Yakin, Sakit Itu Hadiah daripada Allah SWT!
Apa Paling Menyakitkan?
Mari
kita bertanya kepada guru bernama kehidupan. Dalam hidup ini, apakah ujian yang
paling menyakitkan? Ya, ada banyak kes kesakitan. Mana yang paling sakit?
Adakah apabila diuji penyakit kronik? Atau diejek? Dipenjara? Dianiaya?
Disindir? Dibuli? Dihukum? Dibelasah? Kurang kasih sayang? Kerugian bisnes? Dirundung kesedihan? Menjadi
orang buangan? Menjadi mangsa propaganda para pembenci? Diancam samseng?
Dikhianati insan terdekat? Bimbang kedegilan pasangan dan anak-anak?
Dihancurkan perasaan dengan fitnah dan menyalahkan? Negara diperangi dan
ditakhluk musuh? Disalahguna?
Apapun
ujian yang menimpa kita, apakah kekuatan yang kita perlukan? Bukan hanya
kekuatan ubat tetapi kekuatan ‘yakin.’ Ujian itu ‘hadiah’ daripada Allah SWT.
Yakinlah! Ujian adalah ‘pangkat’ yang menaikkan darjat kita. Meskipun ia datang
sebagai hukuman atas kesalahan, ia tetap ‘hadiah’ Tuhan. Mana lebih sakit,
hidup didera kesalahan atau diusap keampunan? Ujian bagaikan jambatan yang
membawa kita sampai kepada kegembiraan sebuah kesabaran.
Damailah
dengan firman-Nya:
Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa
seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,
niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui
segala sesuatu. (At Taghabun: 11)
Pahala
Tercucuk Duri
Mungkin ada di antara kita saat ini yang
diuji perlu melalui rawatan di hospital. Ada yang melihat doktor sahaja sudah
gerun apatah lagi saat melihatnya memakai sarung tangan, kemudian mengambil syringe
(picagari suntikan) dan menyedut ubat bius ke dalamnya.
Ada orang mengalami sekecil-kecil luka,
hingga sebesar-besar luka. Ada kalanya luka yang perlu dirawat kecil sahaja.
Hanya memerlukan satu atau dua jahitan. Namun ada kalanya luka begitu besar
sehingga memerlukan berbelas-belas, malahan berpuluh-puluh jahitan.
Apapun, yakinlah, ia ‘hadiah’ daripada Allah
SWT. Semoga semua proses ini memberikan
pahala kepada setiap mereka yang melaluinya. Allah SWT sentiasa menghadiahkan
kebaikan untuk setiap kesakitan kita meskipun sekadar tercucuk duri.
Rasulullah SAW
pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada satu musibah (ujian) yang menimpa
seorang Mukmin walaupun tercucuk duri, melainkan dengan musibah itu Allah akan
mencatatkan untuknya satu kebaikan atau menghapus satu kesalahannya.” (Riwayat Muslim).
Apakah Yang
Paling Sakit?
Tahap-Tahap Kesakitan
Penyakit apakah paling menyakitkan? Setiap penyakit adalah menyakitkan. Ia
mempunyai skala kesakitan yang tersendiri. Ada orang yang datang dengan
penyakit migrain yang biasa-biasa sahaja. Namun ada yang teramat teruk sehingga
perlu dipapah untuk berjalan.
Di hospital, skala kesakitan diukur dengan
skala Pain Score. Nombor 1 adalah
sakit yang paling ringan, dan nombor 10 adalah paling maksimum. Pain score bertujuan untuk membantu para
doktor memilih ubat tahan sakit untuk diberikan kepada pesakit. Semakin tinggi
skala pain score, maka semakin kuat
dos ubat penahan sakit yang perlu disediakan.
Dapatkah kita bayangkan bagaimana skala
kesakitan pada tahap 10? Ia nilai maksimum untuk kesakitan. Selalunya tahap ini
dapat dilihat pada keadaan pesakit yang meraung dengan kuat dan tidak lagi
menghiraukan orang di sekeliling.
Secara umumnya, rata-rata kesakitan yang
reaksi pesakitnya ‘mencemaskan’ adalah kesakitan yang disebabkan oleh batu
karang. Pesakit tanpa segan silu akan menggelupur di atas lantai. Ia kerap
berlaku kepada orang lelaki, terutama jika badan kekurangan air kosong untuk
tempoh yang lama.
Itu baru kes nak keluarkan batu kecil dari
kemaluan lelaki. Sakitnya tidak terperi. Bagaimana pula keadaan pesakit yang
nak mengeluarkan seorang manusia daripada kemaluannya?
Bagi wanita, kesakitan bersalin mungkin
adalah yang paling ‘tak terdaya’. Bayi yang biasanya sebesar 2.5 kilo sehingga
3.8 kilo perlu melalui jalan normal itu, jika tidak jalan pembedahan terpaksa
dilakukan. Menghiris berlapis-lapis kulit.
Tanyalah wanita yang pernah melalui kesakitan
hendak bersalin. Meskipun mulut mereka cuba merahsiakan raungan, namun keadaan
mereka rata-rata bagaikan memberitahu kita sakit adalah pada tahap yang
maksimum. Kesakitannya umpama dipatah-patahkan 20 tulang sekaligus di dalam
badan.
Sebenarnya masih ada satu lagi keadaan yang
paling menyakitkan. Semua orang pasti akan melaluinya. Saya, para pembaca dan
semua manusia pasti akan melalui saat itu.
Semua agama tidak menolak fakta wujudnya saat
itu, termasuk juga mereka yang tidak beragama dan para ateis. Itulah saat
sakkaratul maut.
Disebutkan dalam beberapa rujukan, kesakitan
saat ini sukar diketahui secara langsung. Orang yang sedang mengalaminya
kebiasaannya tidak mampu berkata-kata untuk menjelaskan sakit yang mereka
tempuhi. Setelah itu, mereka telah menjadi jenazah dan sudah tentu tidak dapat
menceritakan apa-apa lagi.
Sama ada orang yang sedang menghadapinya di
atas katil, mahupun yang menghadapinya di jalan raya, kesakitannya tetap sama.
Bahkan orang yang menghadapinya tanpa jeritan dan raungan juga sebenarnya
menghadapi keperitan yang sama.
Seperti Dilibas 300 Pedang
Pernahkah kulit kita terkena pisau dengan
keadaan luka yang dalam? Tentu sekali menyakitkan. Pedihnya susah untuk
diungkap. Mungkin air mata sahaja yang mampu meleleh menahan kesakitan. Namun
ia masih belum setanding dengan kesakitan dilibas pedang.
Bagaimana pula sekiranya seseorang itu
menghadapi 300 libasan pedang serentak? Sebagai seorang manusia, tidak ada yang
mampu menahannya. Itulah antara gambaran kesakitan ketika menghadapi saat ini.
Rasulullah SAW bersabda menjelaskan hakikat
ini kepada kita: “(Rasa sakit
kematian) itu setara dengan 300 libasan pedang.” (Riwayat Ibn Abi al-Dunya)
Dilibas dengan pedang sebanyak 300 kali?
Dapatkah kita membayangkan keadaan tersebut? Beberapa libasan sudah cukup untuk
membuatkan kita tak mampu menanggung kesakitannya. 100 libasan akan menyebabkan
badan kita hancur tercincang. Bagaimana pula dengan 300 libasan?
Itu ialah bentuk kesakitan secara umum. Namun
skala kesakitan, Allah lebih mengetahui, bergantung kepada tahap amalan
masing-masing. Malaikat Maut cukup kenal kita untuk mencabut nyawa secara
lembut atau keras.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.
Ringanlah kesakitan kami di saat sakkaratulmaut.
Temu Duga Kematian
Terdapat beberapa kisah yang menyebut
ungkapan beberapa orang yang sempat melafazkan kesakitan ketika dalam
sakkaratulmaut.
Seorang sahabat Nabi sangat ingin mengetahui
bagaimana rasanya sakkaratul maut. Kebiasaan insan yang ditemuinya tidak
terdaya menceritakan kepedihan detik itu. Sehinggalah beliau sendiri
menghadapinya, anaknya lalu cuba bertanya.
Diriwayatkan ketiku Amru bin al-As sedang
menghadapi sakaratulmaut, anaknya yang bernama Abdullah berkata kepadanya,
“Wahai ayah, engkau pernah mengatakan, ‘Seandainya saya dapat bertemu dengan
seseorang yang berakal ketika kematian datang sehingga dia dapat
menceritakannya kepadaku tentang apa yang ditemuinya.’ Sekarang engkaulah
orangnya, maka ceritakanlah kepadaku.”
Amru bin al-As berkata, “Wahai anakku! Demi
Allah, seolah-olah aku bernafas dari lubang jarum dan seolah-olah ranting duri
dicabut dari kakiku hingga ke kepala.”
Seorang yang lain, saatnya hampir meninggal
dunia pernah ditanya, “Bagaimana kesakitan yang kamu rasai?”
Orang itu menjawab, “Aku dapati seperti
langit runtuh ke atas bumi, kemudian ia menghempap diriku dan aku dapati diriku
seperti ditarik keluar dari lubang jarum.”
Begitu juga seorang lagi yang sedang
menghadapi sakkaratulmaut apabila ditanya, dia menjelaskan, “Aku dapati diriku
ditarik dengan kuat, seperti banyak pisau besar di hatiku dan hatiku seperti
ketuhar yang dibakar sehingga apinya menyala-nyala.”
Ini kesakitan sakkarat orang-orang soleh.
Bagaimana pula kesakitan kita yang kurang soleh ini? Allahu!
Jika skala maksimum kesakitan penyakit di
dunia ialah 10, dapatkah kita membayangkan bagaimana skala kesakitan
sakkaratulmaut? Saya percaya skala kesakitan itu berlipat kali ganda melebihi
bahkan melampaui skala maksimum kesakitan yang mampu kita ukur semasa hidup.
Wallahua’lam.
Semoga Allah kurangkan kesakitan kita semua
pada saat itu. Saat nyawa hampir terpisah dari jasad.
Apabila berhadapan kes pesakit yang
berhadapan sakkaratul maut, saya bertanya diri. Apakah cara kematian yang boleh
mengurangkan kesakitan ini? Andai diberi pilihan, saya ingin mati syahid!
Antara dua kematian, mana lebih menyakitkan? Sama ada mati serta-merta ditembak
Zionis tepat ke kepala atau mati perlahan-lahan di katil pesakit?
Ada di kalangan sahabat Nabi menganggap,
dilibas ratusan pedang di medan jihad lebih ringan sakitnya berbanding dilibas
300 pedang sekali gus di katil sakkaratul maut. Ya Allah, pilihlah diriku dan
keluargaku serta insan yang kusayangi sebagai syuhada di jalan-Mu.
Renungilah. Kita semua akan melalui
sakkaratul maut. Kematian adalah hakim yang paling tegas. Apabila ia berkata
“Ya”, maka tiada sesiapa pun yang dapat menghalang. Jalan cerita hidup kita
tentu sekali berbeza, namun pengakhirannya
tetap sama. Iaitu kematian. Namun perjalanan setelah itu bergantung kepada
jalan cerita hidup tadi.
Aduh, Tulang
Rusukku!
Menurut Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib,
pensyarah beliau, seorang pakar kardiotorasik menceritakan bahawa hampir
kesemua pesakit yang menjalani ujian pembedahan kardiotorasik, termasuklah
pintasan jantung, mengalami kesakitan yang amat luar biasa.
Pembedahan kardiotorasik biasanya melibatkan sternotomy
dan tulang rusuk dibuka. Pesakit selalunya memerlukan ubat tahan sakit yang
begitu kuat untuk melegakan kesakitannya. Malahan kesakitan itu boleh dirasai
hingga beberapa tahun meskipun luka telah sembuh dan pesakit telah menjalani
kehidupan harian seperti biasa.
Itu baru sakit di dunia. 5 minitpun tidak
tertanggung. Tidak sabar-sabar kita mahu menghilangkan rasa sakit itu dari
hidup kita. Bagaimana agaknya rasa sakit tatkala tulang rusuk dihimpit kubur?
Apatah lagi kalau himpitan itu tidak mahu terbuka. Allahu Rabbi!
Mungkin sebab itulah disebut antara seksaan
kubur, disempitkan kubur sehingga tulang-tulang rusuk berhimpitan. Allah ingin
mevisualisasikan kepada kita bahawa azab kubur begitu berat dan menyakitkan,
sehingga digambarkan kesakitan tidak terperi pada tulang-tulang rusuk. Apa
tidaknya, dari sudut ilmu perubatan, memang jelas pembedahan atau kecederaan
pada dada begitu menyakitkan. Itu baru di dunia. Di sana pula bagaimana?
Sabda Rasulullah SAW: “… Maka panas dan wap
panas itu mengenainya. Lalu disempitkan kubur sampai tulang-tulang rusuknya
berhimpitan…” (Riwayat Ahmad, al-Nasa‘i, Ibn Majah dan al-Hakim)
Semoga kesakitan yang kita alami di dunia ini
menghapuskan dosa-dosa kita seterusnya menjauhkan kita daripada azab kubur dan
azab-azab yang lain. Yakinlah, kesakitan sementara di dunia ini tetap suatu
hadiah daripada Allah SWT.
Diterbitkan oleh Harian Metro
3 Comments
PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!
ReplyDelete请远离马华党员 叶金福!
敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.
除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.
This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk
By Ng Swee Huat, Kepong
YIP KUM FOOK ini memaksa sami Buddha keluar dari kuil dan mengunci pintu gerbang Kuil, kemudian beliau pun menelefon polis untuk menangkap sami di dalam kuil dan beliau memanggil samsengnya untuk datang mengganggu sami itu juga.
ReplyDeleteSekarang ramai yang tahu tentang YIP KUM FOOK dan apa yang dia buat sebelum ini, banyak dia menipu di kawasan Kepong, dia akan menderita tanpa henti dalam hidupnya, dan apabila dia mati, generasi keluarganya akan meneruskan karma buruknya.
YIP KUM FOOK seorang peguam tetapi perwatakan dan sikapnya tidak seperti peguam kerana dia boleh menipu pelbagai orang dan melakukan perkara yang tidak baik tanpa memalukan orang, semua orang tahu anda bukan pelajar undang-undang, anda membayar wang untuk mendapatkan sijil jika anda seorang. peguam yang benar anda perlu memahami undang-undang
Apabila kami mengenali beliau di Taman Ehsan pada tahun 1989, masa itu kami membuka rasmi SAMNAK SAMBODHI dan beliau merupakan pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong, dan juga perniagaan sebagai kedai perabot, beliau bukanlah pengasas SAMNAK SAMBODHI dan juga dia bukan ahli jawatankuasa SAMNAK SAMBODHI, juga dia bukan peguam pada masa itu
Kini kehidupan dramanya akan terbuka untuk diketahui umum, dia tidak akan menutup apa yang dia lakukan sebelum ini, dalam satu hari ia akan membuka semua.. pada masa itu, dia akan menderita dan bergetar seumur hidup.
Lain kali dia mesti menjawab penganut Buddha kerana penganut Buddha akan bertanya soalan ke mana hilangnya wang Kaabah, Cik Lim dilantik menjadi presiden KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.
Kongsi oleh Ah Thong, Taman Ehsan
YIP KUM FOOK menghancurkan Sangha kerana dia memaksa Sami Buddha keluar dari Kuil dan kemudian mengunci kuil, juga memanggil polis untuk menangkap Sami Buddha, juga menggunakan samseng untuk memusnahkan Sami Buddha
ReplyDeleteRamai yang menyamannya di mahkamah, seperti steven Lee (saudara selayang Mall), pasar burung(ah Choy) En Lim Sg. Buluh and etc. juga dia menipu duit Sami Myanmar (Ven. Nandaya) lebih kurang RM20,000.00 tak pernah bayar balik tapi masih tak tahu.
Datuk (Yip Kum Fook) ini sangat teruk seperti binatang; semua orang kena titah apa-apa kepada Yang di-Pertuan Agong (Agong) kerana malu seluruh Malaysia bergelar Datuk, kita akan perutusan kepada sultan Selangor
Oleh, lee kepong