Generasi Berkasih Sayang

(Sumber foto : Google Image)


Sediakan Niat

Saya ingin bicarakan isu yang cukup penting. Tentang kasih sayang.  Terlebih dahulu, mari sama-sama kita sediakan niat. Bersihkan iri. Bersihkan umpatan di hati.

                Duhai hati, apa khabar niatmu? Wujudkah Allah dalam detik hati kita saat ini? Mari kita muhasabah.

                Keikhlasan niat ada kuasa. Ia akan mencerahkan kefahaman kita tentang kasih sayang. Lalu, mampu meledakkan perpaduan yang luar biasa. Itu yang kita impikan. Insyallah.


Syukuri, kita punya Allah yang sama. Ditugaskan dengan tugas yang sama, sebagai hamba dan khalifahNya. Dan akan kembali kepadaNya,  akhirat yang sama.


Generasi Muda yang Dihargai

Apabila membaca surah al-Kahfi, ayat 13, saya rasa bersemangat.

"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." [Surah al-Kahfi:13]

Daripada ayat ni, kita dapat mengetahui betapa Islam sangat mengiktiraf sumbangan anak muda. Menyayangi anak muda.  Ambil berat peranan anak muda. Pemuda-pemudi beriman, hidupnya ada petunjuk. Jelas dan terarah.

Kalau anak muda tiada kasih sayang kepada aqidahnya, maka agama ini akan kekurangan ansoorullah, penolong-penolong agama Allah. Allah tidak rugi tapi kita akan rugi sebab tidak terpilih sebagai ansoorullah.

Anak muda bagaikan hero dan heroin dalam filem dunia. Anak muda sarat tenaga. Anak mudalah yang membuatkan dunia ini penuh dengan percaturan. Mereka yang selalunya merubah sejarah. Mengubah jalur berfikir. Mencorak peradaban.

Tanpa ragam anak muda, dunia ini sepi bagai di tanah kuburan. Tidak seronok. Anak mudalah yang akan mengubah dunia hari ini yang penuh air mata kepada dunia yang lebih bahagia. Penuh kasih sayang. Penuh keajaiban akhlak.


Rahsia Kekuatan Kasih Sayang

Apabila kita berkasih sayang, kita kuat. Apabila kita berpecah belah, kita lemah.

Para sahabat Nabi SAW kuat, kenapa?

 Antara sifat mereka,

 “Keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya berkasih sayang serta berbelas kasihan sesama sendiri (umat Islam).” [Surah Al-Fath: 19].

Bangsa Yahudi, lemah dan kalah di Madinah pada zaman Nabi Muhamad SAW, kenapa? Allah dedahkan sikap mereka dalam Surah al-Hasyr, ayat 14.

 “Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah kuat. Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak menggunakan akal.”

Kita takut, inilah juga sikap kita pada zaman ini. Apabila suara kita lantang berbunyi, ia lantang untuk mencela sesama sendiri. Apabila kita bergerak dengan penuh kekuatan, kita bergerak untuk berperang sesama orang Islam. Nauzubillah.


Jadilah Daie yang Sarat Cinta

Berkasih sayang, akhlak yang hilang. Orang yang mahu berkasih sayang sesama semua umat Islam, terasa asing. Tidak mengapa, Nabi sudah pun memujuk, beruntunglah orang yang asing.

Orang yang cuba masuk dengan semua orang Islam, macam buat benda salah pula. Bukankah itu jiwa daie? Mendekati, bukan hanya tahu mencaci. Ramah, bukan asyik marah-marah.

Seorang daie memandang semua orang dari kaca mata dakwah. Penuh potensi untuk didekati. Bukan melabel dan melontar dengan 1000 maki.

Para sahabat memiliki akhlak berbaik sangka. Akhlak mereka berkasih sayang. Akhlak  mereka bersaudara, walaupun tika peristiwa fitnah berlaku.

Mereka tetap sangat percaya pada kemuliaan sesama para sahabat. Mereka lahir daripada tarbiyah Nabi. Mereka tahu Nabi sangat menganjurkan akhlak berkasih sayang.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” [HR Bukhari]

Tidak hairanlah, para sahabat memperjuangkan akhlak mulia. Dalam  apa jua situasi. Sebab itu, dalam peristiwa berdarah Perang Jamal dan Perang Siffin, kita masih nampak  keajaiban akhlak para sahabat. Jom kita menjiwai.


Jiwa Mereka Masih Bersatu Biarpun Tika Berseteru

                “Khalifah terbunuh!!!!!!!!!!!”

     Kecoh umat Islam apabila terdengar tentang pembunuhan zalim ke atas Sayyidina Utsman.

                “Bunuh balas! Qisas segera.”

Gesa satu kelompok. Ini kelompok  Sayyidatina Aisyah, Talhah dan az-Zubayr. Mereka mahukan pembunuh Uthman segera dihukum  mati.

                “Wait ok. First thing first.”

Ada pihak yang mahu menangguhkan dulu hukuman bunuh balas, sebagai satu strategi  nak selesaikan pihak pemberontak yang sedang kuat. Ini kelompok  Sayyidina Ali.

Kelompok Aisyah dan kelompok Ali ini,  tiada niat pun hendak membunuh antara satu sama  lain. Mereka menjadi mangsa keadaan. Jika dikaji lebih mendalam, ada komplot jahat puak pemberontak yang menghuru-harakan keadaan. Zaman ni pula sistem komunikasi tidak secanggih hari ni. 

Zaman itu, pemberontak senang bercampur sekali dalam  angkatan pejuang Ali. Sebab itu akhirnya, puak Ali dan Aisyah berperang dalam  jiwa rasa terpaksa.

Dalam perang ni, Talhah terbunuh. Talhah daripada kelompok Aisyah. Tapi, Ali sangat bersedih dengan kematian ‘lawan’nya tika itu.

Apa kata Sayyidina Ali? 

“Semoga Allah merahmatimu wahai Abu Muhammad (Talhah). Amat berat perasaanku melihatmu  diserang di bawah bintang dan langit. Aku mengadu kepada Allah kelemahanku dan rasa dukacitaku. Aku lebih suka kalau aku meninggal 20 tahun yang lalu.” [Ibnu Kathsir, al-Bidayah wa an-Nihayah].

Ini satu akhlak baik sangka yang ajaib, subhanallah!

Ketika unta Aisyah terjatuh, kebisshh!

Para sahabat dari pihak Ali bertanya hormat,

“Ibu orang beriman, ok ke?.”

“Baik!” kata Aisyah.

Ish, tengah perang ni. Boleh sopan santun macam ni! Sebab,  jiwa mereka ada kasih sayang meskipun kepada Muslim yang berbeza fikiran dengan mereka.

Ibnu Kathir merekodkan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, “ Jika ada yang mencela Aisyah, Ali akan menghukum orang  itu dengan 100 rotan.”

Masyallah! Subhanallah! Ajaib akhlak para sahabat. Masih saling membela walaupun tika bersengketa.


Berselisih Biasa, Berpecah Binasa.

Anak mudaku sayang,

Jangan biarkan jurang persaudaraan kita terlalu lebar. Kita sama-sama umat Islam. Dunia ini terlalu banyak jerat dan perangkap. Terlalu banyak racun yang dibancuh di sebalik manisan yang zahir. Rapatkan barisan. Rapatkan bulatan. Apa-apa sajalah istilahnya. Rapatkan saff sesama umat Islam.

Berbeza pendapat itu biasa. Berbeza mazhab itu biasa. Berbeza parti itupun biasa. Tapi berperang, mengganas, melabel untuk membenci, memurtadkan orang lain, itu bahaya. Jika kita fahami perbezaan, menerima dan menghargai perbezaan, mensyukuri persamaan, kita akan berkasih sayang.





Post a Comment

7 Comments

  1. 敬爱的佛教伩徒, 有关马來西亜,吉隆坡,甲洞帝沙再也 (暹寺) 三宝寺 Samnak Sambodhi Buddhist Association No.19-21 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia. 所发生的纠纷, 经过阅读了,Venerable Phra Piya Thammo 和尚及叶金福律师 (Yip Kum Fook) 的双方书信之后, 再经实地旁听了觧,做为中间人,我要客观实事的说: 1.当一个和尚、初出道 (小学生),在修行, 若有缺点, 那是难免.他马华公会鹅唛區会主地席叶金福律师(Yip Kum Fook),却心眼看不顺,就电招警万到耒佛教之圣地要扣畄和尚耒耻唇出家人, 这是绝对不许可, 除非是殺人放火之大罪悪. 2.他身为马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook),却反其道而行, 在佛寺不依佛法而軽视佛教的精神, 以傲慢的手段,帶领一般黑社会的人耒挑衅和尚打架, 这也是不该有、更不是佛教修行者的行为. 3.佛教的圣地, 其主要的目地, 是让眾生修佛道, 不是政治争執的地方. 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 却利用佛教之圣地当政治活动的场所。如此果敢冒犯佛陀的教誨,更是大大的罪悪。 囯有囯章,彿有佛法,家有家规. 如果出家人有何不对之处, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook), 为何不向主持和尚投?让出家人自依和尚的條规处理、却强权一味要显示他是马华公会鹅唛区会及三宝寺理事会主席, 无法无天的应用霸道手段践踏佛教之圣地.为什么。。。。。为什么. 至今, 他叶金福律师 (Yip Kum Fook),不当不歉愧,还要狡辩, 这又证明了他说一套, 做的又是另一套, 囗是心非, 所谓的两舌, 相当阴险. 身为律师, 受高深教育, 却应用如此悪毒, 横蛮无礼的作风污辱和尚, 相等于是耻辱佛教伩仰者。他叶金福律师(Yip Kum Fook)不向主持和尚投诉, 却自承英雄,电招外耒者.请问,身为將近20年的三宝寺主持和尚兼顾问,也是第一位 自筹建寺的大功臣,在大马南傳泒中,是闻名遐邇的高僧.其脸要放在那裡?同样的,要是台湾星雲大师的佛寺沙彌犯錯, 理事会没有礼貌自作主张,电招警方要扣畄其沙彌.我敢请问!星雲大师的自尊是怎样的感受?他叶金福律师(Yip Kum Fook)是后耒者,担任理会主席也不久, 竟敢应用如此,目无尊長的方式对待住持,间接的就是告大家,强迫住持和尚必远離,雀巢鸠要佔。这种用心不良, 有老千之谋, 的确令人不敢恭维。 縱观以上几项重点,我不是盲目的護持三宝, 而是要坦白的说;他叶金福律师 (Yip Kum Fook) 身受高深教育, 为律师者,本应通情达理才是,但遗憾的是, 却令人惊觉, 他厡耒就是彿书裡所讲的狡猾且残忍的此颣人。他叶金福律师 (Yip Kum Fook),利用他的专业知識, 懂得包裝自己的道德守則,以宗教为幌子手,到处募款,商业经营, 政治活动为重, 并没依循佛教宗教守则行事, 也没对人道作出任何貢献, 只不过借宗教之名捞取权和私利而己。 在此, 我奉劝, 他马华公会鹅唛区会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook), 好自为之, 免因果報应.
    Sharing by Dr. Chew

    ReplyDelete
  2. This message is given attention to everyone in Malaysia, this is about YIP KUM FOOK lying and cheating people's money and so on.

    YIP KUM FOOK is a lawyer and president of a Buddhist association in SAMNAK SAMBODHI, Kepong...also why he doesn't embarrass Buddhists, Buddhism is the highest quality and better teaching in the world.

    But he doesn't know, now is the age of social media technology in this world, if he is a lawyer and has to understand what the law is because the law subject is very high, then he has to study hard, take a course for more than 6 years.

    in the future, he will kill himself because he thinks about the mistakes in what he made in the past, something like he cannot be his own problem, that following Doctor’s philosophy says, it is a mental problem, then he has no place to live in this world.

    If it's true that a lawyer doesn't dare to do such a bad thing, is he not afraid of the public or committing a sin?

    Hope everyone reads this message to the end, maybe everyone can really know about YIP KUM FOOK or the lawyer in Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

    By Danny Lim, Taman Ehsan, Kepong

    ReplyDelete
  3. In this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer

    YIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…

    Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI

    He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..

    Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete
  4. YIP KUM FOOK menghancurkan Sangha kerana dia memaksa Sami Buddha keluar dari Kuil dan kemudian mengunci kuil, juga memanggil polis untuk menangkap Sami Buddha, juga menggunakan samseng untuk memusnahkan Sami Buddha

    Ramai yang menyamannya di mahkamah, seperti steven Lee (saudara selayang Mall), pasar burung(ah Choy) En Lim Sg. Buluh and etc. juga dia menipu duit Sami Myanmar (Ven. Nandaya) lebih kurang RM20,000.00 tak pernah bayar balik tapi masih buat tak tahu.

    Datuk (Yip Kum Fook) ini sangat teruk seperti binatang; semua orang kena titah apa-apa kepada Yang di-Pertuan Agong (Agong) kerana malu seluruh Malaysia bergelar Datuk, kita akan perutusan kepada sultan Selangor

    Oleh, lee kepong

    ReplyDelete
  5. The last time YIP KUM FOOK set fire to a Hindu temple in Taman Daya, Hindus kept quiet after he and his group and two policemen came to harass a Buddhist monk at the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong, now the news is getting slower people are listening, and many people are not satisfied with what he did before

    In Buddhist rule, anyone who disturbs and makes sangha broken, that people will fall into hell when they alive as like Devadatta, who tried to kill Buddha but was unsuccessful, YIP KUM FOOK this should care, now karma will be active anytime.

    Everyone has to be careful and live from him because YIP KUM FOOK is a very dirty mind and he is a lawyer but doesn't know whether he is or not, he is a lawyer because he is in the furniture business, so(how) he can study law, the laws have to study for 6 years.

    Sharing by :
    Wat Thai Mon - Kulim Cai Bo Hin Kulim Temple

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yang menghina Bhikkhu Buddha dan Dhamma, dia sendiri dihina kerana Bhikkhu Buddha dan Dhamma kekal di tempat yang paling tinggi walaupun penghinaan dinyatakan dalam apa jua bentuk.

    Sebagai penganut agama Buddha, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi penganut Buddha sehingga akhir hayat. Kerana Dhamma boleh membalikkan hati kita. Ya Dhamma, lindungi hati kami untuk kekal dengan agama Buddha, moga saya sempat bertaubat

    YIP KUM FOOK sangat menghina dan marah kepada Sami Buddha kerana dia menganggap Sami Buddha akan mengambilnya sebagai presiden kuil, YIP KUM FOOK ini sangat kotor dan sombong, dia ingat kuil sebagai tempat MCAnya.

    “Janganlah biarkan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya”

    YIP KUM FOOK (MCA Gombak) menghina dan memberontak kepada Sami Buddha di KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, dia menggunakan polis untuk menghalau sami Buddha itu

    KUIL SRI MAHA MARIAMMAN KEPONG

    ReplyDelete
  7. Seorang ahli politik MCA DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) menghina Sultan Selangor kerana mengambil gelaran Datuk untuk menipu dan berbohong kepada orang Cina Malaysia dan dia seorang ahli perniagaan dan lain-lain, dia sentiasa sombong dan menipu wanita-wanita untuk kepentingan dirinya.

    DATUK YIP KUM FOOK(叶金福) juga seorang peguam di Taman Desa Jaya, Kepong….dia ada kedai peguam di Taman Desa Jaya, Kepong.. terbuka untuk menipu orang ramai, kini ramai yang mengenali(tahu) dan mengesyakinya kerana di kawasan Kepong selalu ada masalah pada sebelum ini seperti tokong Hindu letak api di Taman Daya, Kepong tendang Sami-sami Buddha keluar dari KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺) dan lain-lain.

    Kita semua harap Sultan Selangor mengambil kembali semua gelaran Datuk kerana jika YIP KUM FOOK(叶金福) diteruskan gelaran Datuk, negara kita akan runtuh dan musnah...seterusnya Taman Desa Jaya kita, Kepong akan dapat bahagia dan harmoni.

    Sekarang anak dia(叶君瀚 YIP JIUN HANN) jadi pengerusi MCA Gombak, sama juga sebab ayah ajar anaknya jalan sama, dan kedua-duanya pun tak malu dan masa sekarang orang boleh hantar mesej tahu dengan cepat, anda tak boleh lari dari orang gosip

    perkongsian oleh AHLI JAWATANKUASA SAMNAK SAMBODHI (三宝寺), Taman Desa Jaya, terdahulu

    ReplyDelete