Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sudah jawab salam saya?
Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan
doa sejahtera dari jawapan salam anda. Terima kasih, ya.
Ini adalah mukaddimah untuk buku parenting saya yang bakal keluar Februari, 2019 insyaAllah.
Terima-kasih juga kerana sudi
membaca pendahuluan buku ini. Semua kebaikan daripada buku ini datang daripada Allah
SWT jua. Yang lemah dan kurang selayaknya disandarkan kepada diri saya yang
tidak sempurna.
Kenapa buku ini dihasilkan?
Apapun yang kita buat, memang
matlamat jauhnya mahu dapatkan reda Allah SWT. Apa pula matlamat dekat ke arah
mencapai matlamat jauh itu?
Okey, saya bercerita permasalahan
kajian dulu ye. (Eh, eh, macam nak buat tesis Ph.D pula. Al maklumlah saya
sedang sambung Ph.D saat menulis buku ini sambil sarat mengandung anak kelima.
Doakan Allah permudahkan ya).
Saya bermotivasi kuat untuk
menghasilkan buku ini selepas didatangi oleh sebuah keluarga yang anak-anaknya
semua huffaz professional, namun, mengalami mental depression yang
kritikal. Hinggakan, terpaksa mengambil ubat daripada pakar psikiatrik. Anak yang paling bongsu sentiasa berhalunisasi
bayangan mengambil pisau dan mahu membunuh ibu dan ayahnya. Seram kan?
Ini realiti. Kisah benar.
Mereka datang asalnya dengan niat mendapatkan pandangan saya, walaupun
saya sudah beritahu, saya bukan kaunselor. Memanglah saya pernah ambil bidang
Ilmu Wahyu dan Psikologi serta pernah ikuti kursus kaunseling komuniti, namun lebih
ramai kaunselor bertauliah yang jauh lebih baik daripada saya untuk dirujuk.
Saya sudah jelaskannya awal-awal lagi. Mereka nak datang juga. Mereka kata,
mereka sebenarnya sudah merujuk ramai kaunselor (bukan seorang tapi ramai dan
sudah habis beribu-ribu ringgit) termasuk mengambil ubat daripada pakar psikiatrik namun belum berkesan.
Kasihan pula mendengarnya.
Ok, tak mengapa. Ahlan
wasahlan.
Apa yang terjadi?
Saya menadahkan telinga mendengar
luahan seorang demi seorang. Mulanya dari pihak sekeluarga, kemudian dari pihak
si ayah berseorangan, dari pihak si ibu, dan yang terakhir dari pihak si anak.
Selepas sesi kaunseling, saya
sudah meminta izin kepada keluarga ini untuk berkongsi kisah ini dengan
masyarakat agar kita semua dapat belajar tentang kehidupan. Saya juga berjanji
merahsiakan identiti keluarga ini. Jadi, jangan tanya saya ya, siapa mereka
ini. Tak pentingpun, kan?
Rupa-rupanya, cara didikan saat
kecil keluarga ini sangat mementingkan pencapaian dan melupakan soal pedagogi
rahmah iaitu cara mengajar yang penuh kasih sayang. Anak-anak biasa dilontar
dengan kata-kata berbisa, sinis, bentakan dan pedas.
Pernah si adik lambat bersiap
untuk berenang, dia dibentak lalu ditinggalkan berjalan kaki pulang ke rumah. Menangis-nangis
anak kecil itu ketakutan. Dengan kosa kata yang masih terbatas, dia tidak tahu
bagaimana mahu meluahkan perasaan.
Di sekolah pula, guru-guru
mengajar dengan kasar. Pernah si abang tidak mencapai target hafazan, guru
membalingnya dengan rehal. Kasihan.
Hiduplah mereka dalam dunia
tekanan dan ketakutan. Di rumah dan di sekolah.
Walaubagaimanapun, saya tetap
mengagumi jiwa pasangan suami isteri ini yang sebenarnya sentiasa mahukan
kebaikan. Cuma banyak kali kebaikan itu diungkapkan dengan cara yang tidak menepati
petunjuk Rasul dan tidak memahami psikologi anak. Apapun, kedatangan mereka
membuktikan mereka sentiasa cintakan ‘upgrading’. MasyaAllah tabaarakallah.
Tabik spring saya berikan
untuk mereka.
Sambung cerita….
Apabila saya membacakan tafsir
Surah al-Dhuha dan al-Insyirah kepada anak gadis pasangan ini, dia berkata,
“Ini kali pertama saya mendengar
tafsirnya.”
Bergenang air mata saya.
Rupa-rupanya, sistem menghafaz
al-Quran yang dilaluinya juga tidak menitik beratkan soal kefahaman ayat. Lantas,
bagaimana seseorang boleh mengikuti petunjuk al-Quran yang Allah SWT janjikan akan
membebaskan hidupnya daripada ketakutan dan kesedihan?
فَمَن تَبِعَ
هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
(Surah
al-Baqarah: 38)
“Siapa
yang mengikut petunjuk-Ku, maka tiada ketakutan ke atasnya
dan dia tidak akan
bersedih hati.”
Kasihan kan?
Hakikatnya, saya banyak belajar erti
kehidupan yang terlalu bermakna daripada mereka. Saya insaf. Saya sebak. Saya
doakan keluarga ini mendapat syurga firdaus yang tertinggi. Saya anggap mereka
guru saya agar saya tidak mengulangi kesilapan yang sama dan mencontohi mana
yang baik. Saya kagum semangat mereka untuk menjadi lebih baik. Sama-sama kita
doakan kebaikan buat keluarga ini.
Jari-jemari saya bertambah
‘gatal’ untuk menghasilkan buku ini apabila pada suatu hari, saya ada kuliah
bedah kitab di Bentong.
Dalam perjalanan balik, saya singgah
ke sebuah restoran. Sempat jugalah saya menonton suatu filem yang ditayang di
situ, iaitu New Police Story yang heronya Jackie Chan.
Kebetulan bahagian yang sempat
saya tengok tu, bahagian watak antagonis (watak hitam) didera masa kecil oleh
ayahnya, seorang anggota polis. Digari tangan dan badan. Lebam sana sini
dipukul. Lalu, dia menjadi berdendam dengan anggota polis.
Saya tak sempat tengok habis pun.
Sikit-sikit saja. Saya cuma nak refleks pada realiti anak anak kita.
Sebenarnya, 'penderaan kata kata'
pada anak juga boleh mencederakan emosi mereka tidak jauh berbeza daripada
penderaan fizikal. Semuanya membawa kepada negative self talk, depression
(kesedihan melampau), mental illness tahap demi tahap dan akhirnya rasa
nak bunuh diri atau nak bunuh orang lain. Seperti mana kes keluarga huffaz
professional yang saya ceritakan di atas.
Bahaya kan?
Jom kita ‘upgrade’ kaedah komunikasi
kita dalam buku ini. Bagi mendapatkan pemahaman lebih, boleh menemui saya dan
‘team’ secara langsung dalam seminar #projekmegadalamrumah3performing.
Berbalik fokus kita kepada buku ini.
Cuba
tengok gambar di bawah ini. Ini main lukis-lukis ke belajar al Quran?
![]() |
Inilah cara mereka bersantai
memahami al Quran.
Buku ini cuba ‘menjelmakan’
peribadi Nabi SAW yang sangat memahami psikologi anak kecil dalam bersikap. Agar
kita sama-sama dapat praktikkan dalam akhlak seharian kita bersama anak. Sarjana
Barat, Bruce Perry, seakan menyokong praktikaliti ini apabila berkata,
“The best toys a child can
have is a parent who gets down on the floor and plays with them.”
Kenapa? Bagaimana? Dan apa nak
buat?
InsyaAllah kita kongsi dalam buku
ini dan diperteguhkan dalam seminar #projekmegadalamrumah3performing
InsyaAllah, dalam buku ini, saya
lebih tekankan pedagogi (cara bersikap) berbanding natijah.
Saya tidak akan membuat tekanan
mental kepada ibubapa untuk memaksa anak kecil mencapai sesuatu yang tinggi.
Saya lebih menekankan ‘cara’ ajarnya. Cara diri kita sendiri perlu bersikap.
Apa maknanya andai pencapaian
anak-anak mendapat pujian serata dunia sedangkan jiwanya hancur lantaran ditekan,
dipaksa, dibentak, dilontarkan dengan bahasa tidak berhikmah sehingga ianya merosakkan
‘bonding’ antara ibubapa dan anak? Realiti ini banyak berlaku sekarang dalam
dunia mengajar di rumah dan di sekolah sehingga ia menjadi salah satu penyebab mental
illness di kalangan kanak kanak meningkat.
Cara lembut yang mendominasi natijahnya
ada cepat, dan ada lambat. Tapi itulah cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi
SAW berdalilkan banyak hadis. Bila kita mengikut resepi baginda, insyaAllah
kuih yang terhasil nanti tidak lari jauh daripada acuan.
Cara yang kasar memang selalunya natijahnya
cepat bahkan natijah itu mungkin tinggi tetapi ia tidak membina anak yang
berkarakter yakin diri, sebaliknya rendah emotional intelligence, tidak
akrab seisi keluarga dan tidak memiliki kenangan indah yang disukai.
Akhirnya, apabila anak membesar
dan menjadi tokoh masyarakat seperti ramai tokoh terkenal dunia (kalau kita
ikuti kisah mereka), dia salahkan mak ayah yang pisahkan dia dari dunia kanak
kanak yang need to play. Bukan bermain dan langsung tidak belajar. Tapi
belajar itu menyeronokkan mereka, seakan-akan sedang bermain, bukannya penuh
tekanan dan paksaan. Mereka ada hak hidup gembira.
Terdapat ramai lagi tokoh yang
mempunyi hubungan teruk dan dendam dengan mak ayah. Bahkan ada di kalangan mereka budak genius yang boleh
masuk ke Oxford dalam usia awal tapi akhirnya menjadi pelacur kelas atasan. Dia
bercerita bahawa dia kena simbah hari-hari (kena percik air ok lagi, ini tidak,
kena simbah terus oleh ayahnya untuk bangun pagi dan dipaksa belajar.
Bila cedera emosi, natijah akhir
biasanya ia tidak melahirkan pemimpin yang boleh memimpin tapi karakter yang
berdendam dan keliru diri. Nauzubillah.
Bagaimana dengan Sultan Muhammad
al-Fatih? Bukankah beliau asalnya budak nakal dan dididik dengan rotan?
Akhirnya menjadi tokoh dunia yang berpengaruh.
Jika dibelek mendalam kisah beliau, beliau
mempunyai ramai guru. Di antaranya, ada guru penyucian hati, guru akademik dan
sebagainya. Hanya seorang guru yang menggunakan kaedah kerap rotan, itupun Sultan Muhammad
al-Fatih tidak banyak belajar daripada guru tersebut sebagaimana beliau banyak belajar
daripada guru-gurunya yang lain.
Guru yang satu ini terpaksa
mengambil pendekatan rotan kerana Sultan Muhammad al-Fatih asalnya sangat tidak
beradab dengan para guru, sehingga ayah Sultan Muhammad al-Fatih mengizinkan
guru ini mengambil pendekatan keras. Ia sekaligus mengimbangi pedagogi rahmah oleh
guru-guru lain yang sebenarnya lebih mendominasi dalam pendidikan Sultan
Muhammad al-Fatih.
Cara bersikap yang ditunjukkan
oleh peribadi Nabi SAW dalam mengajar, membuktikan cara yang rahmah lagi
berhikmah pernah melahirkan tokoh-tokoh pengubah dunia. Bukan seorang dua. Tapi
satu generasi. Itulah generasi al-Quran yang unik.
فَبِمَا رَحۡمَةٖ
مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ
مِنۡ حَوۡلِكَۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ وَشَاوِرۡهُمۡ فِي
ٱلۡأَمۡرِۖ فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ
ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
(Surah
Ali Imran: 159)
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Kita sama sama upgrade cara kita, InsyaAllah. Biar ada
qudwah. Biar ada kaedah. Bukan ikut kemarahan. Jadi, fokus kita sekarang #familybonding
#personalbonding #emotionalintelligence.
“Jap, nak tanya satu soalan.
Kenapa buku ini guna Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab?”
Mungkin ramai pembaca
tertanya-tanya soalan ini.
Jawapan saya, ini buku santai. Bukan
tesis. Gaya bahasanya juga mestilah kreatif. Bukankah semua bahasa di dunia ini
ciptaan Allah SWT belaka? Bahkan kepelbagaian cara berbahasa disebut dalam
al-Quran sebagai salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Nikmati sahaja. With
love ❤
Mohon ampun dan maaf atas
sebarang kekurangan buku ini. Boleh bantu kami menambah baik dengan menghubungi
kami di email, sebarkanbahagia@gmail.com.
Jazakumullahu khairan kathira.
Wassalam.
3 Comments
bukan senang nak mengajar dan bukan senang juga nak terima cara mengajar... masing2 ada cara tersendiri...
ReplyDeletePLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!
ReplyDelete请远离马华党员 叶金福!
敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.
除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.
This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk
By Ng Swee Huat, Kepong
In this world YIP KUM FOOK is very lucky because he is a lawyer do not have to study law, also do not have to go to law school, other lawyers have to study law for up to six years to become a full lawyer
ReplyDeleteYIP KUM FOOK is a good friend of mine and he is a businessman as furniture items in Taman Daya, close to Taman Desa Jaya, Kepong and also he is like playing politics, in 1990 something he became MCA chairman in Taman Daya, Kepong…
Later, he became the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong in 1994 something and he rejected the old president (Shia Kok Sun), then he took the presidency at that time, that everyone knows about it, in what happened at SAMNAK SAMBODHI
He wants to be a lawyer because he wants to play politics, many politicians have some degree or gradually in education, and he also follows people in what they have, he does not see himself from what he came, now many know the origin of YIP KUM FOOK as well…..
Ah Chin, Taman Desa Jaya, Kepong