![]() |
Sumber foto: Google Image |
Dengan Ilmu, Wanita
Berkepakaran
Dewasa
ini, kita melihat semakin ramai wanita ‘mampu’ untuk berkerjaya. Ia natijah
daripada revolusi ilmu pengetahuan. Kepakarannya didambakan oleh masyarakat.
Siapa yang tidak mahu bersalin
dengan doktor wanita?
Siapa yang tidak perlukan
kelembutan didikan seorang guru wanita?
Siapa yang tidak berhajat kepada
ketelitian tugas jururawat wanita?
Peranan mereka ini bukan
calang-calang. Ia menyumbang kepada ketamadunan. Kehadiran wanita di dunia
kerjaya dan tugas-tugas sosial banyak menyumbang kepada kemaslahatan.
Allah SWT sememangnya menciptakan manusia untuk
bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " [Surah al-Mulk, ayat 2]
Wanita sebagaimana lelaki diberi tanggung jawab
untuk berkerja atau melakukan amal. Kerja yang dilakukan dengan terbaik akan
memperolehi hasil terbaik.
Allah berfirman:"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan; sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."
Berkerjayalah Tapi Jangan Lupa Tugas Utama
Dalam keadaan-keadaan tertentu, wanita dianjurkan,
atau bahkan diwajibkan berkerjaya, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup.
Contohnya, janda atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil
pendapatan, sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk
digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya itu
boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.
Wanita adalah sebahagian daripada komuniti manusia.
Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan sebahagian dari komunitinya
jika semua wanita tidak berkerja. Lalu terfitnahlah Islam sebagai agama yang
jumud dan membosankan, yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi
kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi tidak
berproduksi (menjadi pengeluar).
Namun begitu, institusi
kekeluargaan menghadapi cabaran baru dan sumber stress yang baru. Ketika
masyarakat semakin memerlukan penglibatan wanita dalam dunia kerjaya, dalam
banyak keadaan, ia dilihat seperti menambah beban tugas sedia ada kepada wanita
sebagai pengurus rumah tangga.
Maka, walau apapun kerjaya pilihan wanita, pekerjaan
wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT telah
menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini. Jika dia memilih
berkerjaya di luar rumah, dia mesti meninggalkan sebahagian hatinya di rumah. Lebih
menarik jika wanita boleh memilih suatu pekerjaan yang mempunyai masa anjal dan
lebih mesra famili.
Pilihan di Tangan Anda
Hormatilah wanita yang memilih untuk berada di
rumah. Mereka bukannya ketinggalan zaman sebaliknya keluarga mereka lebih
memerlukan mereka di situ.
Hormatilah juga wanita yang memilih untuk
berkerjaya. Mereka bukannya melakukan suatu dosa. Ada yang menganggap
seolah-olah wanita berkerjaya itu haram. Hakikatnya, wanita itu melakukan
sesuatu yang harus. Banyak kisah wanita berkerjaya di dalam al-Quran dan
hadis.
Samada berada di rumah atau berkerjaya, masing-masing
ada sebab dan keperluannya yang tersendiri. Masing-masing ada peranan yang
besar buat diri, keluarga dan ummah. Asal saja tugas utama wanita iaitu
mendidik generasi terus terpelihara. Asal juga suami redha dengan pilihannya.
Berbincanglah. Wanita yang memilih untuk berada di
rumah namun tidak berusaha memberi didikan kepada anak-anaknya, akan gagal
mencapai matlamat mendidik generasi. Wanita yang memilih untuk berkerjaya namun
tidak menyediakan pengurusan yang terbaik untuk rumah tangganya, akan gagal
juga mencapai matlamat.
3 Comments
salam singgah dan follow :)
ReplyDeleteThis message is given attention to everyone in Malaysia, this is about YIP KUM FOOK lying and cheating people's money and so on.
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a lawyer and president of a Buddhist association in SAMNAK SAMBODHI, Kepong...also why he doesn't embarrass Buddhists, Buddhism is the highest quality and better teaching in the world.
But he doesn't know, now is the age of social media technology in this world, if he is a lawyer and has to understand what the law is because the law subject is very high, then he has to study hard, take a course for more than 6 years.
in the future, he will kill himself because he thinks about the mistakes in what he made in the past, something like he cannot be his own problem, that following Doctor’s philosophy says, it is a mental problem, then he has no place to live in this world.
If it's true that a lawyer doesn't dare to do such a bad thing, is he not afraid of the public or committing a sin?
Hope everyone reads this message to the end, maybe everyone can really know about YIP KUM FOOK or the lawyer in Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.
By Danny Lim, Taman Ehsan, Kepong
In this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…
Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI
He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong