Negara bertuah ini telah pun
menghormati hak rakyat dalam memilih pemimpin.
Rakyat yang prihatin akan sedar
hak mereka ini. Mengundilah. Gunakan kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang
berkemampuan dan amanah dalam setiap tugasan yang diserahkan.
Rakyat yang prihatin akan memilih
pemimpin yang dipercayai dari sudut kemampuan dan keagamaan tanpa melakukan
sebarang penipuan dan penyelewengan. Apabila pemimpin telah pun dipilih oleh
kuasa rakyat, tidak kisahlah siapapun dia, samada kita suka atau tidak suka,
pemimpin itu berhak dibantu, dinasihati dan ditaati dalam perkara yang bukan
maksiat. Jangan biarkan perbezaan politik menjadi sebab hati-hati kita tidak
bersatu.
Dalam tempoh seseorang pemimpin
berkuasa, memang menjadi hak pemimpin untuk ditaati. Namun, itu tidak
menghalang hak rakyat untuk mempersoal dan mengetahui apa yang dilakukan oleh
pemimpin serta memastikan ketelusannya. Rakyat juga berhak menasihati dan
memperbetulkan mereka dengan hikmah dan bijaksana. Rakyat juga berhak
melucutkan kepimpinannya dengan cara aman apabila mereka berterusan melakukan
kesalahan. Inilah keadilan. Adil bagi semua pihak, pemimpin serta rakyat.
Menurut Syeikh al-Qaradhawi dalam
bukunya Wasatiyyah, pemerintahan mestilah didirikan atas dasar keadilan, syura,
penjagaan hak serta kepatuhan terhadap syariat yang diturunkan oleh Allah
Taala. Tidak salah mengambil faedah daripada sistem demokrasi melalui
mekanisme, jaminan-jaminan dan cara membangunkan rakyat serta mengehadkan kuasa
pemerintah. Namun, kita tidak patut menerima pengamalan demokrasi secara mutlak
seperti kebebasan individu yang mutlak sehinggakan kebebasan itu bertentangan
dengan akhlak dan hukum syarak. Dengan itu kita mengambil apa yang baik
daripada sistem demokrasi dan meninggalkan apa yang buruk serta bertentangan
dengan asas Islam. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
Bangunkan Ekonomi
Selepas mengundi dalam suasana pilihanraya
aman, usah bertelagah lagi. Kuatkan ekonomi. Saling lengkap-melengkapi. Bangkit
berdikari tidak kira samada dalam keperluan umum masyarakat atau aspek
ketenteraan. Binalah ekonomi yang mengikut landasan syariat dan objektif
syariat (maqasid).
Galakkan pembinaan bank dan institusi kewangan
Islam. Bebaskan umat dari bayangan sistem konvensional, cuba membaikinya supaya
memberi kesan lebih hebat dalam memacu pertumbuhan ekonomi umat.
Rancanglah secara sistematik untuk mengasaskan
ekonomi Islam yang mampu meningkatkan pengeluaran, mendidik pengguna,
keseragaman peluang dan agihan yang adil. Kekalkan kesederhanaan sistem ekonomi
Islam (wasatiyyah) yang tidak menyerupai sistem kapitalis yang melebihkan
individu berbanding masyarakat dan tidak pula menyerupai sistem sosialis yang
melebihkan masyarakat berbanding individu. Cara Islam lebih baik dengan konsep
adil dan ihsan. Wasatiyyah (bersederhana) dalam semua urusan. Bersederhana
adalah kedudukan ideal dan terbaik, bukan sedang-sedang.
Kesatuan Umat Islam
Kita hendaklah meyakini kesinambungan umat
Islam sepanjang zaman. Umat Islam tidak akan pupus kerana merekalah mata-mata
rantai penyambung risalah terakhir. Yakinilah kepentingan penyatuan ummah dan
persaudaraan sesama Islam walaupun berbeza aliran, politik, mazhab dan
pembawaan manhaj.
Anggaplah setiap perbezaan itu masih dalam
lingkungan umat yang satu selagi mereka tetap mendirikan solat serta beriman
dengan al-Quran dan al-Sunnah. Syukuri persamaan, raikan perbezaan. Berusahalah
merapatkan jurang perbezaan antara kumpulan-kumpulan. Dengan itu, mudah-mudahan
kita semua dapat berdialog dalam perkara yang tidak disepakati . Bahkan, dapat
berkerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama. Ingat, air mata
di Palestin, Syria dan sebagainya perlu kita usap bersama-sama dan mengutuk
kezaliman ke atas mereka. Bersatulah!
Kita juga hendaklah menegaskan prinsip wala’
kepada ummah iaitu mencintai dan berpihak kepada umat Islam bukan kepada bangsa
dan umat yang lain. Dalam masa yang sama, tunjukkan sikap menerima
kepelbagaian. Menerima bukan bererti menganggap semua agama sama. Tidak! Hanya
Islam agama yang diterima di sisi Allah SWT, itu tetap keyakinan kita dengan
dalil naqli dan aqli yang terang lagi bersuluh.
Menerima bererti menghargai dan
menghormati kepelbagaian agama, adat, bahasa, tamadun, politik dan yakin
tentang keperluan untuk beriringan, saling belajar antara satu budaya dengan
yang lain. Berinteraksilah secara positif dari kepelbagaian aspek yang wujud.
Tiada paksaan dalam agama. Katakan saja, bagimu agamamu, bagiku agamaku.
Usah merasa sombong dengan
kekuatan, harta dan kadar bilangan yang dimiliki. Perluaskan roh toleransi yang
digalakkan oleh Islam bahkan telah dibuktikan di sepanjang sejarah
kecemerlangaannya sebagai guru buat alam.
Selamat mengundi dan selamat
berazam untuk bersatu padu buat rakyat Malaysia tercinta.
Fatimah Syarha Mohd Noordin
1 Comments
Dalam dunia ini YIP KUM FOOK sangat bertuah kerana dia seorang peguam tidak perlu belajar undang-undang, juga tidak perlu pergi ke sekolah undang-undang, peguam lain perlu belajar undang-undang sehingga enam tahun untuk menjadi peguam penuh.
ReplyDeleteYIP KUM FOOK adalah kawan baik saya dan dia seorang ahli perniagaan sebagai barangan perabot di Taman Daya, berhampiran dengan Taman Desa Jaya, Kepong dan juga dia seperti bermain politik, pada tahun 1990 dia menjadi pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong…
Kemudian, beliau menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong pada tahun 1994 sesuatu dan beliau menolak presiden lama (Shia Kok Sun), kemudian beliau mengambil jawatan presiden ketika itu, yang semua orang tahu tentangnya, dalam apa yang berlaku. di SAMNAK SAMBODHI
Dia nak jadi peguam sebab nak main politik, ramai ahli politik ada ijazah atau beransur-ansur dalam pendidikan, dan dia pun ikut orang apa yang dia ada, dia tak nampak diri dia datang, sekarang ramai yang tahu asal usul YIP KUM FOOK juga…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong
Translated by Dr. Chew