Islam adalah
ajaran yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam merangkumi akidah,
ibadah, akhlak serta merupakan syariat yang komprehensif. Menurut Syeikh
al-Qaradhawi dalam kitabnya Ad-Din wa al-Siyasah berkata, “Keyakinan tauhid
pada dasarnya adalah revolusi kebebasan, persamaan dan persaudaraan bagi
manusia. Dengan demikian manusia tidak akan mengambil sesiapapun selain Allah
sebagai Tuhan dan menghapuskan segala jenis penuhanan manusia kepada sesama manusia.”
Rasulullah SAW mengakhiri
surat-surat yang dikirim kepada raja-raja ahli kitab dengan menulis surah Ali
Imran,ayat 64. “Katakanlah,
‘Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimah (ketetapan) yang
tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali
Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula)
sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah.’
Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka, ‘Saksikanlah bahawa kami
adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).’”
Sesungguhnya
dengan mengusung syiar ‘Tidak ada Tuhan Selain Allah’ ada perubahan yang akan
dilakukan oleh Islam sama ada dalam kehidupan sosial, politik mahupun agama.
Islam memiliki sikap yang jelas dan hukum yang nyata dalam menghadapi pelbagai
persoalan yang masuk dalam wilayah politik.
Sejak zaman
berzaman, masyarakat sudah mengetahui pentingnya peranan politik atau Negara
dalam mencapai tujuan hidup bersama, menerapkan pelbagai undang-undang,
mencerdaskan umat, mengajak kepada makruf dan mencegah daripada kemungkaran.
Oleh sebab itu, khalifah ketiga Uthman bin Affan berkata, “Allah SWT
menyerahkan persoalan yang tidak terdapat dalam al-Quran kepada pemerintah
(Negara).” (Al Bidayah wal al-Nihayah, Ibnu Katsir, jilid 2,no. 10).
Pemimpin yang dipilih perlu
berusaha memperhatikan pola fikir masyarakat, kelengkapan material dan
kemudahan masyarakat seterusnya merealisasikan firman Allah SWT,“Iaitu orang-orang yang jika
Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah daripada
perbuatan mungkar.” (Surah al Hajj: 41).
Umat manusia akan menjadi lebih
baik apabila menggunakan sistem politik yang mengikuti norma agama yang
daripada norma agama itulah terinspirasinya kaedah-kaedah etika. Itulah sistem
politik yang mengambil kira terhadap pertimbangan baik buruk serta kebenaran
dan kebatilan.
Contohi
keperibadian Saidina Umar yang memerintah dengan selalu bersandar kitab Allah
dalam masa yang sama mempertimbangkan maslahah. Di riwayatkan bahawa ada
seorang perempuan menasihatinya ketika dia menetapkan kadar mas kahwin. Apabila
beliau mendengar wanita itu menukilkan ayat al-Quran, Umar menarik balik
keputusannya seraya berkata, “Perempuan itu benar dan Umar yang salah.”
Ibnu Khaldun dalam buku hebatnya
‘Al Muqaddimah’ berkata tentang dua jenis masyarakat. Ada masyarakat duniawi
semata-mata. Ada juga masyarakat duniawi yang beragama. Masyarakat jenis kedua
lebih utama dan lebih tepat daripada masyarakat jenis pertama. Ibnu Khaldun
menulis mengenai peranan agama dalam kehidupan masyarakat sosial yang lebih
kecil daripada peranan sikap fanatisme (nasionalisme). Jenis masyarakat yang
paling ideal bagi sebuah Negara adalah masyarakat yang menggabungkan agama dan
Negara. (Mausua’ah al-Ulumi as-Siayasah, Universiti Kuwait, poin ke 193, hal.
144-145).
Semoga kita menjadi masyarakat
yang kedua itu, beragama dan menguruskan dunia sebaik-baiknya. Dengan itu,
pembangunan rohani dan material terbangun sebaik-baiknya.
Al Biruni dalam bukunya Tahqiq
ma li al-Hind min Maqulah berkata, “Sebuah Negara jika bersandar pada salah
satu sisi agama, maka Negara dan agama akan menjadi seperti saudara kembar,
kemudian pembangunan akan tercapai secara sempurna berkat kewujudan agama dan
Negara secara bersamaan.”
Menurut Syeikh al Qaradhawi
dalam bukunya Ad-Din wa al-Siyasah, peribadi seorang Muslim sebagaimana
dibentuk oleh Islam dan sesuai dengan akidah, syariah dan pendidikannya pasti memiliki
unsur-unsur politik, kecuali jika pemahaman dan pengamalan terhadap agamanya
salah. Namun, perlu dibezakan antara makna politik dengan parti. Parti hanyalah
sebahagian daripada politik (siyasah). Makna politik (siyasah) lebih luas.
Dalam buku Risalah
Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna dengan syarah Muhammad Abdullah al-Khatib
menjelaskan bahawa, “Sesungguhnya perbezaan adalah jauh antara berparti dan
berpolitik. Adakalanya ia bersatu dan adakalanya ia berpecah. Adakalanya
seseorang itu berpolitik dengan segala makna yang terkandung pada kalimah
tersebut sedangkan dia tidak berhubung dengan apa-apa parti dan tiada kaitan.
Adakalanya dia adalah orang parti, sedangkan dia tidak tahu sangat soal
berpolitik. Adakalanya digabungkan antara keduanya maka dia adalah orang
politik yang berparti atau orang parti yang tidak berpolitik secara saksama.
Apabila saya berbicara tentang politik dengan kalimah ini.”
Dengan mengambil
makna luas ini, hakikatnya semua individu, NGO, institusi atau apa sahaja
sebenarnya perlu kepada politik. Ingat, politik tidak semestinya parti. Islam
sesuatu yang tidak terpisah dengan sosial, politik, ekonomi, kebudayaan. Islam
itu luas. Islam tidak terbatas pada skop sempit yang boleh melenyapkan segala
aspek kekuatan amali Islam. Sama-samalah kita berganding bahu memikul kewajipan
amar makruf nahi mungkar atau dengan kata lain, memberi nasihat kepada para
pemimpin dan masyarakat luas. Agama itu nasihat. Salinglah menasihati dalam
kebenaran dan kesabaran sebagai syarat mencapai kejayaan dunia dan akhirat,
sebagaimana bunyi surah al-Asr.
Kata Syeikh al
Qaradhawi, agama adalah petunjuk jalan kebenaran, bukan tali yang mengikat
ruang gerak politik. Syariah sebagaimana dikatakan oleh IbnuL Qayyim, semuanya
bersifat adil, rahmat, maslahat dan hikmah. Setiap hal yang berlawanan dengan
keadilan akan menjadi hal-hal yang sesuka hati, hal yang berlawanan dengan
maslahat akan menjadi mafsadah dan hal yang berlawanan dengan hikmah akan
menjadi kesia-siaan. Setiap benih kerosakan yang timbul, kesalahannya
tidak terletak pada nas, tetapi pada pemahaman yang salah terhadap kitab suci
al-Quran mahupun hadis Nabi.
Oleh sebab itu,
kita wajib mengarahkan umat kepada pemahaman yang benar terhadap Islam. Bukan
dengan menjauhkan agama dari politik. Politik perlu bergerak dengan
memanfaatkan fungsi akal namun mesti dalam sempadan dan kawalan agama.
4 Comments
This really interesting post. Thanks for sharing!
ReplyDeletenice
ReplyDeleteIt is an enormously inspiring post. I am totally pleased with your excellent work. It contains really very useful information. Looking forward to your next post Spotify++ crashed or how to fix spotify++ when crashed
ReplyDeleteIn this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…
Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI
He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong