Apa khabar Ramadhan kita kali ini? Bersemangatkah
kita atau lemaukah kita? Ia ada kaitan dengan faktor dalaman yang kita siapkan.
Sejauh mana kita memasukinya dengan iman dan penuh pencarian?
Universiti Ramadhan yang sedang kita lalui akan
berakhir. Tinggal sedikit masa sahaja lagi. Mari kita sama-sama segarkan semula
faktor dalaman kita dalam memandang nilai sebuah Ramadhan.
Segar dalam sejarah, tatkala hampir tibanya
Ramadhan, Rasulullah SAW akan bersungguh-sungguh mengingatkan para sahabat
tentang kelebihan bulan Ramadhan. Antaranya, pintu syurga dibuka, pintu neraka
ditutup. Syaitan dibelenggu dan dipenjara. Di dalamnya ada malam al-Qadr.
Faktor dalaman yang diisi sejak awal ini menyebabkan
generasi didikan baginda tidak terkial-kial saat tibanya Ramadhan. Bahkan
mereka bagaikan berlari pantas bak atlet pecut mengejar segala tawaran
kemuliaannya, memintas masa yang terbatas. Patutlah para ulama meletakkan
kaedah, ilmu didahulukan berbanding amal.
Kita belum terlewat. Jelaskan kembali trek kita. Objektif
Ramadhan sangat jelas iaitu supaya kita bertaqwa. Sungguh indah, Ramadhan
menawarkan kemahiran dan kepakaran mengurus diri, emosi, kehendak, lidah,
nafsu, menggandakan ibadah, menekuni al-Quran, memperbanyakkan doa dan
sebagainya. Semuanya adalah jalan meraih taqwa. Ia juga mendidik kita tentang
pengurusan masa, kebersamaan dengan keluarga, cakna masyarakat bahkan urusan
besar seperti berjuang di jalan Allah.
Apabila kita mendalami ayat 183-190 Surah
al-Baqarah, sedarlah kita bahawa ayat jihad turun sekali dengan ayat puasa. Ia
menunjukkan bahawa bekalan taqwa melalui jalan ibadah yang kita siapkan tatkala
melalui Ramadhan menuntut kita membuat tanggung jawab yang besar terhadap jalan
Allah.
Di Universiti Ramadhan ini, ada tawaran ‘Anugerah
Dekan,’ analogi untuk anugerah malam yang lebih baik daripada 100 bulan. Inilah
‘Sayyidatul Layali’, penghulu segala malam. Malam ini lebih baik daripada 83
tahun 4 bulan. Andai Allah SWT merezekikan kita memperolehi anugerah ini selama
10 kali dalam 10 tahun, bermakna kita berpeluang meraih ganjaran beribadah
selama lebih daripada 833 tahun. Jika 20 kali? Masyallah, ribuan tahun! Mohonlah,
moga Allah SWT sudi memilih kita lagi dalam kesempatan tahun ini, memburu
al-Qadr.
Inilah malam luar biasa yang turunnya al-Quran buat
pertama kalinya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Malam ini terlalu agung
sehinggakan ada satu surah khusus yang menceritakan perihalnya iaitu Surah
al-Qadr. Malam apa selain al-Qadr yang mempunyai surah khusus dalam al-Quran?
Wujudkah? Demikianlah terlalu mulianya malam yang satu ini. Tiada yang
setandingnya.
Dengan adanya anugerah Lailatul Qadr, mudah-mudahan
kita mengoptimumkan ibadah dalam Ramadhan ini setiap hari tanpa kecuali. Biasakan
diri sekurang-kurangnya dengan solat Isyak berjemaah, qiamullail dan berazam
kuat untuk solat subuh berjemaah kerana sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam; dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
Solat Tarawih termasuk solat malam. Justeru, orang
yang terbiasa melakukan amalan ini sejak awal pasti tidak berasa liat dan berat
lagi untuk mengerjakannya pada 10 malam terakhir. Orang seperti inilah berpotensi
besar mendapat Lailatul Qadr. Moga-moga kita terpilih menikmati khusyuknya ibadah
saat tibanya malam yang dirindukan penghuni langit dan bumi itu.
Apa yang perlu kita lipatgandakan sejak awal
Ramadhan lagi bagi memburu al-Qadr? Sama-samalah kita memperbaiki hubungan
dengan al-Quran. Buatlah janji baru dengan al-Quran. Kewajipan kita terhadap
al-Quran ada lima. Pertamanya beriman dengan al-Quran (al-imannu bihi). Yakin
dan percaya ia kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad
SAW melalui malaikat Jibril Kedua,
tilawah (tilawatuhu). Kita belajar tajwid untuk memperelokkan tilawah. Ketiga
ialah memahaminya (al-fahmu bihi). Dengan tafsir dan tadabbur kita akan
memahaminya. Keempatnya ialah mengamalkannya (al-a’malu bihi). Setelah ada ilmu
baru beramal. Kelimanya ialah menyampaikannya (tabligh). Sampaikanlah kepada
orang lain.
Dalam Solat Tarawih, kita memperbanyakkan membaca
dan mendengar pesanan dan petunjuk Allah SWT dalam al-Quran. Saat iktikaf,
isilah masa dengan hubungan khusus dengan al-Quran. Berdoa dan berzikirlah
dengan pelbagai doa dan zikir daripada al-Quran yang turut diterangkan dalam
al-hadis. Inilah silibus Universiti Ramadhan yang dikejar oleh Rasulullah SAW
dan generasi soleh solehah yang mengikut ajaran baginda sejak awal sampai zaman
ini.
Bilakah berlakunya malam al-Qadr ini? Hanya Allah
yang lebih mengetahui saat tepatnya. Menurut panduan beberapa hadis,
malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada mana-mana
malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Inilah pandangan jumhur
ulama dan umat Islam. Apapun, kita tetap perlu berhati-hati dengan malam genap
seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan kerana perkiraan malam genap
dan malam ganjil dalam belahan dunia ini berbeza-beza mengikut ijtihad manusia.
Lebih selamat, kita mengaut semua sekali kesempatan 10 terakhir Ramadhan itu
untuk menggandakan kualiti dan kuantiti ibadah. Bahkan merebut tawaran setiap
detik dalam 30 hari Ramadhan.
Ada
juga sebahagian ulama berpendapat bahawa malam al-Qadr adalah tetap, iaitu pada
malam ke-27. Sungguh bijaksana Allah SWT merahsiakan bila saat tepat berlakunya
malam agung ini sehinggakan umat Islam rajin beribadat sepanjang malam,
lebih-lebih lagi pada sepuluh malam yang terakhir.
Saat
kita meyakini sesuatu malam itu sebagai malam al-Qadr, banyakkanlah membaca doa
ini,
1. “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha
Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka
maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Perbanyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan
zikir.
3. Tekuni al-Quran.
4. Bagi wanita yang haidh atau nifas, jangan
berpisah jauh daripada menekuni makna-makna al-Quran. Bangunlah. Zikirlah.
Lailatul Qadr tidak pernah menjauhimu. Dirimu yang perlu mendekatinya,
mencarinya, merebutnya.
Kesimpulannya,
ayat-ayat paling tepat yang boleh memperjelaskan kepada kita tentang kemuliaan
malam al-Qadr ialah dengan ayat-ayat yang ringkas dan mendalamini. Inilah dia
Surah al-Qadr, ayat 1 sampai 5. Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Sejahteralah Malam (yang berkat)
itu hingga terbit fajar!
1 Comments
In this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…
Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI
He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong