“Ya Allah, serabutnya!”
“Stresssss!!!”
“Nak pecah kepala…”
Siapa yang tak pernah mengalami
tekanan dalam hidup? Jika pernah, tahniah! Anda normal.
Tekanan itu ‘perlu’ untuk
menggerakkan kita menjadi lebih maju. Cuma, tekanan yang tidak diurus dengan
zikir akan menjadi sumber kemurungan dan keputusasaan dalam hidup.
Bukankah kita punya kekasih yang
sedia mengurangkan kelelahan kita? Siapa lagi kalau bukan Allah! Dia kekasih
yang tak pernah ‘tiada masa’ untuk kita. Kekasih kecil yang lain, semuanya
terbatas belaka. Tapi Dia, tidak! Serba sempurna.
“Seorang pencinta tak akan pernah
merasa bosan bercakap-cakap dengan Kekasihnya,” kata seorang ulama, dikutip
daripada Kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam Ghazali.
Zikir, ibadah termudah. Tanpa
memerlukan banyak masa dan usaha. Malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja,
sama ada berwuduk ataupun tidak. Wanita dalam keadaan haid pun bebas
berzikir. Ibadah ini sangat dicintai Yang
Maha Besar sehinggakan ganjarannya juga besar. Ia juga hadiah yang tidak
ternilai harganya yang diberikan oleh Allah untuk hamba-hambaNya. Zikir,
beribadah tanpa beban. Dengan berzikir, hati menjadi tenang. Ternyata, indah
serta menyenangkan.
Ya Allah, angkatlah darjat kami semua di sisiMu dengan
kecintaan pada ibadah zikir. Pesan Rasulullah SAW,
“Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah pun
senang untuk bertemu dengannya. Siapa yang tak senang bertemu dengan Allah,
maka Allahpun tak senang bertemu dengannya.” (Riwayat al-Bukhari).
SENJATA UTAMA
“Saya nak dekat dengan Allah. Tapi apa guna
taubat? Nanti saya buat balik maksiat.”
Perbanyakkan zikir. Inilah ubat
penyakit ketagih maksiat. Segala
rintangan dan masalah dalam beragama, ubatnya, zikir. Allah SWT pasti
memberikan petunjuk.
Zikir
merupakan senjata bagi mukmin. Dikatakan,
الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
Ertinya:
“Doa adalah senjata orang
mu’min, tiangnya agama dan cahaya
langit dan bumi.” (Riwayat
Hakim, Al-Mustadrak
1/492).
Hakikatnya, zikir dan doa
tidak dapat berpisah atau dipisahkan. Zikir mengandungi doa. Demikian juga doa
adalah zikir. Siapa yang mengabaikan senjatanya, akan dikalahkan oleh musuh.
Siapa yang mengabaikan zikirnya, akan hidup dalam ancaman dan ketakutan.
BERZIKIRLAH SEKERAP
MUNGKIN
Tak perlu fikir soal wuduk masih ada atau
tidak. Tak perlu fikir soal hadas kecil atau besar. Tak perlu fikir soal lidah
sedang sakit. Tetaplah berzikir. Zikir, tidak memerlukan semua itu. Zikir tetap
boleh dilakukan meskipun dalam hati.
Ibadah ini amat mudah dan menghasilkan pahala
yang besar. Natijahnya, orang yang berzikir akan dicintai Allah Azza Wa Jalla. Siapa tidak
ingin dicintai Allah SWT? Syaratnya, lakukanlah sekerap mungkin.
Ibadah ini tidak mempunyai batas waktu. Ia
lebih mudah untuk dilakukan bila-bila masa sahaja walau di mana jua.
Allah Azza Wa Jalla berfirman,
يُسَبِّحُونَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لَا يَفْتُرُونَ
Maksudnya: “Mereka terus bertasbih malam dan siang tiada merasa penat lelah.”
(Surah
Al-Anbiya’: 20)
Zikir juga sinonim dengan perkataan ‘sering’
dan ‘banyak’. Dua perkataan ini seolah-olah berteriak kepada kita, “Jika kamu
cinta kepada Allah, apa buktinya? Buktikannya dengan kesungguhanmu dalam
mengingatiNya.”
Zikir bermakna ‘ingat’. Lawannya,
‘lupa.’ Mungkinkah dengan mengingati Allah sebentar sahaja telah menunjukkan
cara kita mengingati Kekasih Yang Maha Besar?
Rasulullah SAW beristighfar sahaja
70 kali atau 100 kali setiap hari walaupun baginda bukan ahli dosa. Mari kita
contohi beliau dengan berzikir sebanyak mungkin sebagai bukti penghargaan kita
kepada Allah sebagai cinta hati paling utama. Allah Azza Wa Jalla berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama
Allah) dengan sebanyak-banyaknya.”
(Surah
Al-Ahzab: 41)
Ketahuilah,
zikirmu bukti kau benar rindu pada-Nya atau dusta.
5 Comments
Syukran ustazah.. :)
ReplyDeletemasyaallah peringatan yang sangat baik.terima kasih ustazah
ReplyDeletemasyaallah peringatan yang sangat baik.terima kasih ustazah
ReplyDeletejzkk, for the reminder❤
ReplyDeleteAllah..ustazah, terima kasih atas peringatannya..beratnya lu merindui seseorang..umpama terjun dalam dunia kebodohan..syukran sesangat.ustazah,semoga dapat pahala berterusan
ReplyDelete