Bersemangatkah kita Merebut Malam al-Qadr?




Apa khabar Ramadhan kita kali ini? Bersemangatkah kita atau lemaukah kita? Ia ada kaitan dengan faktor dalaman yang kita siapkan. Sejauh mana kita memasukinya dengan iman dan penuh pencarian?
Universiti Ramadhan yang sedang kita lalui akan berakhir. Tinggal sedikit masa sahaja lagi. Mari kita sama-sama segarkan semula faktor dalaman kita dalam memandang nilai sebuah Ramadhan.
Segar dalam sejarah, tatkala hampir tibanya Ramadhan, Rasulullah SAW akan bersungguh-sungguh mengingatkan para sahabat tentang kelebihan bulan Ramadhan. Antaranya, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup. Syaitan dibelenggu dan dipenjara. Di dalamnya ada malam al-Qadr.
Faktor dalaman yang diisi sejak awal ini menyebabkan generasi didikan baginda tidak terkial-kial saat tibanya Ramadhan. Bahkan mereka bagaikan berlari pantas bak atlet pecut mengejar segala tawaran kemuliaannya, memintas masa yang terbatas. Patutlah para ulama meletakkan kaedah, ilmu didahulukan berbanding amal.
Kita belum terlewat. Jelaskan kembali trek kita. Objektif Ramadhan sangat jelas iaitu supaya kita bertaqwa. Sungguh indah, Ramadhan menawarkan kemahiran dan kepakaran mengurus diri, emosi, kehendak, lidah, nafsu, menggandakan ibadah, menekuni al-Quran, memperbanyakkan doa dan sebagainya. Semuanya adalah jalan meraih taqwa. Ia juga mendidik kita tentang pengurusan masa, kebersamaan dengan keluarga, cakna masyarakat bahkan urusan besar seperti berjuang di jalan Allah.
Apabila kita mendalami ayat 183-190 Surah al-Baqarah, sedarlah kita bahawa ayat jihad turun sekali dengan ayat puasa. Ia menunjukkan bahawa bekalan taqwa melalui jalan ibadah yang kita siapkan tatkala melalui Ramadhan menuntut kita membuat tanggung jawab yang besar terhadap jalan Allah.  
Di Universiti Ramadhan ini, ada tawaran ‘Anugerah Dekan,’ analogi untuk anugerah malam yang lebih baik daripada 100 bulan. Inilah ‘Sayyidatul Layali’, penghulu segala malam. Malam ini lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan. Andai Allah SWT merezekikan kita memperolehi anugerah ini selama 10 kali dalam 10 tahun, bermakna kita berpeluang meraih ganjaran beribadah selama lebih daripada 833 tahun. Jika 20 kali? Masyallah, ribuan tahun! Mohonlah, moga Allah SWT sudi memilih kita lagi dalam kesempatan tahun ini, memburu al-Qadr.
Inilah malam luar biasa yang turunnya al-Quran buat pertama kalinya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Malam ini terlalu agung sehinggakan ada satu surah khusus yang menceritakan perihalnya iaitu Surah al-Qadr. Malam apa selain al-Qadr yang mempunyai surah khusus dalam al-Quran? Wujudkah? Demikianlah terlalu mulianya malam yang satu ini. Tiada yang setandingnya.
Dengan adanya anugerah Lailatul Qadr, mudah-mudahan kita mengoptimumkan ibadah dalam Ramadhan ini setiap hari tanpa kecuali. Biasakan diri sekurang-kurangnya dengan solat Isyak berjemaah, qiamullail dan berazam kuat untuk solat subuh berjemaah kerana sabda Rasulullah SAW, 
“Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiamullail separuh malam; dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
Solat Tarawih termasuk solat malam. Justeru, orang yang terbiasa melakukan amalan ini sejak awal pasti tidak berasa liat dan berat lagi untuk mengerjakannya pada 10 malam terakhir. Orang seperti inilah berpotensi besar mendapat Lailatul Qadr. Moga-moga kita terpilih menikmati khusyuknya ibadah saat tibanya malam yang dirindukan penghuni langit dan bumi itu.
Apa yang perlu kita lipatgandakan sejak awal Ramadhan lagi bagi memburu al-Qadr? Sama-samalah kita memperbaiki hubungan dengan al-Quran. Buatlah janji baru dengan al-Quran. Kewajipan kita terhadap al-Quran ada lima. Pertamanya beriman dengan al-Quran (al-imannu bihi). Yakin dan percaya ia kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril  Kedua, tilawah (tilawatuhu). Kita belajar tajwid untuk memperelokkan tilawah. Ketiga ialah memahaminya (al-fahmu bihi). Dengan tafsir dan tadabbur kita akan memahaminya. Keempatnya ialah mengamalkannya (al-a’malu bihi). Setelah ada ilmu baru beramal. Kelimanya ialah menyampaikannya (tabligh). Sampaikanlah kepada orang lain.
Dalam Solat Tarawih, kita memperbanyakkan membaca dan mendengar pesanan dan petunjuk Allah SWT dalam al-Quran. Saat iktikaf, isilah masa dengan hubungan khusus dengan al-Quran. Berdoa dan berzikirlah dengan pelbagai doa dan zikir daripada al-Quran yang turut diterangkan dalam al-hadis. Inilah silibus Universiti Ramadhan yang dikejar oleh Rasulullah SAW dan generasi soleh solehah yang mengikut ajaran baginda sejak awal sampai zaman ini.
Bilakah berlakunya malam al-Qadr ini? Hanya Allah yang lebih mengetahui saat tepatnya. Menurut panduan beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada mana-mana malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Inilah pandangan jumhur ulama dan umat Islam. Apapun, kita tetap perlu berhati-hati dengan malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan kerana perkiraan malam genap dan malam ganjil dalam belahan dunia ini berbeza-beza mengikut ijtihad manusia. Lebih selamat, kita mengaut semua sekali kesempatan 10 terakhir Ramadhan itu untuk menggandakan kualiti dan kuantiti ibadah. Bahkan merebut tawaran setiap detik dalam 30 hari Ramadhan.
Ada juga sebahagian ulama berpendapat bahawa malam al-Qadr adalah tetap, iaitu pada malam ke-27. Sungguh bijaksana Allah SWT merahsiakan bila saat tepat berlakunya malam agung ini sehinggakan umat Islam rajin beribadat sepanjang malam, lebih-lebih lagi pada sepuluh malam yang terakhir.
Saat kita meyakini sesuatu malam itu sebagai malam al-Qadr, banyakkanlah membaca doa ini,
1. “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Perbanyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir.
3. Tekuni al-Quran.
4. Bagi wanita yang haidh atau nifas, jangan berpisah jauh daripada menekuni makna-makna al-Quran. Bangunlah. Zikirlah. Lailatul Qadr tidak pernah menjauhimu. Dirimu yang perlu mendekatinya, mencarinya, merebutnya.
            Kesimpulannya, ayat-ayat paling tepat yang boleh memperjelaskan kepada kita tentang kemuliaan malam al-Qadr ialah dengan ayat-ayat yang ringkas dan mendalamini. Inilah dia Surah al-Qadr, ayat 1 sampai 5.  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Post a Comment

5 Comments

  1. In this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer

    YIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…

    Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI

    He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..

    Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete
  2. About YIP KUM FOOK, it is better to you are escape from the Kepong area because you were my good friend in the previous days until today

    YIP KUM FOOK better leave Kuala Lumpur area because someone to report to police and Sentul Police Station and Breakfield Police Station want you

    We know you make more mistakes but you can't run away from the country's laws, on last time you can solve problems with pay money to shut people-mouth up, but now it's different, now is the age of technology like the internet

    I hope, you will understand me what I said in the verses above, I love you in my heart like my brother and I will protect you from what people gossip about you..ok

    Lee, Selayang

    ReplyDelete
  3. The secretary of SAMNAK SAMBODHI (YAP LEONG LAN) said, the temple always problems and she does not know what is always the problem and who always make problems, the problem does not stop because all donations and income from dirty money or fraudulent money

    This Temple built by Sangha members and devotees in Kepong or in Malaysia 30 years ago, the first in Taman Ehsan, moved Taman Desa Jaya, whose devotees are recorded in their minds always, need to think correctly, not destroy Buddhist shrines, the founders are not easy to set up in the beginning

    All committees need to take care of the Buddhist Temple because you work there and take care of there but, it is not easy for all things in the Temple and you need to know is the age of technology, everyone needs to use the internet for research

    Also don't make Buddha ashamed because Buddha teachings are very important for human beings in the world and don't think, Buddha teachings are for people in Kepong area only, please don't destroy Buddha because Buddha is one of the great religions in the world, UN also praises Buddha

    We know your boss YIP KUM FOOK (president of SAMNAK SAMBODHI, lawyer, datuk….) but sometimes he cannot help your forever because YIP KUM FOOK so many people gossip on him in internet

    Sharing by Buddhist group in Kepong

    ReplyDelete
  4. Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

    Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

    https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

    SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

    ReplyDelete
  5. di Malaysia amat memalukan kerana banyak jawatankuasa Kuil Buddha atau persatuan tidak memahami ajaran Buddha(Dhamma) dan juga tidak mengamalkan peraturan Buddha seperti mana-mana ajaran, mereka hanya menjadi jawatankuasa dan menjemput paderi asing untuk menjaga kuil sahaja

    contohnya, kuil Buddha SAMNAK SAMBODHI di Taman Desa Jaya, kepong, jawatankuasa di sana menggunakan sami Myanmar untuk menjaga, semua sami Myanmar datang ada gelaran Doktor tetapi satu perkataan juga tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Juga, jawatankuasa sangat teruk kerana apabila mereka tidak menyukai mana-mana sami, mereka boleh mengeluarkan serta-merta

    SAMNAK SAMBODHI adalah presiden YIP KUM FOOK, ini juga sangat memalukan kerana bermain politik di kuil dan menjadikan kuil sentiasa menjadi masalah, menjadikan Buddha rendah standard, dulu YIP KUM FOOK menipu Rm20,000.00 dari sami Myanmar (Ven. U Nandiya)

    ya, jawatankuasa ini tidak malu dan takut berdosa kerana mereka menganggap kuil ini adalah jawatankuasa tertinggi daripada Sangha, KAMI tahu kuil ini daripada pengasas Sangha di Taman Ehsan dan Jalan 5 Taman Desa Jaya (berdekatan stesen Minyak BP), Kepong

    perkongsian kisah realiti oleh Ah Keong, jinjang utara

    ReplyDelete