Alhamdulillahi robbil
a’lamin. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan
salam sentiasa kami panjatkan ke pangkuan Rasulullah berserta keluarga, sahabat dan umat pengikut
baginda hingga akhir zaman.
Pelbagai Sisi Kehidupan
Kehidupan ini luas. Namun, sisi kehidupan yang
mampu diangkat oleh manusia hanyalah sedikit. Bergantung kepada setitis
ilmu dan pengalaman yang mereka ada sahaja. Sebab kudrat manusia itu terbatas.
Dalam memperkatakan sesuatu isu, manusia sering bersikap seperti tujuh si
buta menerangkan tentang seekor gajah.Yang memegang kaki akan menganggap gajah
seperti tiang. Yang memegang telinga akan menganggap gajah leper dan lembut.
Macam-macam lagi. Pelbagai persepsi. Hanya yang celik akan dapat menerangkan
gajah secara lebih menyeluruh. Itupun masih ada batasannya.
Begitu juga jurufoto. Sudut objek yang diambilnya, sangat terbatas. Mungkin
dari tepi sahaja. Atau dari atas sahaja. Atau dari depan sahaja. Semakin mahir
dan canggih kameranya, semakin menyeluruhlah kepelbagaian sudut fokusnya. Walau
bagaimana pun, apa yang mampu dimuatkan dalam gambarnya, ialah apa yang difokus
sahaja.
Di manakah Keutamaan?
Menjengah kehidupan. Kita melihat terdapat pelbagai pertarungan pemikiran
kesan daripada mentaliti sempit atau luas yang diperjuangkan. Ada yang
memandang dari kaca mata maslahah individu. Ada yang memandang dari kaca mata
maslahah umum. Ada yang menggabungkannya. Pelbagai perspektif. Macam-macam.
Dalam serba keterbatasan, umat berhajat kepada kebijaksanaan para ilmuan
untuk mengajar tentang Fiqh al-Awlawiyat. Iaitu mengajar umat bagaimana
meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan
pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan
nilai-nilai akhlak mulia. Ya, sudah tentu ada khilafnya nanti. Apapun, the
best will win.
Umat akan lebih bersatu apabila perkara yang paling penting didahulukan dan
diutamakan, kemudian barulah yang penting, kurang penting dan seterusnya,
mengikut pandangan syariat Islam yang bersumberkan wahyu Ilahi. Wahyulah
penyuluh akal fikiran manusia. Tanpa cahaya wahyu, akal fikiran akan gelap
teraba-raba.
Kita mahukan segala perkara diletakkan pada kedudukan dan tempatnya secara
adil tanpa ada mana-mana bahagian yang diabaikan atau dirugikan. Firman Allah :
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.” [Surah al-Rahman: 8-9].
Fitrah Manusia Mahukan Pencapaian Tertinggi
Seringkali kita mendengar sabda Nabi tentang perbuatan yang paling utama
dan pekerjaan yang paling disukai oleh Allah. Jika diteliti, rupa-rupanya, memang jiwa besar para sahabat mahu
mengetahuinya. Mereka sering bertanya Nabi tentang perbuatan utama di sisi
Allah supaya mereka dapat menjadi orang pertama mencapainya.
Tidak hairanlah, zaman Nabi dan para sahabat menjadi sebaik-baik zaman
untuk dicontohi. Jiwa mereka, jiwa
mahukan pencapaian tinggi. Motivasi mereka besar. Ini yang membezakan darjat
dan peringkat manusia disebabkan kadar ilmu pengetahuan, amal perbuatan, taqwa,
keikhlasan dan jihad mereka.
“Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh
orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara
mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan
ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di
antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan
izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah
semata-mata).”[Surah Fatir: 32].
Manakah Lebih Utama?
Antara keutamaan yang
dinyatakan oleh Rasulullah SAW dan sering dikejar oleh para sahabat baginda
ialah:
“Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat
sendirian.” [Riwayat Bukhari dan Muslim].
Seorang lelaki (hanya)
mempunyai wang dua dirham, kemudian dia bersedekah dengan sekeping dirham
(iaitu dia bersedekah dengan setengah harta yang dia punyai, walhal dia sangat
berhajat dengan harta tersebut) dan seorang lelaki yang lain mempunyai harta
yang banyak, kemudian dia mengambil dari hartanya seratus ribu keping wang
dirham untuk disedekahkan.
Nabi SAW bersabda,
“(Wang) satu dirham itu dapat mengalahkan seratus ribu dirham.” [Riwayat Imam al-Nasai, Ibn Huzaimah, sahih mengikut syarat Imam Muslim].
Dalam keutamaan yang lain, Nabi menyebut,
“Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam, lebih utama (ganjarannya)
daripada puasa dan qiyamullail (solat malam) sebulan lamanya.” [Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al-Tirmizi].
Di Mana Asas Keutamaan Penilaian Umat?
Dalam dunia Muslim hari
ini, apakah agaknya asas keutamaan penilaian kita?
Kesenian dan hiburan lebih diutamakan berbanding ilmu
pengetahuan dan pendidikan.
|
Ya, kedua-duanya perlu ada, tapi mana lebih utama?
|
Riadah badan buat generasi muda lebih diutamakan
berbanding riadah akal.
|
Ya, kedua-duanya penting, tapi mana lebih utama?
|
Perlawanan bola sepak lebih diutamakan berbanding forum
para ulama sedunia.
|
Ya, kedua-duanya dihajati, tapi mana lebih utama?
|
Di manakah perhatian lebih besar patut diberikan? Selagi kita tidak jelas meletakkan keutamaan, selagi itulah kita dicengkam masalah faham. Selagi itulah juga umat bertuah ini di takuk ketinggalan.
Fiqh Keutamaan: Monogami atau Poligami Lebih Utama?
Atas pertimbangan ilmu Fiqh Keutamaan ini, tulisan ini menjelaskan
perbincangan para ulama berautoriti berkaitan monogami dan poligami. Manakah
lebih utama?
Ia suatu manfaat ilmiah yang perlu kita tahu dan sebarkan kepada
masyarakat. Ia suatu sudut pandang yang mungkin kita terlepas pandang.
Tulisan ini tidak bertujuan merendah-rendahkan siapapun yang berpoligami.
Bahkan kita perlu berbaik sangka dengan pilihan seseorang. Lebih-lebih lagi
apabila kita tidak tahu-menahu berkaitan latar belakang permasalahan
keluarganya.
Kita mungkin terlalu fokus pada sudut pandang tentang hikmah poligami
semata-mata hingga terlupa tentang hikmah berkahwin satu dan keutamaannya dalam
Islam. Akibatnya, ada segelintir masyarakat Islam dan bukan Islam tersalah
faham bahawa Islam yang mula-mula memperkenalkan dan menggalakkan poligami.
Lalu, berlakulah banyak penyalahgunaan dalam realiti sekeliling. Kemudian,
ada pihak yang kecewa dengan realiti ini lantas merespon secara ekstrim untuk
mengharamkan terus poligami. Hukum alam, satu keekstriman akan menarik
keekstriman yang lain.
Menyinggahi Realiti
Lihatlah realiti. Tadahkan telinga. Banyak aduan tentang suami yang
menganggap poligami satu kewajipan dan galakan agama hinggakan isteri yang
enggan dihukumkan kafir, berdosa besar, nusyuz, derhaka, tidak taat dan
sebagainya.
Kaum lelaki dan wanita perlu menjiwai keadilan Islam. Kita perlu celik
hukum. Kita perlu amanah menerangkan skala pertengahan (wasatiyyah) dalam isu
sensitif ini. Tidak ekstrim menggalakkan. Tidak pula ekstrim mengharamkan.
Biar masyarakat tahu dari sudut hukum syarak dan perundangan Islam, wanita
ada hak tidak mahu dimadukan. Jika ramai wanita yang belum mengetahui hak ini
bererti ilmu berkaitan isu ini belum tersebar secara menyeluruh. Perlu ada
pihak yang membuat ‘check and balance’.
Wanita perlu tahu mereka boleh memulakan perceraian dengan jalan tebus
talaq. Wanita juga bebas memilih jika mahu hidup bermadu. Mahkamah pula berhak
menghalang sebarang risiko mudarat yang lebih besar. Inilah
antara keindahan hukum-hukum Islam yang holistik memahami setiap sisi hidup
manusia.
Kesimpulan
Perbincangan tentang fiqh keutamaan bukanlah sesuatu yang asing. Para
sahabat sentiasa berlumba-lumba mengetahui amal yang paling utama sesuai dengan
kondisi diri, tempat dan zamannya.
Semoga Allah memampukan kita mengikuti pilihan yang betul, menjauhkankan
kita daripada pilihan yang salah. Tidak menghukum kita pada perkara yang kita
terlupa dan kita tersalah. Mujurlah Dia bijaksana mengajarkan kita satu doa:
Maksudnya:
“Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan
kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
Yang Fakir dan Mengemiskan
Keampunan Tuhan,
Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.
4 Comments
شركة تنظيف بالقطيف
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مسابح بالقطيف
شركة صيانة مسابح بالقطيف
Asalam done follow blog kreatif ini ya. Salam kenal
ReplyDeleteDalam dunia ini YIP KUM FOOK sangat bertuah kerana dia seorang peguam tidak perlu belajar undang-undang, juga tidak perlu pergi ke sekolah undang-undang, peguam lain perlu belajar undang-undang sehingga enam tahun untuk menjadi peguam penuh.
ReplyDeleteYIP KUM FOOK adalah kawan baik saya dan dia seorang ahli perniagaan sebagai barangan perabot di Taman Daya, berhampiran dengan Taman Desa Jaya, Kepong dan juga dia seperti bermain politik, pada tahun 1990 dia menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong…
Kemudian, beliau menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong pada tahun 1994 sesuatu dan beliau menolak presiden lama (Shia Kok Sun), kemudian beliau mengambil jawatan presiden ketika itu, yang semua orang tahu tentangnya, dalam apa yang berlaku. di SAMNAK SAMBODHI
Dia nak jadi peguam sebab nak main politik, ramai ahli politik ada ijazah atau beransur-ansur dalam pendidikan, dan dia pun ikut orang apa yang dia ada, dia tak nampak diri dia datang, sekarang ramai yang tahu asal usul YIP KUM FOOK juga…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong
Translated by Dr. Chew
The secretary of SAMNAK SAMBODHI (YAP LEONG LAN) said, the temple always problems and she does not know what is always the problem and who always make problems, the problem does not stop because all donations and income from dirty money or fraudulent money
ReplyDeleteThis Temple built by Sangha members and devotees in Kepong or in Malaysia 30 years ago, the first in Taman Ehsan, moved Taman Desa Jaya, whose devotees are recorded in their minds always, need to think correctly, not destroy Buddhist shrines, the founders are not easy to set up in the beginning
All committees need to take care of the Buddhist Temple because you work there and take care of there but, it is not easy for all things in the Temple and you need to know is the age of technology, everyone needs to use the internet for research
Also don't make Buddha ashamed because Buddha teachings are very important for human beings in the world and don't think, Buddha teachings are for people in Kepong area only, please don't destroy Buddha because Buddha is one of the great religions in the world, UN also praises Buddha
We know your boss YIP KUM FOOK (president of SAMNAK SAMBODHI, lawyer, datuk….) but sometimes he cannot help your forever because YIP KUM FOOK so many people gossip on him in internet
Sharing by Buddhist group in Kepong