contoh
penggunaan angka 7 dalam al-Quran: “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi
menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh
lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu
ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Luqman 31:27]
Siapa
Paling Banyak Dituduh Berdusta?
Siapa
yang lebih benar kata-katanya berbanding Nabi SAW? Siapa yang paling banyak
dituduh berdusta? Siapa yang paling banyak dicaci nista? Siapa yang paling
banyak diputar belit kata-katanya?
Siapa
lagi kalau bukan Nabi kita Muhammad SAW? Betapa ramai saintis dan pakar
seantero dunia yang menolak kebenaran Islam kerana menganggap hadis ini salah.
Bahkan menyerang Islam menggunakan hadis ini. Namun, semua itu tidak membuatkan
baginda makin hina. Bahkan di sisi Allah, makin mulia.
Dalam
realiti hidup serba mencabar, tidak peliklah jika ada perkataan kita yang tidak
ma’sum ini akan disalah fahami bahkan ditokok tambah lalu disebarkan. Kita
semua, tanpa terkecuali, manusia biasa yang berpotensi untuk betul dan salah
bila-bila masa sahaja. Nabi yang benarpun disalah fahami perkataannya.
Kita
ini, apatah lagi. Kita akan berhadapan dengan berjuta manusia yang langsung
tidak melihat konteks tapi mentafsirkan kata-kata kita secara literal sesuka
hati. Redha sahaja dengan sunnah kehidupan ini agar kita terus gagah tersenyum.
Tetap teguh, redha Allah yang kita cari. Kepuasan seluruh manusia, mustahil
untuk kita penuhi.
Mari menjengah realiti. Seorang
ilmuan menerangkan secara berdalil tentang kesan pemakanan terhadap karakter
seseorang menerusi link ini.
Jangan hairan andai penerangan seperti ini
diserang oleh mereka yang tidak memahami konteks yang beliau maksudkan. Secara metafizik, iaitu aspek yang melangkaui
Sains, makanan memang salah satu (bukan satu satunya) faktor yang boleh
mempengaruhi akhlak. Antara dalilnya, Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan
berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka
berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91).
Manakala, salah satu ‘basic law’,
sunnatullah yang sering terjadi, ‘you are what you eat.’ Islam menggalakkan
makan sesuatu yang bukan saja halal tapi tayyiba. Misalnya, susu lembu halalan
tayyiba untuk kita. Susu ibu halalan tayyiba untuk bayi.
Segelintir
Saintis tidak mengiktiraf adanya aspek metafizik, melangkau Sains yang perlu
diambil kira. Hanya apabila ada penemuan-penemuan baru seperti di bawah ini,
barulah mereka mahu membuka mata.
Box
KESAN SUSU
IBU VS SUSU FORMULA TERHADAP BAYI
Satu cohort
study di western Australia melibatkan 2900 wanita dan mengikuti mereka dan
anak-anak selama 14 tahun. Anak-anak yang dibahagikan samada menyusu badan (6
bulan dan ke atas) atau yang menyusu badan kurang dari 6 bulan kemudian
bertukar kepada formula/lembu. Anak-anak ini dikaji melalui Child Behaviour
Checklist (CBCL) pada 2, 6, 8, 10, dan 14 tahun. Keputusan menunjukkan bahawa
kumpulan yang menyusu badan menujukkan kurang masalah mental berbanding dengan
kumpulan yang satu lagi sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah ke umur remaja
[1].
Satu lagi
kajian yang mengikuti 86 bayi premature untuk mengkaji kesan penyusuan ibu
mengikut jangkamasa penyusuan mereka di hospital, dan dibahagikan kepada 3
kumpulan; yang menerima sedikit (<25%), sederhana (25-75%) atau banyak
(>75%) susu ibu. Bayi-bayi di kaji akan neurobehavioral maturation mengikut
Neonatal Behavior Assessment Scale. Bayi yang menerima susu ibu dalam kumpulan
yang banyak menunjukkan profil neurobehavioral yang lebih baik, terutamanya
dalam motor maturity. Kumpulan bayi ini juga berterusan mencapai markah yang
tinggi dalam pelbagai jenis ujian. Dalam kajian ini juga di dapati ibu yang
menyusukan anak lebih lama/banyak menunjukkan tahap depressi yang paling
kurang, secara tidak lansung meninggalkan kesan yang positif kepada bayi di
dalam kumpulan ini [2].
Satu lagi
kajian cohort yang besar di United Kingdom yang mengikuti 10 037 pasangan ibu
dan anak-anak tentang kesan penyusuan dan tumbesaran sikap mereka sehingga umur
5 tahun. Perangai anak-anak di beri markah oleh ibu mereka berdasarkan
Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ). Keputusan menunjukkan yang
anak-anak yang menyusu badan mempunyai markah yang jauh lebih baik daripada
yang menyusu formula [3].
1.
Kramer M. Long-Term Behavioral Consequences of Infant Feeding:
The Limits of Observational Studies. The Journal of Pediatrics (2010) 156 523-524.
2.
Feldman R et. al. Direct and indirect effects of breast
milk on the neurobehavioral and cognitive development of premature
infants. Developmental Psychobiology (2003) 43 109–119.
3.
Heikkilä K, et. al. Breast feeding and child behaviour in the
Millennium Cohort Study. Archive of Diseases in Childhood (2011)
(Rujuk lanjut kajian Dr.
Elies Elias (semoga Allah memberinya syurga Firdaus tertinggi) tentang
Epigenetics tentang kesan pemakanan terhadap emosi bayi.
Wahyu Rujukan Pertama, Akal Cuma
Sokongan Sahaja
Bukan mudah hendak
berhadapan dengan golongan yang hanya merujuk akal, bukan wahyu. Dalam hamparan
realiti, akal sahaja tidak selalu mampu mencari kebenaran. Kenapa? Kerana akal,
nalar, ratio bergantung kepada biologis. Akal sifatnya terbatas. Wahyu adalah
suluhan bagi akal. Akal yang sihat tidak bertentangan dengan wahyu.
Dalam mempelajari Islam,
tidak boleh hanya menggunakan pendekatan emprik dan rasional biasa tetapi perlu
ada ‘iman.’ Dalam hal ini paling tidak terdapat empat katagori ilmu iaitu :
Empirical Science iaitu ukuran benar tidaknya adalah
dibuktikan secara empirik melalui eksperimen. Sumbernya adalah pancaindera,
terutamanya mata. Mata itu dalam bahasa Arabnya adalah ain, maka
disebutlah ainul yaqin . Yang termasuk ke dalam empirical
science antara lain kedoktoran, fizik, kimia, biologi, dan goelogi.
Rational Science iaitu ilmu yang kebenarannya
ditentukan oleh hubungan sebab – akibat. Kalau ada hubungan yang logis disebutlah
rasional. Sumbernya adalah ‘ratio’, maka disebutlah ilmul
yaqin. termasuk ke dalam kategori ilmu ini seperti bahasa, filsafat,
matematik.
Suprarational Science , iaitu kebenarannya ditentukan
oleh hal-hal di luar ratio yang berkembang pada zaman itu. Sumbernya
adalah hati (qalbu), maka disebutlah Haqqul Yaqin. Yang termasuk ke
dalam ilmu ini seperti Isra Mi'raj, doa, mukjizat.
Metarational Science adalah Ilmu Ghaib,
seperti siksa dan nikmat kubur, syurga neraka dan sebagainya. Sumbernya adalah
Ruh.
Ada golongan yang mahu memahami
kehidupan dengan hanya menggunakan kategori Empirical science dan Rational
Science. Akibatnya, sukar menemui cahaya atas cahaya. Bahkan Muslim sendiri
yang cuba memahami Islam dengan akalnya sahaja, akan menemui jalan
berliku. Akibatnya al-Quran dan al-Sunnah yang dianggap kurang rasional
dipaksakan harus rasional.
Begitulah pemikiran
manusia sungguh unik, pelbagai dan beraneka. Dakwah sungguh mencabar. Namun
inilah mahar untuk ke syurga. Maka, langkah jihad ini tidak maju dek keji,
tidak mundur dek keji, tapi kan tetap melangkah memburu janji Ilahi. Biarkan
diri disakiti asal Islam terus tersebar.
0 Comments