Banyak Buat Dosa, Tapi Allah Tak Menghukum Kita?

Kredit: http://bekkouche.deviantart.com


Seorang murid mengadu kepada gurunya, “Ustaz, betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hak-Nya, tapi saya tidak melihat Allah menghukum kita.”

Gurunya menjawab dengan tenang, “Betapa sering Allah menghukum kamu, tapi kamu tidak terasa. Sesungguhnya salah satu hukuman Allah yang terbesar yang menimpamu wahai anakku ialah sedikit taufik yang Allah beri untuk mengamalkan ketaatan dan amal-amal kebaikan.

Tidaklah seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar daripada hati yang keras atau hati yang mati. Sebagai contoh, sedarkah engkau bahawa Allah telah mencabut daripadamu rasa bahagia dan senang dengan munajat kepada-Nya, merendah diri kepada-Nya dan sujud di hadapan-Nya.

Sedarkah engkau betapa hari-hari telah berlalu daripada hidupmu, tanpa membaca al-Quran? Sedarkah bahawa hati kamu tidak lagi tersentuh dengan ayat-ayat al Quran, seakan-akan engkau tidak mendengarnya?

Sedarkah engkau bahawa telah berlalu entah berapa banyak malam yang panjang, sedangkan engkau tidak melakukan qiamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur malam?

Hukuman apa yang lebih berat daripada itu?

Engkau terasa berat untuk mengamalkan ketaatan dan amal ibadat. Tidakkah Allah menahan lidahmu daripada berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya? Tidakkah terkadang engkau merasakan bahawa engkau mengalah di hadapan nafsu?

Sedarkah engkau bahawa Allah membuatmu lupa kepada akhirat, lalu Allah menjadikan dunia sebagai perhatian terbesarmu?

Semua ini hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu, sedang engkau tidak menyedarinya. Sesungguhnya hukuman terbesar adalah hukuman yang tidak kita sedari iaitu matinya hati, lalu hati itu tidak merasa nikmatnya ketaatan dan tidak merasa sakitnya dosa.”

[Mafhum terjemahan daripada tausiyah Syaikh Abdullah Al-‘Aidan]


-------------------------------


[Petikan dari buku  'BERLUTUT DI HADAPAN TUHAN']













Post a Comment

1 Comments

  1. Dalam dunia ini YIP KUM FOOK sangat bertuah kerana dia seorang peguam tidak perlu belajar undang-undang, juga tidak perlu pergi ke sekolah undang-undang, peguam lain perlu belajar undang-undang sehingga enam tahun untuk menjadi peguam penuh.

    YIP KUM FOOK adalah kawan baik saya dan dia seorang ahli perniagaan sebagai barangan perabot di Taman Daya, berhampiran dengan Taman Desa Jaya, Kepong dan juga dia seperti bermain politik, pada tahun 1990 dia menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong…

    Kemudian, beliau menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong pada tahun 1994 sesuatu dan beliau menolak presiden lama (Shia Kok Sun), kemudian beliau mengambil jawatan presiden ketika itu, yang semua orang tahu tentangnya, dalam apa yang berlaku. di SAMNAK SAMBODHI

    Dia nak jadi peguam sebab nak main politik, ramai ahli politik ada ijazah atau beransur-ansur dalam pendidikan, dan dia pun ikut orang apa yang dia ada, dia tak nampak diri dia datang, sekarang ramai yang tahu asal usul YIP KUM FOOK juga…..

    Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong
    Translated by Dr. Chew

    ReplyDelete